Pages

25 Oktober 2020

Kos bina rumah sendiri urus sendiri pengalaman 2020

 Saya ingin kongsi pengalaman, kos bina rumah sendiri atas tanah sendiri, urus sendiri bina rumah tahun 2020. 

Membina rumah sendiri dengan urus sendiri, tukang rumah, pekerja, beli bahan binaan di kedai bahan binaan, adalah pengalaman berharga, ia cuma memerlukan sedikit ilmu dan bahan apa yang perlu kita beli. Kita boleh belajar jenis jenis bahan binaan, perbandingan harga dan kita boleh sumber bahan yang murah, tanpa orang tengah.

Dengan urus sendiri kos binaan lebih murah berbanding kos jika kita total sub barang dan upah.

Untuk rumah saya ini, luas lantai ialah 22' x 30' = 660k2. Rumah ini saya buat berkembar, jadi luas lantai ialah 1320k2. Porch 12' x 24' = 288k2. 

PERINCIAN KOS BINAAN

A. Upah bangunan rumah dan porch - RM41,000.00

B. Beli barang binaan - RM75,000.00 (Termasuk elektrik dan air)

Jumlah kos - RM116,000.00

KOS rumah 1320K2 = RM102,000.00 + Kos porch 288K2, RM14,000.00

RM116,000.00


GAMBAR PEMBINAAN 

KERJA SETTING PILING



BRC A8

PAIP UPVC 4 IN

SEWA MIXER IKUT MINGGUAN, 2 MINGGU RM200



PLASTIK BIRU, SEBAGAI LAPISAN KALIS AIR



KEKUDA BESI







SAIZ TINGKAP SEDERHANA , JIMAT KOS








LINE PADA DINDING, GUNA ALUMINIUM


CRUSHER BATU SAIZ 2" UNTUK JALAN MASUK. 1 LORI BESAR RM300


PINTU KAYU RM185.00





6 ulasan:

  1. terima kasih tuan...terbaik...👍👍👍👍

    BalasPadam
  2. terbaik tuan, boleh sy nk tahu senarai barang asas utk bina rumah conth besi, simen dll. Berhajat utk bina rumah lebih kurang size rumah tuan yg ni..

    BalasPadam
  3. Terima kasih tuan atas info tentang kos membina rumah di kawasan tanah sendiri

    BalasPadam
  4. Berapa upah nya bina rumah batu

    BalasPadam
  5. Kami membina rumah dengan kaedah IBS.

    BalasPadam