Pages

27 September 2012

Bajet 2013 Dan Harga Rumah Tinggi

Bajet 2013 Dan Harga Rumah Tinggi. Ramai yang mengeluh harga rumah tinggi, harga rumah naik, kos sara hidup tinggi, sewa rumah naik dan tinggi. Semuanya isu asas dalam kehidupan masa ini yang perlu ambil berat dan selesai isu harga rumah tinggi. Kerajaan perlu lantik Jawatan Kuasa Khas peringkat Parlimen atau kementerian perumahan untuk kaji kenapa harga rumah naik dan bagaimana cara atasi harga rumah tinggi.

Pada peringkat awal saya boleh beri 2 sebab utama kenaikan harga rumah.

  1. Pertama faktor dalaman yang melibatkan kos bahan, kos upah, kos tanah dan kos keuntungan oleh pemaju. Kos bahan paling perlu di beri perhatian utama dalam bajet 2013, agar kerajaan ambil langkah positif menyekat kenaikan harga bahan utama dalam industri binaan di Malaysia. Pemaju disaran jangan buat untung banyak sangat, Padan patut sudahlah.
  2. Kedua ialah faktor luaran yang melibatkan aktiviti spekulasi dan peranan agen hartanah yang membeli dan menaikan harga rumah dengan sewenang wenangnya melalui aktiviti jual beli singkat. Beli hari ini dan bulan depan jual semula. Misalnya agen hartanah beli 200,000 ribu kemudian jual pada 2 bulan akan datang dengan harga RM250,000. Untung atas angin RM50,000.00. Ini satu contoh apa yang berlaku di bandar besar negara ini.
  • Dengan demikian harga bagi rumah lain yang berhampiran akan naik dan naik. Pada hal kos asal ialah RM200,000.00
  • Persoalannya bagaimana nak kawal harga kalau aktiviti macam ini berlaku. Ia juga akan membina persepsi negatif bahawa harga rumah naik di kawasan ini dan kawasan itu. Pemaju lain juga akan memain harga mengikut harga semasa. Lama kelamaan kita akan lihat harga rumah semakin meningkat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan