Pages

19 April 2012

Interior Green Concept






Interior Green Concept for your home, appartment.

Interior Green Concept

Neutral Green Best For Home

Neutral Green Best For Home
Neutral Green Best For Home
Neutral Green Best For Home
Neutral Green Best For Home
Neutral Green Best For Home
Neutral Green Best For Home
Neutral Green Best For Home
Neutral Green Best For Home
Neutral Green Best For Home
Neutral Green Best For Home
Neutral Green Best For Home


Neutral Green Best For Home, neutral and green concept is best theme color for your home, I like to suggest this themes for your interior, exterior wall and others space at your home or office.

18 April 2012

Keretapi Laju KL Singapura Beri Kesan Positif Ekonomi

Keretapi Laju Kuala Lumpur (KL) Singapura
Keretapi Laju Kuala Lumpur (KL) Singapura bakal Beri Kesan Positif Ekonomi Malaysia apabila dilakasana. Saya amat sokong projek ini, kerana ia akan beri peluang ekonomi yang besar, terutama dalam peluang kerja, pertumbuhan dan peningkatan indusstri pelancongan, peningkatan industri binaan, peningkatan peluang dalam sektor makanan dan peruncitan.

Buat masa sekkarang ia masih dalam kajian dan kita harap projek ini akan jadi kenyataan di masa akan datang.

Projek itu mampu menambah jumlah pelancong dari Singapura antara 1.8 juta hingga 3.4 juta yang berpotensi membelanjakan antara RM2.2 bilion hingga RM4.2 bilion setahun, pengalihan pelbagai industri ke Greater KL berikutan kelebihan kos berbanding Singapura, peningkatan produktiviti berikutan penjimatan masa empat jam pergi dan balik serta meningkatkan nilai hartanah di ibu negara.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Kajianawalsiap/Article

17 April 2012

Apa Kaitan Kebenaran Merancang Dengan Pembangunan

Kebenaran Merancang Dengan Pembangunan
Apa Kaitan Kebenaran Merancang Dengan Pembangunan?
Kebenaran merancang merupakan diantara proses yang perlu dilalui dalam mendapatkan kelulusan perancangan untuk sesuatu projek pembangunan.

Proses tersebut boleh dilihat seperti di bawah:
  • Kelulusan tukar syarat tanah
  • Kelulusan pelan susunatur (kebenaran merancang)
  • Kelulusan pelan pinta ukur (pre-comp plan)
  • Kelulusan pelan bangunan
Apa Yang Boleh Dilakukan Setelah Kebenaran Merancang Diperolehi?
  • Secara amnya pembangunan boleh dimulakan setelah kebenaran merancang diperolehi.
  • Kebenaran merancang yang telah diluluskan dalam konteks pelan susun atur ialah pelan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa perancang tempatan.
  • Pelan susun atur ini boleh digunakan secara rasmi pihak seterusnya iaitu Jurukur dan Jurubina (Arkitek).
  • Pelan tapak ini diukur dengan memasukkan jarak yang tepat serta bearing oleh jurukur bagi memastikan ianya bertepatan dengan apa yang terdapat pada pelan dan tapak sebenar (pelan pinta ukur).
  • Pelan pinta ukur atau pelan 'pre-comp' akan digunakan oleh arkitek untuk kerja-kerja mereka bentuk bangunan didalam pelan susunatur tersebut (pelan bangunan).
  • Pelan bangunan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan beserta dengan pelan-pelan lain (contoh: pelan-pelan kejuruteraan) yang diperlukan oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Kerja-kerja tanah boleh dimulakan dengan memperolehi kelulusan proses-proses tersebut.

Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Pemohon Jika Ia Tidak Puas Hati Dengan Keputusan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan?
  • Pemohon yang tidak puas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan yang enggan beri kebenaran merancang atau kepada syarat-syarat dalam kebenaran merancang itu boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan.
  • Lembaga rayuan akan menyemak keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu dengan mendengar dari kedua-dua pihak perayu dan pihak berkuasa perancang tempatan.
  • Lembaga Rayuan seterusnya akan memutuskan samada mengekal, membatal atau mengubahsuai kebenaran merancang itu.
Tahukah Anda Kebenaran Merancang Yang Diluluskan, Boleh Ditarik Balik Oleh Pihak Bekuasa Perancang Tempatan?
  • Sesuatu kebenaran merancang yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancang tempatan boleh ditarik balik sekiranya terdapat kepentingan awam yang dibenarkan mengatasinya.
  • Perintah menarik semula kebenaran merancang perlu mendapat persetujuan dan disahkan oleh Jawatankuasa Kerajaan Negeri.
  • Pihak berkuasa perancang tempatan juga berhak untuk merobohkan apa-apa jua bentuk bangunan yang didirikan bagi maksud menarik balik kebenaran merancang [seksyen 25 (4) Akta 172].

Adakah Pemohon Boleh Memohon Kos Pampasan Sekiranya Terdapat Kes Penarik Balikan Kebenaran Merancang?
  • Seksyen 25 (3) (5) (6) Akta 172 memperuntukkan kos pampasan balik terhadap bangunan yang telah memperolehi kebenaran merancang.
  • Sekiranya langkah membatalkan kebenaran merancang telah menyebabkan kerugian pada ianya boleh dituntut semula oleh pemohon dengan kos yang memadai.

TAHUKAH ANDA? Anda Boleh Didakwa Sekiranya Melanggar Kebenaran Merancang?

  • Seseorang yang telah mendapat kebenaran merancang hendaklah sentiasa mempastikan aktiviti pemajuan yang dijalankan adalah mematuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh kebenaran merancang itu. Sebarang pelanggaran terhadap syarat itu adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta 172.
  • Penyataan mengenai kesalahan-kesalahan ada dinyatakan dibawah Seksyen 26 (1) Akta 172.
  • Seseorang didapati bersalah jika :
    • Memajukan atau membangunkan tanah yang berlainan dengan jenis kegunaan zon tanah yang diwartakan oleh Rancangan Tempatan atau mengubahsuai kelulusan kebanaran merancang.
    • Pemilik tanah yang didapati bersalahan di bawah Seksyen 26 (1) Akta 172, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM 500,000.00 dan tambahan RM 5,000.00 bagi setiap hari kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak lebih 2 tahun atau keduanya.

    Sumber : http://jpbd.perak.gov.my

Kebenaran Merancang Mengikut Akta 172

Maksud Kebenaran Merancang Mengikut Akta 172

  • Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) mentafsirkan Kebenaran Merancang sebagai kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.
  • Subseksyen 19(1) memperuntukkan tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan (PBT), boleh memulakan, mengusahakan atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika Kebenaran Merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).
  • Pada amnya “kebenaran merancang” adalah satu prosedur yang mana pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada PBPT untuk mendapatkan kelulusan sebelum memulakan sebarang pemajuan di atas tanah atau bangunan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 21A [Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)] dan seksyen 21B [Pelan Susunatur]

Sumber : http://jpbd.perak.gov.my


Syarat Pinjaman Ubahsuai Rumah

Syarat Pinjaman Ubahsuai Rumah
SYARAT PINJAMAN MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN, untuk kakitangan kerajaan, sumber http://bpp.treasury.gov.my

7.1 Pinjaman ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia
7.1.1 Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman.
7.1.2 Amaun pinjaman yang boleh dipohon adalah baki kelayakan semasa dan skim pinjaman bagi pinjaman ubahsuai ini hendaklah mengikut skim pinjaman pertama.
7.1.3 Suami/isteri kepada peminjam juga dibenarkan untuk memohon pinjaman bagi ubahsuai rumah dengan syarat berikut :
i. Suami/isteri adalah pemilik bersama;
ii. Sekiranya nama pemohon tiada dalam hakmilik, pindahmilik perlu dibuat sekurang-kurangnya setengah (½) bahagian kepada pemohon dengan mengemukakan salinan Borang 14A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani; dan
iii. Jika pemohon telah mengambil pinjaman pertama dan selesai pinjaman tersebut, amaun pinjaman yang boleh dipohon adalah baki kelayakan semasa.
7.1.4 Permohonan hendaklah dikemukakan selepas lima (5) tahun daripada tarikh surat kelulusan bagi Jenis I dan V, manakala Jenis II dan III, lima (5) tahun daripada tarikh pengeluaran baucar bayaran 95% atau 100%.
7.1.5 Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa jika melibatkan tambahan bangunan.
7.1.6 Kos kerja ubahsuai rumah perlu mendapat penilaian oleh JPPH. Permohonan kerja ubahsuai rumah dibenarkan sekali sahaja.
7.1.7 Persetujuan bank/institusi kewangan untuk menangguhkan gadaian dengan mengemukakan salinan Borang 16C yang telah dilengkapkan dan ditandatangani bagi hartanah yang digadai kepada bank/institusi kewangan.
7.1.8 Sekiranya Hakmilik Individu/Strata telah dikeluarkan bagi kes penyerahan hak, kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan setelah hartanah digadai kepada Kerajaan Malaysia.
7.1.9 Pengesahan pemaju sekiranya Hakmilik Individu/Strata masih belum dikeluarkan bagi kes penyerahan hak.
7.1.10 Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan setelah mendapat surat kelulusan pinjaman dan tidak dibenarkan membuat perubahan kepada pelan asal dan spesifikasi kerja ubahsuai.

7.2 Pinjaman ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang tidak dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

7.2.1 Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama (suami/isteri).
7.2.2 Kerajaan Malaysia hendaklah didaftarkan sebagai pemegang gadaian pertama.
7.2.3 Persetujuan bank/institusi kewangan untuk menangguhkan gadaian dengan mengemukakan salinan Borang 16C yang telah dilengkapkan dan ditandatangani bagi hartanah yang digadai kepada bank/institusi kewangan.
7.2.4 Kerja ubahsuai hanya dibenarkan ke atas rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap sepenuhnya.
7.2.5 Pemohon yang telah mengambil pinjaman pertama layak mengambil pinjaman ubahsuai ini sebagai pinjaman kedua tertakluk kepada syarat berikut:

i. Telah menyelesaikan pinjaman pertama;
ii. Amaun pinjaman yang layak dipohon adalah baki kelayakan semasa tertakluk kepada bayaran ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen yang akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa; dan
iii. Tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 300 bulan atau baki tempoh tamat perkhidmatan bagi Skim KWSP.

7.2.6 Pemohon yang telah mengambil pinjaman ubahsuai ini sebagai pinjaman pertama dan telah menyelesaikan pinjaman tersebut, layak untuk memohon pinjaman kedua.
7.2.7 Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuatkuasa jika melibatkan tambahan bangunan.
7.2.8 Kos kerja ubahsuai rumah perlu mendapat penilaian oleh JPPH.
7.2.9 Pengesahan pemaju sekiranya Hakmilik Individu/Strata masih belum dikeluarkan bagi kes penyerahan hak.
7.2.10 Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan setelah mendapat surat kelulusan pinjaman dan tidak dibenarkan membuat perubahan kepada pelan asal dan spesifikasi kerja ubahsuai.

7.3 Senarai kerja ubahsuai yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:

7.3.1 Preliminaries seperti:
  • - kos Juru Perunding (penyeliaan dan penyelarasan kerja ubahsuai);
  • - kos guaman;
  • - kos Pihak Berkuasa Tempatan;
  • - kos penyediaan pelan bangunan; dan
  • - insurans pekerja dan bangunan.
7.3.2 Aksesori/ peralatan seperti:
  • - alat penghawa dingin termasuk bekas/alas alat penghawa dingin (tray for aircond);
  • - pemancar penyiaran dan peralatan berkaitan;
  • - peralatan elektrik/ alat penyedut asap/habuk;
  • - solar dan turbine;
  • - dapur gas;
  • - perhiasan rumah;
  • - perabot rumah mudah alih; dan
  • - alatan telekomunikasi dan teknologi.
7.3.3 Laman dan landskap seperti:
  • - kolam renang;
  • - kolam ikan;
  • - gazebo/pergola;
  • - rumput; dan
  • - parkir berasingan.

15 April 2012

Ciri-ciri dalam rekabentuk bangunan

Klik untuk besarkan

Ciri-ciri yang perlu ada dalam rekabentuk bangunan. Bangunan yang menarik dan selesa bukan boleh di buat sebarangan, ia perlu mengambil kira perbagai faktor dan elemen rekabentuk dan elemen alam sekitar. Jangan kerana ada wang, bangunan di bina.

Ciri-ciri rekabentuk bangunan yang baik
  1. Rekabentuk bangunan mesti mencerminkan atau mempunyai ciri-ciri identiti dan imej yang ditetapkan.
  2. Rekabentuk bangunan di persimpangan atau bangunan-bangunan penting seperti bangunan institusi utama mestilah mempunyai ‘strong sense of character and identity’. Rekabentuk moden yang keterlaluan tidak digalakkan dan bentuk bangunan seperti kotak perlu dielakkan.
  3. Rekabentuk bangunan baru mesti mengambilkira bangunan bersebelahan dan persekitaran bagi mewujudkan kesinambungan dan keharmonian di antara bangunan. Rekabentuk haruslah ‘sympathetic’ terhadap pembangunan sedia ada di lot bersebelahan dan perlu mengambilkira ciri-ciri fizikal dan sosiobudaya setempat.
  4. Rekabentuk bangunan perlu mengambilkira keperluan golongan kurang upaya dan golongan cacat.
  5. Bangunan baru hendaklah dibina dan direkabentuk agar tidak menghalang pemandangan dari bangunan sedia ada ke sekitar kawasan terutama ke kawasan jalan utama, kawasan lapang, sungai, laut dan kawasan hutan.
  6. Bangunan baru hendaklah mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang akan memperbaiki pemandangan sekitar sedia ada atau menyumbang kepada pemandangan baru yang lebih menarik.
  7. Bangunan baru perlulah dibina dengan mengambilkira keadaan sekeliling dan rekabentuk bangunan sedia ada di kawasan sekitar.
  8. Rekabentuk bangunan hendaklah menitikberatkan aspek visual dan fungsinya dengan kawasan dan bangunan sekitar.
  9. Bangunan tinggi yang terletakbersebelahan ruang pejalan kaki dan kawasan lapang hendaklah mempunyai bukaan-bukaan, rekabentuk menarik dan friendly kepada pejalan kaki.
  10. Rekabentuk fasad hendaklah menarik berdasarkan konsep senibina yang berkaitan dengan sejarah dan budaya tempatan.
    Peralatan tambahan seperti penghawa dingin tidak dibenarkan di bahagian hadapan fasad bangunan

Sumber : MBI.Gov.my


Bangunan menarik cantik senibina dimalaysia

Bangunan menarik cantik senibina dimalaysiaRumah Minangkabau

Bangunan menarik cantik senibina dimalaysiaMasjid Tengku Tengah Zaharah, Terengganu

Bangunan menarik cantik senibina dimalaysiaMasjid Putrajaya

Bangunan menarik cantik senibina dimalaysia
Rumah Johor

Hari ini saja search bangunan yang menarik, samada senibina, ciri warna, rekabentuk dan persekitaran. Nak cari 100% bagus sukarlah, tapi bangunan yang di pilih ini ada nilai seni tersendiri dan menarik, ada juga sejarah, dan peranan tarik pelancong.

Bangunan menarik cantik senibina dimalaysiaBangunan Sultan Abdul Samad, KL

Bangunan menarik cantik senibina dimalaysiaKLCC

Bangunan menarik cantik senibina dimalaysiaDUN, Kota Iskandar Nusajaya

Bangunan menarik cantik senibina dimalaysiaBangunan DUN Sarawak

Bangunan menarik cantik senibina dimalaysia
Masjid Kristal, Kuala Terengganu


Sebenarnya banyak lagi bangunan cantik di Malaysia, saya akan cuba tambah gambar selepas ini, jika anda ada gambar di bawah, sila bagi link di bahagian komen di bawah.

14 April 2012

Harga Kerja-Kerja Mekanikal

Harga Kerja-Kerja Mekanikal, otis lif
Harga Kerja-Kerja Mekanikal ini saya petik dari sumber JKR juga, tapi harga ini sejak 3 tahun dahulu, namun ia boleh digunakan sebagai panduan dalam membuat anggaran kasar kerja kerja mekanikal dalam suatu bangunan. Ini juga penting bagi developer atau pemaju projek yang ingin tahu kadar harga mekanikal dalam bangunan mereka.

ANGGARAN KOS AIR CON

  1. Air cool split unit installation - RM100.00 / m2
  2. Air Cool Ducted Unit - RM140.00 / m2
  3. Water Cooled Ducted unit - RM200.00 / m2
  4. Water cooled chilled unit - RM350.00 / m2

SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN

  1. Gelung hos - RM3.50 / m
  2. Pancur kering RM2800.00 / hos
  3. Pancur basah RM2000.00 / hos
  4. Sprinkler RM30 / m2
  5. Smoke detecter RM10 / m2


LIF BANGUNAN

  1. Bangunan pejabat 10 tingkat, anggaran RM25,000.00
  2. Bangunan kuaters 10 tingkat, dianggarkan RM17,000.00
  3. Bangunan hospital 8 tingkat , anggaran RM88,000.00
  4. Dumber dumbwaiter 4 ting, - anggaran RM12,000.00
  5. Good lift, 4 tingkat, anggaran RM52,000.00

Lif di atas jenis Toshiba atau Otis


Kiraan Kos m2 Interlocking Concrete Pavers

Kiraan Kos m2 Interlocking Concrete Pavers
Kiraan Kos m2 Interlocking Concrete Pavers
Cara Kiraan Kos m2 Interlocking Concrete Pavers, adalah berdasarkan kos bahan iaitu interlocking concrete pavers, upah memasang dan kos pengurusan dan keuntungan. Keuntungan adalah antara 15% hingga 30% dari jumlah kos bahan dan upah.

Harga juga berbeza mengikut lokasi projek dan jarak antara pembekal dan lokasi projek. Jika anda nak letak harga tender atau sebutharga, dua faktor ini harus di ambilkira, pertama kos bahan dan kedua upah.

Sebelum mengira harga anda perlu tahu saiz atau luas concrete pavers dalam m2, kemudian anda boleh tahu bilangannya dalam 1m2.

Contoh Kiraan Kos Interlocking Concrete Pavers m2

Kiraan Kos m2 Interlocking Concrete Pavers
BAHAN
---------
Interlocking
Bilangan 1m2 = 45 Nos
Kos 1 biji katakan = RM0.80 / Nos
Kos Bahan 1m2 = RM0.80 x 45 nos = RM36.00

Pasir
Pasir biasanya 50mm atau 2"
Kos 1m2 = 0.05m x kos 1m3
Kos 1m2 = 0.05m x 65.00/m3 = RM3.25

Hardcore
Lapisan asas Crusher Run atau hardcore setebal 300mm atau 0.3m atau 1' tebal

Kos lapisan ini juga ikut harga bahan sampai ketapak, biasanya kos 1 Metrik Tan ialah RM12.00 dan kos bahan ini ikut kuari yang membekal dan kos pengangkutan Lori (RM10 / Tan)

Kiraaan Kos Hardcore
Katakan 1MT Crusher Run A = RM22.00
Kos 1m2 untuk tebal 0.3m = 0.3m x ketumpatan = Berat
= 0.3 x 2.20 = 0.66
Maka Kos Hardcore = 0.66 x 12.00 = RM14.52

JUMLAH KOS BAHAN = 36 + 3.25 + 14.52 = RM53.77 / M2

MESIN
Anggaran kos mesin di tentukan jenis mesin digunakan dan berapa hari dijangka siap. Contohnya kita nak buat laluan pejalan kaki lebar 3m x panjang 500m, maka saya anggarkan jangka siap melabur dan padat hardcore di atas ialah 8 hari.

maka kos mesin
Backpusher = 250.00 x 8 hari = RM2000.00
Roller 10 Tan = 350 x 8 hari = RM2800.00
--------------
Jumlah Kos mesin 8 hari =RM4800.00
Luas kawasan kerja 3 x 500 = 1500 m2
Kos mesin 1m2 = 4800 / 1500 = RM3.20



UPAH
------
Upah 1m2 bahan ikut harga Lum sum = RM9.00/m2

(anda boleh runding dulu dengan subcon kerja ini bagi mendapat harga munasabah dan sesuai sebelum masuk harga tender, jangan lupa simpan no telefon subcon kerja memasang pavers ini untuk rujukan anda)

JUMLAH BAHAN, MESIN DAN UPAH = RM53.77 + RM3.20+ RM9.00 = RM65.97

KOS PENGURUSAN DAN UNTUNG

Katakan kita sebagai kontraktor ambil 20%,
Maka 20% x 65.97 = RM13.194 / m2


MAKA KOS 1M2 = RM65.97 + RM13.194 = RM79.164

Nota
-----
Jika kawasan kerja tu luas, kita boleh kurang sedikit profit, supaya harga tender tak terlalu tinggi.

Kos upah ada berbeza ikut negeri dan peluang anda dapat subcon yang murah. Kalau anda ada alatan sendiri dan ada pekerja sendiri, kos upah boleh di kurangkan dan anda boleh lawan harga dengan kontraktor lain.

Syarat Ubahsuai Rumah

Jika anda nak ubahsuai Rumah anda, anda perlu patuhi syarat yang termaktub dalam UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN SERAGAM 1984 [P.W. 5178/85]. Undang ini akan mengawal kerja ubahsuai pemilik rumah, terutamanya bangunan di Taman Perumahan atau Lot Persendirian.

Bagi yang baru mula nak ubahsuai rumah atau bangunan mereka samada nak tambah di hadapan, belakang atau tepi, syarat kena ikut undang kecil bangunan seragam di atas. Antara syarat dalam peraturan itu ialah mengemukan pelan atau lukisan binaan rumah yang ingin di ubahsuai.

Selain itu anda kena mempunyai kawasan binaan yang cukup untuk tujuan binaan, tambahan.

Sebab tu saya cadangkan anda lantik pelukis pelan berdaftar atau akitek bagi mengurus kerja pengurusan hingga mendapat kelulusan pihak Majlis bandaran atau majlis daerah kawasan anda. Mereka ada pengalaman dengan PBT setempat.

CONTOH BORANG PBT CAMERON


Cara penilaian tender oleh JKR

Cara penilaian tender oleh JKR
Cara penilaian tender oleh JKR ke atas tender bawah 10 juta, berdasarkan kepada beberapa faktor di bawah. Penilaian di buat oleh pegawai JKR terutama jurukur bahan atau QS dan jurutera. Antara perkara yang dinilai, selepas kontraktor hantar dokumen tender mereka ialah:

Penilaian tender oleh JKR Peringkat Pertama

  • Pra Syarat Kelayakan
  • Kesempurnaan Tender
  • Kecukupan Dokumen Wajib
  • Kecukupan Modal Minima
  • Prestasi Kerja Semasa Yang Memuaskan
  • Tempoh Siap Kerja Maksima

Penilaian tender oleh JKR Peringkat Kedua
  • Tender Yang Paling , Menguntungkan Untuk Diperakukan
  • Kesan Rendahan Harga Tender
  • Tender Yang Hendak Diperakukan
Paling penting kontraktor perlu jaga projek sebelumnya, jaga projek jangan sakit, harga jangan terlalu tinggi dan terlalu rendah. Borang perlu di isi lengkap, pastikan maklumat yang diminta cukup dan tepat, jangan tipu maklumat, kerana JKR ada cara mengesannya.

Boleh baca selanjutnya sini atau download dokumen 23 muka surat

Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia
Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia
Cara memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, perlu ada syarat-syarat di bawah, sila lihat syarat pemohonan Rumah Mesra Rakyat 1malaysia. Permohan boleh di buat melalui Jabatan Rumah Mesra Rakyat.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  3. Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  4. Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  5. Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  6. Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555. atau melalui spnb.

SENARAI PROJEK SPNB KLIK SINI

07 April 2012

Tips dan renovasi Rumah yang berkesan

Tips dan renovasi Rumah yang berkesan
Tips dan renovasi Rumah yang berkesan. Ramai antara kita membuat renovasi rumah ikut sedap hati sahaja, asal ada duit, mereka buat, harga ikut harga tukang atau harga yang di beri subcon atau kontraktor. Apa mereka cakap kita ikut sahaja. Sedar tak sedar duit habis atau pinjaman yang di buat tak cukup. Lepas tu rumah yang di ubahsuai tak siap.

80% dari pembeli rumah akan melakukan kerja renovasi. Namun tidak sampai 20% sahaja yang bepuashati dengan hasil renovasio tersebut.

Rakan baik saya
Yasir Puad seorang graduan didalam jurusan arkitek di ITM, saya telah berkecimpung didalam bidang rekabentuk dan pengubahsuaian rumah ini selama 20 tahun dari peringkat rekabentuk hinggalah pengawasan projek semasa pembinaan.Beliau berjaya hasilkan Panduan dalam ubahsuai Rumah.

Yasir Puad memulakan firma sendiri sejak tahun 2004, saya telah berkhidmat didalam bidang sama dengan firma arkitek di Kuala Lumpur.

Sememangnya
Yasir Puad berhasrat untuk berkongsi pengetahuan serta pengalaman yang ada untuk menolong pemilik rumah yang mempunyai impian bagi memiliki renovasi idaman tetapi tiada pengetahuan didalam bidang ini.

Ilmu yang bakal akan miliki nanti dapat mengelakkan :

  • Pemilik rumah seperti anda dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

  • Melancarkan segala proses yang perlu anda lalui bagi melakukan renovasi rumah anda.

  • Memastikan bahawa bajet yang dikeluarkan adalah bajet yang paling optimum. Dengan kata lain wang yang anda keluarkan sememangnya berbaloi.

Dengan ilmu serta pengalaman yang Yasir Puad ada terutamanya yang berkaitan dengan renovasi rumah telah Yasir Puad kumpulkan dalam satu ebook yang Yasir Puad namakan :TIP RENOVASI IMPIAN.

Pelbagai masalah akan timbul dalam usaha anda untuk kerja-kerja renovasi rumah anda. Oleh itu anda perlu miliki Ebook Tip Renovasi supaya anda dapat mengelakkan dari melakukan segala kesilapan, masalah serta bajet diluar jangkaan. Oleh itu miliki Tip Renovasi anda sekarang.

Cepat bertindak dengan memiliki ebook Tip Renovasi anda sebelum jualan ebook ini ditutup. KLIK 'Dapatkan Sekarang' TIPS RENOVASI IMPIAN