Bidang kerja pembinaan luas skop. Bagi mereka yang belum ada pengalaman atau sedang belajar melihat skop industri binaan adalah sempit. Misalnya jika anda jurutera atau akitek, atau bidang qs atau bidang pembinaan atau kejuruteraan awam, mekanikal dan sebagainya, boleh jadi agen pemasaran atau eksekutif pemasaran, menjual bahan binaan.
Bagaimana nak buat?, anda kena berani dan cuba belajar bahan binaan yang di jual dan cuba minta kerja dengan syarikat pembekal bahan binaan. Tugas anda mencari kontraktor yang nak beli bahan binaan untuk projek mereka.
Saya ada seorang kawan yang keluar Universiti, kerja eksekutif jual bahan paip, kerjanya berjumpa kedai hardware, kontraktor dan pihak berkuasa memperkenalkan bahan yang di keluarkan syarikat, bagi pihak syarikat ia bekerja, kerja agak mencabar, tapi anda belajar banyak benda.
Bidang ini jangan di sempitkan, cuba belajar bidang berkaitan agar kita mudah masuk ke dalam bidang ini, jangan tahu skop kita belajar saja, misalnya saya dalam bidang perumahan bangunan dan perancangan usm, saya tahu bab qs, bab kejuruteraan awam, tahu bab paip, sedikit elektrik, tahu cara buat jalan, tahu order bahan, tahu kira bahan binaan, kos kerja dan cara claim dengan jkr dan tahu pasal ukur tanah, semua itu saya belajar dari bawah semasa kerja dengan beberapa syarikat binaan.
Kena minat dan azam kuat untuk maju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan