Industri binaan 2014 bernilai RM115 Billion. Tren dalam industri binaan 2014 akan meningkat lebih pesat, Pihak kerajaan dan swasta akan terus melabur membangunkan projek projek besar dan secara tak langsung akan meningkatkan tren industri binaan negara ini
Menurut Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB
Malaysia) Datuk Seri Judin Abdul Karim berkata industri pembinaan
dijangka memperoleh projek bernilai RM115 bilion pada 2014.
Tahun lepas, jumlah projek yang diperoleh bernilai RM120 bilion, melepasi sasaran RM95 bilion, kata Judin.
"Prestasi industri pembinaan sangat baik tahun ini, berkembang 18
peratus berbanding tahun lepas walaupun ekonomi global suram," katanya.
Judin berkata trend terkini diunjur berterusan tahun depan dengan ekonomi dijangkakan terus stabil.
"Kami menjangkakan sebahagian besar projek tahun depan disumbangkan oleh projek pembinaan bukan kediaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan