Pages

17 April 2012

Syarat Pinjaman Ubahsuai Rumah

Syarat Pinjaman Ubahsuai Rumah
SYARAT PINJAMAN MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN, untuk kakitangan kerajaan, sumber http://bpp.treasury.gov.my

7.1 Pinjaman ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia
7.1.1 Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman.
7.1.2 Amaun pinjaman yang boleh dipohon adalah baki kelayakan semasa dan skim pinjaman bagi pinjaman ubahsuai ini hendaklah mengikut skim pinjaman pertama.
7.1.3 Suami/isteri kepada peminjam juga dibenarkan untuk memohon pinjaman bagi ubahsuai rumah dengan syarat berikut :
i. Suami/isteri adalah pemilik bersama;
ii. Sekiranya nama pemohon tiada dalam hakmilik, pindahmilik perlu dibuat sekurang-kurangnya setengah (½) bahagian kepada pemohon dengan mengemukakan salinan Borang 14A yang telah dilengkapkan dan ditandatangani; dan
iii. Jika pemohon telah mengambil pinjaman pertama dan selesai pinjaman tersebut, amaun pinjaman yang boleh dipohon adalah baki kelayakan semasa.
7.1.4 Permohonan hendaklah dikemukakan selepas lima (5) tahun daripada tarikh surat kelulusan bagi Jenis I dan V, manakala Jenis II dan III, lima (5) tahun daripada tarikh pengeluaran baucar bayaran 95% atau 100%.
7.1.5 Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa jika melibatkan tambahan bangunan.
7.1.6 Kos kerja ubahsuai rumah perlu mendapat penilaian oleh JPPH. Permohonan kerja ubahsuai rumah dibenarkan sekali sahaja.
7.1.7 Persetujuan bank/institusi kewangan untuk menangguhkan gadaian dengan mengemukakan salinan Borang 16C yang telah dilengkapkan dan ditandatangani bagi hartanah yang digadai kepada bank/institusi kewangan.
7.1.8 Sekiranya Hakmilik Individu/Strata telah dikeluarkan bagi kes penyerahan hak, kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan setelah hartanah digadai kepada Kerajaan Malaysia.
7.1.9 Pengesahan pemaju sekiranya Hakmilik Individu/Strata masih belum dikeluarkan bagi kes penyerahan hak.
7.1.10 Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan setelah mendapat surat kelulusan pinjaman dan tidak dibenarkan membuat perubahan kepada pelan asal dan spesifikasi kerja ubahsuai.

7.2 Pinjaman ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang tidak dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

7.2.1 Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama (suami/isteri).
7.2.2 Kerajaan Malaysia hendaklah didaftarkan sebagai pemegang gadaian pertama.
7.2.3 Persetujuan bank/institusi kewangan untuk menangguhkan gadaian dengan mengemukakan salinan Borang 16C yang telah dilengkapkan dan ditandatangani bagi hartanah yang digadai kepada bank/institusi kewangan.
7.2.4 Kerja ubahsuai hanya dibenarkan ke atas rumah atau petak rumah kediaman yang telah siap sepenuhnya.
7.2.5 Pemohon yang telah mengambil pinjaman pertama layak mengambil pinjaman ubahsuai ini sebagai pinjaman kedua tertakluk kepada syarat berikut:

i. Telah menyelesaikan pinjaman pertama;
ii. Amaun pinjaman yang layak dipohon adalah baki kelayakan semasa tertakluk kepada bayaran ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada anggaran pencen yang akan diterima berdasarkan gaji hakiki semasa; dan
iii. Tempoh bayaran balik pinjaman adalah tidak melebihi 300 bulan atau baki tempoh tamat perkhidmatan bagi Skim KWSP.

7.2.6 Pemohon yang telah mengambil pinjaman ubahsuai ini sebagai pinjaman pertama dan telah menyelesaikan pinjaman tersebut, layak untuk memohon pinjaman kedua.
7.2.7 Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuatkuasa jika melibatkan tambahan bangunan.
7.2.8 Kos kerja ubahsuai rumah perlu mendapat penilaian oleh JPPH.
7.2.9 Pengesahan pemaju sekiranya Hakmilik Individu/Strata masih belum dikeluarkan bagi kes penyerahan hak.
7.2.10 Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan setelah mendapat surat kelulusan pinjaman dan tidak dibenarkan membuat perubahan kepada pelan asal dan spesifikasi kerja ubahsuai.

7.3 Senarai kerja ubahsuai yang tidak dibenarkan adalah seperti berikut:

7.3.1 Preliminaries seperti:
  • - kos Juru Perunding (penyeliaan dan penyelarasan kerja ubahsuai);
  • - kos guaman;
  • - kos Pihak Berkuasa Tempatan;
  • - kos penyediaan pelan bangunan; dan
  • - insurans pekerja dan bangunan.
7.3.2 Aksesori/ peralatan seperti:
  • - alat penghawa dingin termasuk bekas/alas alat penghawa dingin (tray for aircond);
  • - pemancar penyiaran dan peralatan berkaitan;
  • - peralatan elektrik/ alat penyedut asap/habuk;
  • - solar dan turbine;
  • - dapur gas;
  • - perhiasan rumah;
  • - perabot rumah mudah alih; dan
  • - alatan telekomunikasi dan teknologi.
7.3.3 Laman dan landskap seperti:
  • - kolam renang;
  • - kolam ikan;
  • - gazebo/pergola;
  • - rumput; dan
  • - parkir berasingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan