auto iklan

Jan 6, 2017

APAKAH BATA KEKUNCI BRICK INTERLOCKING

APAKAH BATU BATA KEKUNCI (INTERLOCKING BRICKS) . Ramai yang tidak mengenali bata kekunci atau interlocking brick system IBS. Banyak kelebihan Bata Kekunci ni. Main main lego ja buat rumah.
Secara amnya batu bata interlock adalah bahan binaan yang bebeza dengan batu-bata biasa. Ia direkabentuk dengan reka bentuk khas sebagai batu bata pasang siap (interlocking bricks sistem IBS) yang merupakan satu teknologi baru dalam pembuatan dan pengeluaran produk pembinaan bagi mengantikan kaedah konvensional.
Batu bata interlocking boleh diusahakan sendiri tanpa perlu proses bakar, tetapi melalui proses kimia. Susunan batu bata interlok tidak perlu mortar simen kerana bersifat 'interlocking' Ia juga bersifat 'homogeneous',  tidak perlu kemasan cat dan anti fungus. Pengusaha produk inovasi ini mendapat perhatian dan galakkan R&D tempatan untuk dikomersilkan secara meluas.
BAHAN BAHAN
Batu bata interlok dihasilkan daripada campuran tanah , pasir , simen dan air yang dimampatkan . Kaedah pembuatannya mengunakan pemampat tekanan tinggi – Hydrulic Press, dalam menghasilkan blok bata yang seragam mengikut reka bentuk yang dikehendaki mengikut keperluan dan kesesuaian pembinaan.
Kelebihan Penggunaan Batu-bata Kekunci
1.Bata yang dihasilkan mempunyai bentuk yang sama (saiz bata adalah sama dan tepat bagi memudahkan pemasangan sewaktu kerja menyusun bata).
2. Mortar tidak digunakan sewaktu kerja penyusunan bata bermula di lapisan kedua dan jumlah simen yang digunakan dikurangkan.
3. Setiap bata yang dihasilkan mempunyai lubang di tengah berfungsi sebagai:-ruang untuk steel rods untuk reinforcement dan untuk memasukkan mortar kedalam lubang tersebut bagi memenuhi keseluruhan ruang tersebut dan menjadi laluan litar elektrik untuk kerja-kerja pendawaian.
4. Menjimatkan kos pembinaan rumah:-tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.menjimatkan bahan kos mentah.
5. Formwork tidak diperlukan lepaan(plaster) tidak diperlukan tempoh penyiapan kerja dapat dipendekkan.
6. Kestabilan struktur dan ketahanan untuk pembinaan berasaskan batu-bata kekunci adalah baik dan menghasilkan ruang dalaman bangunan yang lebih sejuk.
7.  Kos tiang, kos rasuk bawah dan atas di abaikan. masa dan kos dapat dijimat.
8. Struktur bawah hanya Konkrit Slab yang di kuat dengan BRC ,  tanpa perlu pile cap dan kerja berkaitan underground work
9. Pemasangan paip elektrik dan paip air serta sanitari mudah di pasang kerana ada lubang pada rongga bata kekunci ini. Cuma tukang lektrik dan paip perlu tentu lokasi soket dan point tap.
HARGA BATA KEKUNCI
1  Biji RM1.70 / 1.80 mengikut kuantiti order
SEMOGA INDUSTRI IBS BATA KEKUNCI ATAU BRICK INTERLOCKING BERKEMBANG PESAT DI NEGARA INI



IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE