Pages

10 Julai 2012

Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi

Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi. Ini adalah cadangan saya bagi mengawal kenaikan rumah yang semakin melampau ketika ini, khasnya di negeri yang berkepadatan tinggi penduduk. Ya saya tahu harga rumah berdasarkan pasaran. Tapi sebagai pembeli kita ada hak, apa hak kita? Hak kita ialah menentukan dan mendapat harga rumah yang murah dan berpatutan harganya. Kita punya duit, kita punya rumah lah.

Orang ada duit mereka beli rumah dan jual, bagi kita yang pendapatan sederhana harga rumah melebihi 300,000 adalah suatu beban, sedangkan mendapat rumah antara 100,000 dan 300,000 ada suatu masalah.

Antara faktor yang mentukan faktor harga rumah ialah:
  1. Lokasi dengan pusat bandar
  2. Harga bahan binaan yang tinggi
  3. Kos buruh yang semakin meningkat
  4. Aktiviti spekulasi oleh pelabur hartanah
  5. Kurang desakan atau tekanan dari bakal pembeli, agar harga rumah di kurangkan.
 APA KATA PERSATUAN PENGGUNA, TUBUH UNIT PEMBELI RUMAH, kita desak kerajaan kawal harga rumah, atau sebagai pembeli kita boikot harga rumah yang tinggi, agar pemaju tidak sewenang-wenang naik harga rumah. Jangan beli rumah yang mahal !!!!!

Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi.
Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi.
Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi.

  

1 ulasan: