Pages
▼
20 November 2011
Kelewatan Projek Yang Boleh Dituntut
Kelewatan Projek Yang Boleh Dituntut (Compensable delays) (Rujuk Klausa 43 JKR 203A Syarat-syarat kontrak) Kelewatan ini terjadi biasanya disebabkan oleh kecuaian klien atau wakil-wakil klien yang terlibat semasa projek berjalan di mana biasanya klien akan memberi arahan baru, contohnya pertukaran bahan atau rekabentuk.
Sekiranya perkara ini berlaku, kerja-kerja pembinaan ke atas aktiviti tersebut tidak dapat dijalankan sehingga perubahan siap dijalankan. Dalam kes begini, pihak kontraktor dibenarkan dan berhak membuat tuntutan pampasan gantirugi. Biasanya bentuk gantirugi yang layak dituntut adalah pertambahan kos dan perlanjutan tempoh kontrak.
Kelewatan yang boleh dituntut adalah apabila pemilik projek atau perunding telah menyebabkan kontraktor tidak dapat menyiapkan projek mengikut jadual. Dalam keadaan ini kontraktor adalah layak untuk membuat tuntutan pampasan dan kontraktor mungkin juga akan mendapat kelulusan lanjutan masa (EOT) dan mendapat tambahan harga.
Kontraktor layak membuat tuntutan sekiranya perubahan yang diperlukan melibatkan perubahan skop kerja, lambat membuat keputusan tentang bahan, masalah jalan masuk
dan masalah tapak (Potts 1995).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan