Pages

29 Julai 2012

Kerja MRT BB Sentral station bermula

Kerja MRT BB Sentral station bermula 16 julai 2012
Board BB Sentral di jalan Bukit Bintang
Kerja-kerja Projek MRT akan bermula di BB Sentral station at Jalan Bukit Bintang hari Isnin 16 Julai 2012. Kawasan yang akan dipasang hoarding adalah kawasan pejalan kaki di depan Bukit Bintang
Plaza (BB Plaza) dan Bangunan Yayasan Selangor, bagi memastikan keselamatan orang
awam ketika kerja-kerja menanggalkan struktur-struktur sedia ada di situ.

Encik Amir Mahmood Razak, Penagrah Komunikasi Strategik & Perhubungan Awam MRT
Corp berkata semua langkah akan diambil untuk memastikan gangguan minima kepada
pengguna kawasan tersebut.

“Kontraktor kami akan memastikan keselamatan tidak akan dikompromi, selain
mengurangkan gangguan ketika kerja-kerja dijalankan. Hoarding tersebut dipasang untuk
mengasingkan kawasan kerja daripada pejalan kaki, demi keselamatan mereka sendiri,” kata
Encik Amir.

Beliau menambah, laluan pejalan kaki yang berlampu akan disediakan dihadapan pintu
masuk BB Plaza (rujuk lakaran Stage 1). Papan tanda dan penunjuk arah juga akan dipasang
untuk rujukan pejalan kaki.

Setelah struktur-struktur sedia ada dialihkan, tiga lorong jalan akan disiapkan di lokasi
tersebut. Ini bagi tujuan melencongkan aliran trafik buat sementara di Jalan Bukit Bintang,
pada bulan Oktober depan (lihat Lakaran Stage 2).

“Lencongan trafik ini akan membolehkan kerja menggali dan kerja-kerja berkaitan
dijalankan untuk pembinaan stesen bawah tanah BB Sentral. Tiga lorong akan dibina, seperti
aliran trafik sedia ada di Jalan Bukit Bintang. Ini akan memastikan gagnguan minima kepada
pemandu kenderaan,” jelas Encik Amir.

Akses ke BB Plaza juga tidak akan terjejas oleh kerja-kerja ini. Mereka yang ingin membeli
belah di BB Plaza, dan orang awam masih boleh menggunakan pintu masuk ke bangunan
tersebut

Sumber : MRT Copr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan