Sekali lagi industri ini memain peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan nampaknya telah mengumumkan peruntukan besar untuk pembinaan dengan harapan merancakkan ekonomi negara.
Dengan mengepam wang dalam sektor ini, secara tak langsung sektor lain yang ada hubung kait dengan industri binaan, akan turut sama menerima habuan dan seterusnya merancakkan ekonomi dan juga memberi peluang kerja dalam sektor ini.
Kita berharap Bumiputera dan bukan bumi akan mendapat manafaat dari kontrak yang keluar.
Pembekal bahan dan penjual bahan binaan antara yang menerima habuan besal dalam industri ini. Dikatakan hampir 50% kos adalah datang dari bahan binaan, manakala bahan binaan adalah perbagai jenis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan