Pages
▼
20 November 2011
Kelewatan Projek Yang Dibenarkan
Kelewatan Projek Yang Dibenarkan (Excusable Delays) Anda boleh rujuk (JKR 203A Klausa 43 Syarat-Syarat Kontrak) Sekiranya kelewatan berlaku disebabkan sesuatu perkara maka pihak kontraktor hanya berhak menuntut lanjutan masa sahaja tanpa dibenarkan membuat tuntutan pampasan.
Pihak kontraktor hanya dibenarkan untuk membuat permohonan lanjutan masa sekiranya berlaku kelewatan yang berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut:
i. Force majeure; atau
ii. Cuaca buruk yang luarbiasa; atau
iii. Kerugian atau kerosakan yang luarbiasa yang disebabkan oleh perkara-perkara yang di luar jangkaan seperti yang disebut dalam fasal 36(a), iaitu berlakunya kebakaran, letupan, petir, ribut, banjir dan lain-lain (dengan syarat ia berlaku tidak disebabkan oleh perbuatan, kecuaian, kemungkiran atau pecah kontrak oleh kontraktor); atau
iv. Masa penerimaan yang tidak wajar terhadap arahan pelan, aras yang diperlukan atau arahan yang diperuntukan dalam kontrak oleh pihak kontraktor dari Pegawai Penguasa; atau
v. Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan di bawah fasal 5 iaitu arahan yang membawa kepada perubahan kerja-kerja yang sedang berjalan
vi. Arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari pertikaian dengan tuan punya yang berjiran
vii. Kontraktor tidak berupaya menyiapkan kerja kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal dan diramalkan olehnya pada tarikh penutupan tender seperti pembekalan bahan.
viii. Lambat pemilikan tapak
ix. Tindakan mogok yang disebabkan oleh pihak kesatuan sekerja
x. Kelewatan di pihak atau orang yang ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari kontrak
xi. Kelambatan yang disebabkan oleh sub-kontraktor tentang kerja mereka dan ia disebabkan oleh punca-punca yang telah dinyatakan didalam subfasal (i) hingga (ix) di atas
Kategori kelewatan ini sebenarnya adalah membantu kontraktor untuk meneruskan kerja walaupun berlaku kelewatan terhadap tempoh penyiapan sebenar mengikut kontrak. Tempoh lanjutan masa (EOT) yang diluluskan menyebabkan kontraktor tidak akan dikenakan denda kelewatan (LAD).
Keadaan ini sebenarnya tidak menguntungkan kontraktor kerana tiada tuntutan pampasan boleh dibuat dan akan melibatkan kos pengurusan yang bertambah mengikut bilangan tempoh lanjutan masa yang diluluskan. Walaupun mendapat kelulusan lanjutan masa, sebenarnya pihak kontraktor terpaksa mengeluarkan kos tambahan seperti kos pekerja, peralatan, sumber tenaga dan lain-lain lagi yang mana akan mempengaruhi keuntungan sebenar yang sepatutnya diperolehi.
Sumber : eprints.utm.my/5056/1/IdrisAliasKPFKA2006TTT.pdf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan