Pages

30 April 2020

SYARIKAT BINAAN BOLEH MOHON ONLINE DENGAN MITI UNTUK OPERASI

CARA MOHON ONLINE KERJA2 BINAAN DENGAN MITI. Berikut ialah cara buat permohonan syarikat untuk meneruskan operasi bagi yang layak sahaja. Kami sarankan anda buat pendaftaran terlebih dahulu.

Daftar permohonan untuk beroperasi

  1. Layari laman web https://www.miti.gov.my atau https://application.miti.gov.my
  2. Atau boleh juga terus klik ke https://application.miti.gov.my/register
  3. Jika anda masuk dari laman web utama MITI tadi, klik CIMS 2.0
  4. Akan ada paparan berikut:
    • PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
    • APPLICATION FOR COMPANIES TO CONTINUE OPERATION DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)
  5. Jika belum mendaftar permohonan syarikat untuk meneruskan operasi, klik Daftar  terlebih dahulu
  6. Sila download, baca dan fahamkan SOP dan Protokol bagi kelulusan beroperasi semasa PKP yang berkaitan dengan syarikat anda iaitu:
    • SOP dan Protokol yang Am
    • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sains
    • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
    • SOP dan Protokol bagi Sektor Pembuatan
  7. Tick “Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa saya akan memenuhi kesemua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri”
  8. Isikan Nama Penuh
  9. Isikan Email
  10. Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru atau Nombor Passport
  11. Masukkan Kata Laluan
  12. Masukkan Kata Laluan sekali lagi
  13. Tekan Daftar