Pages

19 April 2014

Masalah kerja ditapak pembinaan

Masalah kerja ditapak pembinaan
Saya dulu lebih 10 tahun kerja di site pembinaan, Mula dari bawah sebagai kerani tapak, penyelia tapak kemudian pengurus tapak. Macam macam dilalui. Dari isu bahan binaan, pekerja dan pengurusan melibatkan pelanggan dan perunding.

Jika kita mula dari bawah kita akan jumpa perbagai golongan dalam industri binaan. Kita akan jumpa pekerja binaan dalam dan luar negara dari perbagai latarbelakang dan budaya. Seronok juga dapat tahu kisah hidup mereka dan paling penting semua bekerja untuk mendapat sesuap nasi dan menyara keluarga.

Teknologi bahan

Saya mula belajar mengenal bahan binaan dari peringkat kilang hingga sampai tapak kerja. Ini merupakan pengalaman berharga. Kita akan tahu mana bahan yang  bermutu dan sesuai. Sebelum bina kita di wajib hantar sample bahan nak di guna. Sebagai kontraktor kita cadang 3 alternatif bahan atau sample. Misalnya atap kita cadang 3 pembekal lengkap dengan spec.

Waktu ini kita akan kenal perbagai pembekal bahan binaan, ada yang datang sendiri membawa bahan sample serta katalog, ada juga yang kami pergi ambil di kilang atau pejabat mereka.

Pekerja

Pengurusan pekerja sangat penting, biasanya kita akan buat meeting dan akan beri garispanduan kerja di tapak. Kena bagi panduan dan peraturan tapak dari  awal masuk kerja. Kalau tidak susah nak control mereka nanti.

Soal gaji hujung bulan, pekerja atau sub con akan datang jumpa dan sering bertanya, bila gaji masuk. Kalau kita bos senang jawap. Macam saya site supervisor, hanya kira gaji dan detail akan beri pada pejabat bos. Kalau bos lambat bayar gaji, kita ditapak kena pekak telingga dengar perbagai pertanyaan dari subcon atau pekerja bawahan kita.

Biasa pekerja pinjam RM20 atau RM100 nak makan. Itu ceritanya. Kalau saya tak bagi esok kerja tak jalan. Sebab tu modal kerja sangat penting bagi kontraktor utama dan subcon subcon. Sebab payment dari JKR atau pemaju ikut progress dan kadang ikut jadual dan kadang lewat.

Teknikal

Soal teknikal dan selok belok pembinaan sangat penting, kalau kita silap arahan, dan bila berlaku masalah, Orang pertama yang di cari siapa jaga kerja waktu kejadian, So far tiada lagi kejadian buruk berlaku semasa kerja di tapak sejak 1992 hingga 2010.

Tipu

Jangan menipu spec semasa kerja di tapak, ikut spec yang di beri dan peraturan tender. Kalau silap dan dapat kesan oleh client, kita kena buat semula dan kontraktor akan rugi .

Lain lain hal

1. Kerja konkrit perlu di rancang rapi,
  • Semak besi perlu di urus penyelia dengan pihak penguasa JKR atau Perunding
  • Kuntiti kena kira tepat
  • Atur jadual penghantaran dengan lori readymix atau pembekal readymix. 
  • Atur alatan kerja dan pekerja yang cukup
  • Beritahu semua yang terlibat tarikh dan masa konkrit akan dilakukan
Jika anda tidak pastikan perkara diatas masalah kerja akan berlaku dan kerja akan jem atau tak dapat dibuat atau lewat.

2. Masa. Kerja di tapak kita di hambat masa, masa amat cemburu. Kerja ikut jadual, kena buat jadual kerja, kena rancang bahan sampai di tapak, kena rancang ambil pekerja, kena rancang mesin dan rancang kerja dengan teratur.

 akan di update nanti ....

09 April 2014

Kelebihan dan kelemahan bata kekunci atau brick interlocking

kos bata 1m2, kos bata interlocking
Kelebihan dan kelemahan bata kekunci atau brick interlocking. Antara kelebihan bata kekunci atau bata interlocking ialah,
  1. Teknologi mesra alam.
  2. Penjimatan penggunaan acuan.
  3. Tidak perlu plaster.
  4. Tiada pembaziran bahan binaan.
  5. Tapak binaan yang bersih dan kemas.
  6. Ruang dalaman lebih sejuk.
  7. Penampilan yang elegen dan esklusif.
  8. Binaan dinding secara " Interlocking " dan Dinding Galas Beban - lebih kuat.
UPDATE KEBAIKAN BATA INTERLOCKING

Kelemahan
  1. Perlu pasang kemas dari tukang mahir
  2. Base slab atau foundation perlu stabil agar tidak mendap, jika mendap sebelah akan memberi kesan pada dinding
 keseluruhan nya bata ni ok kerana cantik, antik bila disapu varnis atau shellac, kos dapat dikurangkan

Harga dan kos 1m2 BATA INTERLOCKING

saiz bata 250mm (p) x 100mm (t) - Luas 1 biji - 0.025m2
bilangan 1m2 - 40 biji
harga 1 biji - rm1.70
kos bata 1m2 - RM1.70 X 40 BIJI = RM68.00

HARGA BATA SIMEN 1M2 = RM35.00
PLASTER DALAM LUAR 1M2 = RM18.00

Bagi pengurangan kos, sebab beam bawah tak perlu, tiang konkrit tak perlu, kos besi struktur tak perlu