Pages

23 Ogos 2013

Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3 peratus suku kedua 2013

Pada suku kedua 2013, ekonomi Malaysia tumbuh pada 4.3 peratus. Dari segi pengeluaran, semua sektor mencatatkan pertumbuhan positif dengan Perkhidmatan terus menjadi pemangkin utama. Prestasi yang lebih baik dalam Pembuatan serta pertumbuhan kukuh dalam Pembinaan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ini.

Peningkatan dari segi perbelanjaan disokong oleh sumbangan positif daripada Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta dan Pembentukan Modal Tetap Kasar. Pengembangan dalam kedua-dua perbelanjaan telah mengimbangi prestasi lemah dalam perdagangan luar negeri.

Komposisi KDNK dari segi pengeluaran diterajui oleh Perkhidmatan dengan sumbangan 54.8 peratus. Sementara itu, Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta menyumbang 51.5 peratus dari segi perbelanjaan.

Buat pertama kali, data pelarasan musim dikeluarkan bagi melengkapi maklumat pertumbuhan ekonomi jangka pendek negara. Bagi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK tumbuh 1.4 peratus berbanding negatif 0.4 peratus pada suku pertama 2013.

PEMBINAAN

Sektor Pembinaan tumbuh dengan stabil pada 9.9 peratus
disokong oleh prestasi kukuh Kediaman pada 21.4 peratus (ST1 2013: 9.8 peratus). Tambahan pula, Kejuruteraan Awam kekal dengan pertumbuhan dua digit 10.4 peratus dipacu oleh projek infrastruktur bagi pengangkutan dan utiliti.

Selaras dengan prestasi Kediaman dan Kejuruteraan Awam, Pertukangan Khas terus mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan pada 8.9 peratus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan