Pages

22 September 2012

Tip bina ruang dan pelan rumah

Tip bina ruang dan pelan rumah
Tip bina ruang dan pelan rumah. Tips atau panduan paling penting ialah selesa. Bila kita nak bina rumah kita nak fikir banyak kali ruang apa yang perlu ada dan apakah bentuk ruang dalam rumah. Saiz besar bukan elemen utama tapi, apakah kita mendapat keselesaan bila berada dalam rumah. Keselesaan itu ialah dari segi pengerakan, suhu dalaman, angin keluar masuk,pengudaraan, pencahayaan, kegunaan ruang, privasi ruang , saiz bilik, tata atur ruang dan elemen warna dan bahan.

Seperti diketahui, setiap keluarga mempunyai gaya hidup, keperluan serta bajet tersendiri. Ini sama seperti kediaman yang mempunyai unit terancang direka bentuk serta dihias mengikut cita rasa individu. Maka, pilihan gaya sewajarnya dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira beberapa perkara.

2 peringkat perancangan ruang dalam rumah

  1. Peringkat sebelum bina pelan rumah, apa yang perlu di rancang ialah konsep ruang dan bagaimana susun atur ruang. (ini sesuai untuk rumah bina sendiri). atau bina rumah di tanah sendiri. Ruang apa nak bina, asasnya ialah ruang dapur, bilik air, blik tidur suami isteri, bilik anak perempuan, bilik anak lelaki, ruang tamu, ruang keluarga, dan ruang solat atau tetamu. Semua itu kena ikut kemampuan kita
  2. Perancangan selepas pembinaan - maksudnya hiasan dalaman dan bahan yang nak pilih dan warna atau konsep dalaman. Perkara ini ada hubung kait dengan peeringkat 1 sebelum kita bina dan konsep dalaman yang kita nak buat.
Contoh konsep pelan rumah
Tip bina ruang dan pelan rumah

  • Ruang Awam' - Ruang Tamu dan Ruang makan
  • 'Separa awam' - Bahagian  Dapur, Ruang   Makan di dapur.
  • 'Privacy' - Ruang Bilik Tidur.
Konsep Hijau / 'green architecture' dapat dijelaskan didalam konsep perancangan rekabentuknya iaitu - mengambilkira rekabentuk yang fokus kepada persekitaran sebagai fokus utama contohnya sama ada persekitaran/ laman pokok, pancaran matahari, laluan angin dan sebagainya.

Saiz ruang dan bahan

Saiz ruang bergantung kepada kemampuan. satiap kaki persegi ruang ada nilai dan kos berdasarkan kos kaki persegi atau m2, Kemudian pemilihan bahan, samada batu, bata, kayu, besi dan melibatkan elemen kos yang perlu di ambil kira.

Saiz yang selesa dan saiz minima bagi bilik ialah 10' x 10' atau 10' x 12', besar lagi baik. Biasanya rumah teres mereka design 10' x 10' atau 3m x 3m. Bagi saya ini saiz minima dan sederhana




Tiada ulasan:

Catat Ulasan