Sukacitanya Tuan/Puan dijemput ke Jelajah PR1MA sempena Kempen Pemilikan Kediaman 2019.
Kami menawarkan perkhidmatan “One Stop Centre” pada hari tersebut, dimana status kredit serta kelayakan
pembiayaan kediaman PR1MA yang menjadi impian dapat disemak.
Seterusnya, bakal pembeli boleh memilih unit kediaman yang diingini berdasarkan kelayakan tersebut.
Anda juga boleh kongsikan maklumat ini bersama saudara mara serta kenalan untuk manfaat bersama.
Pada hari tersebut, Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan
proses melengkapkan pendaftaran, permohonan dan pemilikan kediaman PR1MA di seluruh Malaysia.
Kempen Pemilikan Kediaman tersebut akan diadakan pada masa dan tempat seperti di bawah:
Tarikh : 28 – 31 Mac 2019 (Khamis – Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam
Tempat : Booth 18, Aman Central Mall, 05100 Alor Setar, Kedah
Waze : Aman Central
Kami menawarkan kediaman seperti berikut di negeri Kedah:
Bagi tujuan pembelian, Tuan/Puan diperlukan membawa bersama dokumen - dokumen seperti di bawah pada hari tersebut. (Anda dinasihatkan membawa sekurang-kurangnya 3 salinan)
• MyKad pembeli & pembeli bersama (jika ada)
Bekerja di sektor awam/swasta:
• Slip gaji 3 bulan terkini , Penyata Akaun Bank terkini , Penyata Caruman KWSP (EPF) terkini
Bekerja sendiri:
• Penyata Akaun Bank terkini , Penyata Komisen (6 Bulan terkini) , Penyata Akaun Syarikat terkini
PEMBELI BERSAMA mestilah suami / isteri, ibu bapa serta saudara kandung sahaja. NOTIS PENTING,
kami juga menyediakan kaunter khidmat semakan Status Kredit (CCRIS) dari Bank Negara Malaysia
dengan caj RM10.00.
Anda juga boleh mengunjungi tapak pameran Jelajah PR1MA yang berdekatan anda dengan menyemak
lokasi tersebut di facebook PR1MA Homes.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami
ditalian 03-76289898 (Isnin – Ahad, 9.00 pagi – 6.00 petang) atau emelkan kepada
info@pr1ma.my.
Sekian, terima kasih.
PERBADANAN PR1MA MALAYSIA