Terdapat perbagai jenis rumput di Malaysia. Jenis rumput antaranya Rumput Karpet (Carpet grass) ,Rumput Mutiara, Rumput Padang.
Rumput Carpet - Banyak spisis rumput karpet , tetapi tidak jauh perbezaannya dari
segi pengurusan,penanaman dan kawalan penjagaannya. Sesuai ditanam di halaman rumah
kerana status penjagaan lebih mudah. Ianya tahan lasak, tahan serangan virus/serangga perosak. 3 cara tanam, Instant Turf, Sport Turf dan Root turf
Rumput Mutiara - Jenis rumput ini sensitif, perlu penjagaan rapi terutama siraman dan pembajaan. Sering terdedah kepada serangan virus dan serangga perosak jika tidak dikawal
sempurna. Ianya tidak tahan cuaca panas.
Kelebihan rumput mutiara, ianya berwarna hijau pekat dan melepaskan oksigen lebih daripada rumput biasa. Tidak perlu di potong ( triming ) terlalu kerap memadai dengan cantasan ringan. Rumput Mutiara tidak mampu melawan serangan pertumbuhan rumput selainnya jika tidak dilakukan penjagaan rapi.
- 2 cara tanam . Instant dan sport turf
Rumput Padang - Rumput yang amat tahan lasak, sering digunakan dimerata-rata tempat, padang permainan, bahu jalan atau lapangan-lapangan riadah. Ianya tahan daripada segala serangan perosak,penyakit,cuaca dan rumput liar. Tetapi perlu triming kerap lebih baik 2 minggu sekali.
- Cara penanaman memadai dengan cara sport turf - kerana cow grass amat mudah membiak
dalam masa yang singkat.
Ada tiga jenis rumput utama di Malaysia; Zoysia, Bermuda dan Cowgrass. Ada juga padang yang menggunakan Paspalum, Serangoon, Buffalograss dan juga rumput campur-campur.
Cowgrass sentiasa berwarna hijau gelap, walaupun lama tidak di baja. Malangnya, kelebihan itu adalah juga punca masalah kepada banyak masalah padang cowgrass. Bila penjaga padang mencadangkan supaya padang di baja; mereka akan ditanya “Kenapa? Kan masih hijau?”. Sebenarnya, rumput dah ‘kelaparan’ dan tidak sihat walaupun luarannya masih hijau pekat.
Saya ingin bertanya jika ada contact pembekal rumput di kuching serawak. Saya cari di nursery rata-rata harga RM5.50/kaki persegi. Dua kali ganda dari harga di semenanjung. Jika ada boleh emailkan ke gnalab@yahoo.com. Terima kasih
BalasPadamBelum ada lagi, siapa tahu sila inform sini
BalasPadamsalam..boleh bg no hp...sy nak bcakap trus dgn tuan...projek pdg bola di kelantan. TK
BalasPadamSaya bukan kontraktor rumput
BalasPadam