auto iklan

Apr 19, 2014

Masalah kerja ditapak pembinaan

Masalah kerja ditapak pembinaan
Saya dulu lebih 10 tahun kerja di site pembinaan, Mula dari bawah sebagai kerani tapak, penyelia tapak kemudian pengurus tapak. Macam macam dilalui. Dari isu bahan binaan, pekerja dan pengurusan melibatkan pelanggan dan perunding.

Jika kita mula dari bawah kita akan jumpa perbagai golongan dalam industri binaan. Kita akan jumpa pekerja binaan dalam dan luar negara dari perbagai latarbelakang dan budaya. Seronok juga dapat tahu kisah hidup mereka dan paling penting semua bekerja untuk mendapat sesuap nasi dan menyara keluarga.

Teknologi bahan

Saya mula belajar mengenal bahan binaan dari peringkat kilang hingga sampai tapak kerja. Ini merupakan pengalaman berharga. Kita akan tahu mana bahan yang  bermutu dan sesuai. Sebelum bina kita di wajib hantar sample bahan nak di guna. Sebagai kontraktor kita cadang 3 alternatif bahan atau sample. Misalnya atap kita cadang 3 pembekal lengkap dengan spec.

Waktu ini kita akan kenal perbagai pembekal bahan binaan, ada yang datang sendiri membawa bahan sample serta katalog, ada juga yang kami pergi ambil di kilang atau pejabat mereka.

Pekerja

Pengurusan pekerja sangat penting, biasanya kita akan buat meeting dan akan beri garispanduan kerja di tapak. Kena bagi panduan dan peraturan tapak dari  awal masuk kerja. Kalau tidak susah nak control mereka nanti.

Soal gaji hujung bulan, pekerja atau sub con akan datang jumpa dan sering bertanya, bila gaji masuk. Kalau kita bos senang jawap. Macam saya site supervisor, hanya kira gaji dan detail akan beri pada pejabat bos. Kalau bos lambat bayar gaji, kita ditapak kena pekak telingga dengar perbagai pertanyaan dari subcon atau pekerja bawahan kita.

Biasa pekerja pinjam RM20 atau RM100 nak makan. Itu ceritanya. Kalau saya tak bagi esok kerja tak jalan. Sebab tu modal kerja sangat penting bagi kontraktor utama dan subcon subcon. Sebab payment dari JKR atau pemaju ikut progress dan kadang ikut jadual dan kadang lewat.

Teknikal

Soal teknikal dan selok belok pembinaan sangat penting, kalau kita silap arahan, dan bila berlaku masalah, Orang pertama yang di cari siapa jaga kerja waktu kejadian, So far tiada lagi kejadian buruk berlaku semasa kerja di tapak sejak 1992 hingga 2010.

Tipu

Jangan menipu spec semasa kerja di tapak, ikut spec yang di beri dan peraturan tender. Kalau silap dan dapat kesan oleh client, kita kena buat semula dan kontraktor akan rugi .

Lain lain hal

1. Kerja konkrit perlu di rancang rapi,
  • Semak besi perlu di urus penyelia dengan pihak penguasa JKR atau Perunding
  • Kuntiti kena kira tepat
  • Atur jadual penghantaran dengan lori readymix atau pembekal readymix. 
  • Atur alatan kerja dan pekerja yang cukup
  • Beritahu semua yang terlibat tarikh dan masa konkrit akan dilakukan
Jika anda tidak pastikan perkara diatas masalah kerja akan berlaku dan kerja akan jem atau tak dapat dibuat atau lewat.

2. Masa. Kerja di tapak kita di hambat masa, masa amat cemburu. Kerja ikut jadual, kena buat jadual kerja, kena rancang bahan sampai di tapak, kena rancang ambil pekerja, kena rancang mesin dan rancang kerja dengan teratur.

 akan di update nanti ....
IKLAN 1

Apr 9, 2014

Kelebihan dan kelemahan bata kekunci atau brick interlocking

kos bata 1m2, kos bata interlocking
Kelebihan dan kelemahan bata kekunci atau brick interlocking. Antara kelebihan bata kekunci atau bata interlocking ialah,
  1. Teknologi mesra alam.
  2. Penjimatan penggunaan acuan.
  3. Tidak perlu plaster.
  4. Tiada pembaziran bahan binaan.
  5. Tapak binaan yang bersih dan kemas.
  6. Ruang dalaman lebih sejuk.
  7. Penampilan yang elegen dan esklusif.
  8. Binaan dinding secara " Interlocking " dan Dinding Galas Beban - lebih kuat.
UPDATE KEBAIKAN BATA INTERLOCKING

Kelemahan
  1. Perlu pasang kemas dari tukang mahir
  2. Base slab atau foundation perlu stabil agar tidak mendap, jika mendap sebelah akan memberi kesan pada dinding
 keseluruhan nya bata ni ok kerana cantik, antik bila disapu varnis atau shellac, kos dapat dikurangkan

Harga dan kos 1m2 BATA INTERLOCKING

saiz bata 250mm (p) x 100mm (t) - Luas 1 biji - 0.025m2
bilangan 1m2 - 40 biji
harga 1 biji - rm1.70
kos bata 1m2 - RM1.70 X 40 BIJI = RM68.00

HARGA BATA SIMEN 1M2 = RM35.00
PLASTER DALAM LUAR 1M2 = RM18.00

Bagi pengurangan kos, sebab beam bawah tak perlu, tiang konkrit tak perlu, kos besi struktur tak perlu



IKLAN 1

Mar 1, 2014

Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Semalam PM Dato Seri Najib Tun Razak merasmikan Jambatan kedua Pulau Pinang dan seterusnya mengumumkan bahawa jambatan kedua ini sebagai JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH, nama Sultan Kedah selaku Yang Dipertuan Agong masa ini.

Gambar sekitar perasmian Jambatan Malam Tadi (1 Mac 2014)

 Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

 Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, perasmian jambatan ke  2 pulau pinang
 Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, perasmian jambatan ke  2 pulau pinang

 Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, perasmian jambatan ke  2 pulau pinang

 Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, perasmian jambatan ke  2 pulau pinang

 Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, perasmian jambatan ke  2 pulau pinang

 Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, perasmian jambatan ke  2 pulau pinang

 Jambatan Kedua P.Pinang Dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, perasmian jambatan ke  2 pulau pinang
Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu malam.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
“Kalau ada sebuah jambatan yang begini hebat dan orang akan sebut Jambatan Pulau Pinang Kedua, ia tak ada ‘umph’, tak signifikan…
“Semoga terbinanya jambatan ini dan dengan nama (Yang di-Pertuan Agong), Insya-Allah akan kekal abadi secara berpanjangan dalam lipatan sejarah Malaysia,” katanya semasa berucap merasmikan jambatan itu di sini.

Sambil menyifatkannya sebagai detik yang amat bersejarah dan penting dalam perjalanan negara, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa pengguna jambatan itu tidak akan dikenakan tol selama sebulan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jambatan itu bukan sahaja mercu tanda baharu negara tetapi juga mencetuskan pemangkin kepada proses pembangunan dan kerancakan ekonomi Pulau Pinang dan koridor utara.

Menurutnya laluan selatan dipilih bagi pembinaan jambatan kedua itu bagi membangunkan sekitar kawasan Nibong Tebal, Batu Kawan di bahagian seberang dan Balik Pulau di bahagian pulau serta limpahannya turut dapat dirasai oleh Kedah, Perlis dan utara Perak.

“Projek ini dicadangkan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada 1995 dan apabila Tun Abdullah (Ahmad Badawi) menjadi perdana menteri, beliau mempunyai dua pilihan laluan iaitu utara dan selatan, dan beliau membuat keputusan memilih cadangan laluan selatan,” katanya.

Najib berkata walaupun berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Pulau Pinang pada 2008, tetapi projek itu diteruskan kerana ia adalah untuk manfaat rakyat Pulau Pinang.
“…inilah semangat yang perlu kita pupuk, perlu ada cita-cita besar kepada Malaysia. Oleh itu, adalah penting walau apa pun fahaman politik kita, kita perlu utamakan pembangunan negara,” kata Perdana Menteri. -bernama
IKLAN 1

Feb 13, 2014

Syarat dan Jenis Pelan Rumah Mesra Rakyat Zon Utara

Syarat dan Jenis Pelan Rumah Mesra Rakyat Zon Utara, Program Rumah Mesra Rakyat diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa

Saya tel pegawai SPNB Cawangan Perlis, mengenai syarat geran tanah, Geran mesti hakmilik sendiri atau milik bapa atau pemilik lain (dengan izin tuan tanah), geran akan di pegang oleh pihak bank atau peguam bank,

Orang kampung saya, dapat rumah mesra rakyat, bina atas tanah maknya, geran lawyer pegang, harga rumah RM75,000, perlu bayar RM40,000 sahaja. Kadar bulanan RM150.00

Maklumat lanjut sila telefon SPNB di negeri masing masing:

Cawangan Perlis
No.10, Tingkat Atas,
Jalan Dua, Medan Sri Pulai,
01000 Kangar, Perlis
04-9768570 / 04-9768401
04-9768515
Cawangan P.Pinang
No 17 & 19, Jalan Limbungan Indah,
Taman Limbungan,
12100 Butterworth, Pulau Pinang.
04-3322545 / 04-3323545
04-3316315
   
Cawangan Kedah
No.28 & 29, Jalan UJ 2
Taman Universiti Jaya, Semeling,
08100 Bidong, Kedah
04-4500375 / 04-4500376
04-4500379
Cawangan Perak Utara
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6,
Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya,
30200 Ipoh, Perak


   
Cawangan Perak Selatan
No.4 & 4A
Kedai Taman Perumahan Slim Permai,
38500 Slim River, Perak
05-4520459 / 05-4520487
05-4520534
Cawangan Selangor
Lot B-1-15 & 16,
Jalan Tasik Biru 17, Pengkalan Kundang, 48050 Rawang, Selangor
03-60342041 / 03-60342375
03-60344395
   
Cawangan Pahang
Lot 4770 & Lot 4769,
Jln Nusa Puteri Utama , Tmn Nusa Puteri, 26800 Rompin, Pahang


Cawangan Negeri Sembilan
Lot 3518 & Lot 3519,
Lorong Lukut Makmur 1, Taman Lukut Makmur, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan


   
Cawangan Melaka
No. 76 & 78 Jalan Limbungan Permai 2, Taman Limbungan Permai,
75200 Melaka.
06-3369751 / 06-3369752
06-3369753
Cawangan Johor Barat
No. 28, Jalan Tiara 2, Taman Tiara Perdana,
86200 Simpang Renggam,
Johor
07-7559091 / 07-7559094
07-7559096
   
Cawangan Johor Timur
Taman Seri Molek Perdana,
Plentong, Johor Bahru,
Johor


Cawangan Terengganu Selatan
Tingkat 1, Wisma Peladang Dungun,
Jalan Paka, Dungun,
Terengganu
09-8443292 / 09-8443293
09-8443291
   
Cawangan Terengganu Utara
No.K-5,Ruang Niaga Semarak Felda,
Komplek Felda Wilayah Terengganu,
Mukim Kuala Nerus,
21060 Kuala Terengganu, Terengganu
09-6660010 / 09-6660054
09-6627312
Cawangan Kelantan Selatan
No.PT1196, Taman Perisai Wira,
Lebuhraya Kuala krai-Gua Musang,
18000 Kuala Krai, Kelantan
09-9606530 / 09-9606531
09-9600639
   
Cawangan Kelantan Utara
No. PT2240, Taman Merbau Utama,
Batu Tinggi Bukit Merbau,
16810 Pasir Puteh, Kelantan
09-7886546 / 09-7887545
09-7885545
Cawangan Sarawak Selatan
Tingkat 19, Unit 19-01 & 19-02,
Gateway Kuching,
Kuching, Sarawak
082-230032
082-230055
   
Cawangan Sarawak Tengah
Lot 1304 Tingkat 3
Jalan Ling Kai Cheng Sg Merah Town District, Sibu, Sarawak


Cawangan Sarawak Utara
Lot 7980,
Bandar Permy Jaya,
Miri, Sarawak


   
Cawangan Sabah Utara
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin,
Kg. Melalin, Mengkabong, Jalan Tuaran, 89208, Tuaran, Sabah.
088-791610 / 088-791612
088-791613
Cawangan Sabah Timur
1st Floor Lot No. 8 & 9
Bandar Utama Zone 3 Commercial Batu 6
Jalan Utara, Sandakan, Sabah
089-232216 / 089-232217
089-232218
   
Cawangan Sabah Barat
Lot 3, Tingkat Bawah Blok A,
Shermadef Commercial Centre,
Kg. Patau-Patau 87008 WP Labuan
087-408291 / 087-408292
087-408293



Download Borang Klik Sini

Tindakan Pembeli Rumah Mesra Rakyat:



Pelan Rumah Mesra Rakyat Zon Utara



Syarat dan Jenis Pelan Rumah Mesra Rakyat, pelan rumah mesra rakyat,

Syarat dan Jenis Pelan Rumah Mesra Rakyat, pelan rumah mesra rakyat,

Syarat dan Jenis Pelan Rumah Mesra Rakyat, pelan rumah mesra rakyat,





Syarat dan Jenis Pelan Rumah Mesra Rakyat, pelan rumah mesra rakyat,

Syarat dan Jenis Pelan Rumah Mesra Rakyat, pelan rumah mesra rakyat,

Syarat dan Jenis Pelan Rumah Mesra Rakyat, pelan rumah mesra rakyat,

Syarat dan Jenis Pelan Rumah Mesra Rakyat, pelan rumah mesra rakyat,

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE