Pages
▼
27 April 2009
Kaedah Pengiraan Harga Premix
Harga membekal dan melabur premix biasanya dalam m2. Jadi macam mana nak tukar harga Tan kepada harga dalam m2.
Saya guna kaedah mudah sahaja.
Katakan harga premix (binder ACB) di kuari ialah RM150.00 per Mton
Manakala angkatap ketumpatan premix selepas di padat ialah 2.34kg/m3
Maka pengiraan untuk tebal ACB 60mm atau 0.06m, kiraan kos/m2 adalah seperti berikut:
- kos 1m2 = panjang x lebar x tebal x ketumpatan x Harga 1 MT = Kos / m2
- 1m x 1m x 0.06m x 2.34 x 150.00 = RM21.06 (Kos Bahan)
- Kos upah biasanya 1m2 = RM2.50
- Overhead dan profit 15% = 15% x (21.06 + 2.50) = RM3.53
- TOTAL KOS PREMIX ACB M2 = RM27.09 / M2
Bagi lapisan ACW 40mm kaedah yang sama digunakan
HARGA PREMIX UNTUK KAWASAN UTARA 140.00 HINGGA 160.00 PER TAN. Ia bergantung lokasi projek dengan kuari. Jika jauh kontraktor perlu bayar lebih untuk lori, jadi semasa memasuki tender anda perlu lihat lokasi projek dangan sumber bahan.
sangat membantu..mcm mana pula utk kiraan crusher run yer?utk sbelum premix masuk
BalasPadamUnruk Crusher Run cuma ubah ketumpatan. Jika premik kita biasa guna 2.34kg/m3
PadamUntuk Crusher Run Guna 2.20 kg/m3 atau 1m3 = 2.20 Tan
Salam....nak tanya...mana nak dapat senarai angkatap untuk premix yer..boleh bantu?
BalasPadamSalam...yg overhed n profit 15% untuk ape..
BalasPadam1 ton primex boleh dapat brp meterpersegi? dan bagaimana cara perkiraan nya
BalasPadamthanx a lot tuan tanah...dah lama tak isi harga...menggagau..akhirnya jumpa formula.
BalasPadamBos. 2.34 kg /m3 dan 2.20kg/m3 mmg formula dia kee nak Buat premix dan crusher run... Atau Berbeza kira ikur tebal.
BalasPadamcam mne klau 600 m2 ketebalan 60mm
BalasPadamsalam tuan, untuk quarry dust biasanya berapa ketumpatan yg digunakan?
BalasPadam