Rumah transit dan syarat permohonan, Permohonan-permohonan ini akan disaring mengikut syarat-syarat dan
kelayakan yang telah ditentukan di peringkat negeri dan bagi Kuala
Lumpur di DBKL. Selepas saringan diperoleh dari sistem pendaftaran
online yang dibangunkan ia akan dihantar ke Kementerian untuk tapisan
seterusnya bagi memastikan yang benar-benar layak sahaja menduduki rumah
transit ini oleh jawatankuasa pemilihan penyewa rumah transit KPKT.
Jawatankuasa ini akan juga dianggotai oleh wakil-wakil negeri bersama
dengan pegawai dari Kementerian.
Kira-kira 6,000 pemohon dalam SPT yang dikendalikan oleh DBKL dikenal
pasti layak untuk menjalani penilaian kelulusan menduduki program Rumah
Transit Bukit Jalil.
Syarat untuk layak memohon ialah:
1. Warganegara Malaysia yang berkahwin, dan berusia 30 tahun ke bawah,
2. Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan ke bawah,
3. Tidak memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur,
4. Tinggal dan bekerja di Lembah Klang; dan
5. Tiada rekod jenayah.
KPKT dan Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengenal pasti
sebanyak 632 unit rumah yang berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit di
Blok L dan Blok M di PPR Pinggiran Bukit Jalil, untuk Program Rumah
Transit. PPR Pinggiran Bukit Jalil secara keseluruhannya merangkumi 12
blok dengan kapasiti 3,780 unit rumah terletak di kawasan yang
strategik, iaitu lebih kurang 15 minit dari pusat bandaraya dan hanya 5
minit dari Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Abdul Rahman berkata, Program Rumah Transit di Bukit Jalil ini akan
ditambah baik penyelenggaraan dan kemudahannya berbanding PPR lain.
Antara kemudahan baru diperkenalkan untuk Rumah Transit ialah system
kamera litar tertutup atau CCTV, Pondok Pengawal Keselamatan, kawasan
berpagar, Unit Komuniti Bomba, unit untuk penjagaan kanak-kanak, surau
dan ruang serbaguna. Selain itu, unit-unit Rumah Transit juga akan
dibekalkan dengan kipas, lampu, lantai jubin dan kad akses lif untuk ke
unit individu.
Selain itu, beliau berkata, KPKT akan menetapkan sekurang-kurangnya
10 peratus unit di projek PPR baru diperuntukan untuk Rumah Transit,
khususnya di bandar-bandar besar di negara ini. Selain PPR Pinggiran
Bukit Jalil, sebanyak dua lagi lokasi baru sudah dikenal pasti untuk
program Rumah Transit di negara ini, iaitu di PPR Kepayan Ridge di Kota
Kinabalu, Sabah dan PPR Sentul di Kuala Lumpur.
Dato’ Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan