Pages

29 Julai 2012

Cara buat duit dengan rumah

Cara buat duit dengan rumah
Cara buat duit dengan rumah. Beli dan jual rumah, itu sahaja rahsia saya nak dedahkan disini bagaimana nak kaya dan buat dengan rumah anda. Nak tahu teknik nak kena belajar dari orang yang pengalaman. Hanya orang yang ada ilmu sahaja boleh cerita bagaimana nak buat duit dengan aktiviti jual beli rumah.

Di bawah ialah pengalaman pembaca panduan Cara buat duit dengan rumah.

Ebook yang dihasilkan oleh saudara Team Rahsiarumah ini dah cukup membantu saya untuk mula membeli rumah yang terpakai. Di dalam ebook ini, pembaca akan didedahkan secara jelas apa yang patut diketahui sebelum melakukan apa jua bentuk pembayaran kepada pemilik asal rumah itu.

Kata kunci dan tips yang di utarakan adalah sangat jelas dengan apa yang saya mahukan melalui tajuk ebook ini. Selain itu, penulis juga turut mengasingkan warna font bagi setiap peringatan penting atau apa jua
yang berbentuk larangan. Ianya sangat bagus dan akan membantu para pembaca.

Tahniah pada Team Rahsiarumah. Ebook #1 di Malaysia yang menceritakan secara jelas mengenai tips untuk membeli rumah yang terpakai.. :) TENGKU FARIS Network (TR0101926-K)

 Tujuan saya kongsi ebook ini, untuk memberi peluang anda mendapat ilmu jual beli rumah dan anda akan di ajar langkah demi langkah bagaimana menghasilkan pendapatan lumayan dengan Rumah yang anda beli. Saya yakin ia akan membantu anda yang minat dalam bidang hartanah.

Dengan ilmu yang cukup anda tak perlu modal besar, yang penting ialah teknik dan rahsia bagaimana menghasilkan pendapatan dengan rumah.

Untuk menerokai pengalaman dan ilmu, anda WAJIB KLIK banner di bawah:

Kerja MRT BB Sentral station bermula

Kerja MRT BB Sentral station bermula 16 julai 2012
Board BB Sentral di jalan Bukit Bintang
Kerja-kerja Projek MRT akan bermula di BB Sentral station at Jalan Bukit Bintang hari Isnin 16 Julai 2012. Kawasan yang akan dipasang hoarding adalah kawasan pejalan kaki di depan Bukit Bintang
Plaza (BB Plaza) dan Bangunan Yayasan Selangor, bagi memastikan keselamatan orang
awam ketika kerja-kerja menanggalkan struktur-struktur sedia ada di situ.

Encik Amir Mahmood Razak, Penagrah Komunikasi Strategik & Perhubungan Awam MRT
Corp berkata semua langkah akan diambil untuk memastikan gangguan minima kepada
pengguna kawasan tersebut.

“Kontraktor kami akan memastikan keselamatan tidak akan dikompromi, selain
mengurangkan gangguan ketika kerja-kerja dijalankan. Hoarding tersebut dipasang untuk
mengasingkan kawasan kerja daripada pejalan kaki, demi keselamatan mereka sendiri,” kata
Encik Amir.

Beliau menambah, laluan pejalan kaki yang berlampu akan disediakan dihadapan pintu
masuk BB Plaza (rujuk lakaran Stage 1). Papan tanda dan penunjuk arah juga akan dipasang
untuk rujukan pejalan kaki.

Setelah struktur-struktur sedia ada dialihkan, tiga lorong jalan akan disiapkan di lokasi
tersebut. Ini bagi tujuan melencongkan aliran trafik buat sementara di Jalan Bukit Bintang,
pada bulan Oktober depan (lihat Lakaran Stage 2).

“Lencongan trafik ini akan membolehkan kerja menggali dan kerja-kerja berkaitan
dijalankan untuk pembinaan stesen bawah tanah BB Sentral. Tiga lorong akan dibina, seperti
aliran trafik sedia ada di Jalan Bukit Bintang. Ini akan memastikan gagnguan minima kepada
pemandu kenderaan,” jelas Encik Amir.

Akses ke BB Plaza juga tidak akan terjejas oleh kerja-kerja ini. Mereka yang ingin membeli
belah di BB Plaza, dan orang awam masih boleh menggunakan pintu masuk ke bangunan
tersebut

Sumber : MRT Copr

28 Julai 2012

MRT Route

MRT Route, Kajang KL, Laluan MRT, apakah MRT, MRT Route
MRT Route. (MRT) Lembah Klang Kuala Lumpur yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011, membabitkan pembinaan rangkaian rel menghubungkan ibu kota dengan enam kawasan yang memanfaatkan lebih enam juta pengguna.

Projek berharga RM40 bilion itu yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pertengahan tahun depan meliputi laluan ke Serdang, Cheras, Kepong, Damansara, Subang Jaya dan Puchong.

Menurut sumber Kementerian Kewangan, sepertiga daripada rangkaian rel sepanjang 150 kilometer itu akan dibina di bawah tanah.

“Ia menawarkan perkhidmatan lebih mesra pengguna, sekali gus membolehkan penumpang membuat transit antara stesen dengan mudah kerana memiliki penambahan jaringan rangkaian lengkap membabitkan perkhidmatan kereta api antara bandar, komuter, monorel, transit aliran ringan (LRT), Ekspress Rail Link (ERL),” katanya, semalam.

Video MRT Route 

Kajang MRT Station

Video Gambaran station MRT Kajang

Station MRT Pasar Rakyat

Ini adalah gambaran Station MRT Pasar Rakyat yang akan di bina tak lama lagi. Kita kita harap pembinaan akan mengikut jadual. Lihat video di bawah untuk gambaran projek MRT bagi station di pasar rakyat

Sekarang
Hentian Bas Pasar Rakyat
Jalan Melati, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Akan Datang

Tender MRT untuk Kelas A

MRT station 1, mrt malaysia
MRT Station
Progress MRT Malaysia. Package ECS2: Supply, Procurement, Installation, Testing, and Commissioning of Environmental Control System for Elevated Package V5 to V8 and Kajang Depot

Kelas A CIDB G7 berdaftar PKK, taklimat 30 Julai 2012 dan Tutup 1 Okt 2012.

Ini bermakna projek MRT akan bermula tak lama lagi. Maklumat lanjuk klik sini

mrt malaysia progress schedule

mrt malaysia progress schedule. Tender Procurement Schedule and Targeted Works Completion Dates

23 July 12 Salah satu tender yang dikeluarkan oleh pihak MRT

Package ECS2: Supply, Procurement, Installation, Testing and Commissioning of Environmental Control System for Elevated Package V5 to V8 and Kajang Depot (BM) 


Maklumat lanjut lihat jadual di bawah dan MRT Malaysia

mrt malaysia progress
klik untuk besarkan gambar

Projek MRT

Projek MRT. Apakah Projek MRT. MRT merupakan sebuah sistem pengangkutan rel baharu untuk Lembah Klang. Projek ini merupakan sebahagian daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk Kuala Lumpur/Lembah Klang dan kawasan sekitarnya, di bawah Program Transformasi Ekonomi Malaysia. Laluan Sungai Buloh –Kajang (SBK) adalah sepanjang 51km, bermula dari Sg Buloh di barat daya Kuala Lumpur hinggalah ke Kajang di tenggara Lembah Klang.

Apabila siap kelak, projek ini mempunyai sebanyak 31 buah stesen yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk 1.2 juta orang penduduk di sepanjang laluan. Projek ini turut diintegrasikan secara strategik dengan rangkaian pengangkutan yang sedia ada di Kuala Lumpur, iaitu sistem pengangkutan LRT, Monorel dan KTM Komuter, selain laluan bas di dalam dan antara bandar. Projek ini akan memberikan tahap perhubungan yang lebih baik untuk KL dan bandar-bandar sekitarnya selain mengurangkan jumlah kereta yang memasuki ibu negara.

Maluri MRT Underground Station

Maluri MRT Underground Station. Konsep MRT dan pembinaan Station MRT di Maluri Cheras KL

Video projek MRT Malayia

Video projek MRT Malayia. The MY Rapid Transit (MRT) project is a key enabler of the Greater Kuala Lumpur National Key Economic Area master plan

Ciri dan teknologi jambatan kedua penang

Ciri dan teknologi jambatan kedua penang. Panjang atas air ialah 16.9km dan panjang keseluruhan ialah 23.5km, sehingga jun 2012, progress kemajuan kerja projek ini ialah 80% siap. Mengikut jadual dijangka siap akhir 2013, bermakna tahun 2014 rakyat Malaysia dan pelancong boleh menggunakannya.

Kos di jangka 4.5bilion Ringgit. 
Ciri dan teknologi jambatan kedua penang
Dengan panjang jambatan di atas permukaan air sepanjang 16.9km, Jambatan Kedua Pulau Pinang ini akan menjadi sebuah jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan terpanjang di dunia yang menggunakan Sistem Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui sistem pengasingan seismik yang berkesan.

HDRB adalah merupakan produk daripada getah asli yang direkabentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di UK, iaitu makmal milik Lembaga Getah Negara dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara.

Pembinaan plaza tol juga sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada akhir bulan Julai 2013. Rekabentuk plaza tol Jambatan Kedua Pulau Pinang memberi penekanan untuk 85% Penarafan Platinum bagi Index Bangunan Hijau (GBI), yang pertama di Pulau Pinang; manakala bagi plaza tol PLUS pula untuk 80% Penarafan Emas. Kedua-dua bangunan ini akan menerajui Bandar Eko Batu Kawan apabila siap kelak.

Pihak JKSB menjangkakan bahawa pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ini akan siap lebih dari 90% pada penghujung tahun 2012  dengan pemasangan ‘Segmental Box Girder’ (SBG) dari Batu Maung dan Batu Kawan siap sepenuhnya pada akhir bulan Januari 2013.
Ciri dan teknologi jambatan kedua penang
2 laluan, 2 lorong setiap satu, 1 lorong motosikal di setiap laluan

Ciri dan teknologi jambatan kedua penang

jambatan terpanjang di dunia

jambatan terpanjang di dunia


  1. 2 laluan dengan setiap laluan mempunyai 2 lorong, mempunyai 1 lorong
  2. motorsikal dengan 3m lebar setiap satu, kiri dan kanan
  3. Trafik loading mengikut standard UK BD 37/2001, HA+45 units HB unguided
  4. Seismic design
  5. 475 year event
  6. Ground peak acceleration 0.1773g
  7. 2500 year event no collapse
  8. Ground peak acceleration 0.3261
  9. Rekabentuk Struktur konkrit mengikut piawai BS6400 : 2006
  10. Durability requirement to latest eurocodes
  11. High performance concrete RCPT less than 800 Coulombs for 56 day
  12. Estimate concrete strength
  13. Spun pile : 80 N/mm2
  14. Pile cap : 40 N/mm2
  15. Pylon : 50 N/mm2
  16. Box Girder : 55 N/mm2
  17. Expanion joint at every 5 or 6 spans (275m 0r 330m)
  18. Degree of compaction for earth embankment : 100%
  19. Settement criteria for earth embankment : 50 mm in 20 year
  20. Pavement IRR index : 2m/km
lokasi jambatan terpanjang di dunia
Lokasi jambatan terpanjang di dunia - klik gambar untuk besarkan
Sumber : http://jambatankedua.com.my/

Video 2nd Penang Bridge

Video 2nd Penang Bridge. Ia merupakan jambatan terpanjang apabila siap tahun 2013 nanti. Anda boleh merasai sendiri gambaran apabila memandu kereta atas jambatan ini. Klik video di bawah untuk merasai pengalaman melalui jambatan yang dalam pembinaan.



Pembinaan sedang rancak dijalankan oleh kontraktor dari China ini. Gambar kemajuan kerja boleh lihat sini.

27 Julai 2012

Gambar Kemajuan Jambatan ke2 Penang

kos pembinaan jambatan ke 2 pulau pinang
KERJA PEMBINAAN COLUMN DAN PIER JAMBATAN PENANG 2

panjang jambatan ke 2 pulau pinang
Gambar Kemajuan Jambatan ke2 Pulau pinang, Ramai yang ingin tahu bagaimana progress kerja projek pembinaan jambatan ke dua pulau pinang ini. Saya tak dapat peratus lagi tentang kemajuan projek ini, namun gambar kemajuan boleh memcerita tentang progress kerja semasa. Kos lebih 4 billion, dan di jangka menjadi jambatan terpanjang di dunia (23.5km)

Kontraktor Malaysia, jurutera Malaysia patut belajar teknologi china ini dalam pembinaan jambatan yang berteknologi tinggi ini.

panjang jambatan pulau pinang ke 2, kos jambatan pulau pinang ke 2
GAMBARAN 3D VIEW JAMBATAN KE 2 PULAU PINANG

lokasi Jambatan ke2 Penang
LOKASI JAMBATAN KE 2 PULAU PINANG

Gambar Kemajuan Jambatan ke2 Penang
WOI HEBATNYA TEKNOLOGI DARI CHINA INI

Gambar Kemajuan Jambatan ke2 Penang
kerja pemasangan Segmental Box Girder’ (SBG)

Gambar Kemajuan Jambatan ke2 Penang
Segmental Box Girder’ (SBG)

Gambar Kemajuan Jambatan ke2 Penang


19 Julai 2012

Cabaran Dalam Industri Binaan Malaysia

Cabaran Dalam Industri Binaan Malaysia. Pelaksanaan Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9) meliputi tempoh 2006-2010. Pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan ini dijangkakan akan lebih rancak pada tahun kedua pelaksanaannya. Ini akan memberikan peluang kerja yang lebih banyak
kepada kontraktor-kontraktor yang selama ini mengeluh kekurangan kerja.

Peningkatan projek akan meningkatkan permintaan kepada bahan-bahan binaan. Ahli ekonomi meramalkan harga minyak mentah dunia akan melebihi USD100 per barrel dalam tahun 2008 berbanding harga
sekarang (antara USD 85.53 – USD 92.93). Kenaikan harga minyak ini akan menyebabkan peningkatan kos pengeluaran dan inflasi dunia. Malaysia tidak terkecuali akan menghadapi keadaan serupa. Keadaan ini akan melonjak kadar inflasi Malaysia dari 2.5% pada 2007 kepada kadar yang lebih tinggi dalam tahun 2008. Kesan inflasi ini akan menyebabkan :

1. peningkatan kos pengeluaran termasuk produk binaan dan pengangkutan / pengedaran.
2. peningkatan harga bahan mentah binaan
3. mengurangkan kuasa beli pengguna


Impak kenaikan kos pengeluaran dan harga barangan akan memperlahankan pelaksanaan
projek-projek pembinaan Kerajaan dan swasta. Cabaran utama dalam tahun 2008 adalah
kenaikan harga bahan binaan.

Cabaran kedua utama ialah mengalakkan lebih giat amalan binaan berindustri (IBS)
dikalangan
pemaju/klien, perunding dan kontraktor. Konsep IBS diperingkat awal pelaksanaan didapati
berhadapan dengan kos yang lebih tinggi sedikit daripada konsep konvensional kerana
pengeluaran komponen IBS belum mencapai tahap ekonomi bidangan (economic of scale).

Di dalam keadaan mudah mendapatkan ramai pekerja dengan upah yang rendah dan kesebatian
kepada amalan kerja konvensional, usaha untuk melakukan anjakan paradigma di kalangan
para penggiat industri adalah mencabar. Oleh itu, budaya amalan IBS perlu disemai bagi
negara memperolehi manfaat jangka panjang terutama dari segi kecukupan penawaran tenaga
kerja tempatan dan lestari alam sekitar.

Sumber : CIDB

Isu-isu Industri Binaan Dalam RMK-9.

Isu-isu Industri Binaan Dalam RMK-9. Antara isu yang di ulas oleh CIDB dalam industri binaan semasa pelaksanaan RMK 9 adalah berkaitan, Isu kebergantungan kepada pekerja asing, kualiti serta produktiviti rendah, dan imej 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) merupakan isu yang masih menyelubungi sektor ini. Inisiatif memperkasakan kontraktor dan memodenkan sektor ini bagi menangani isu-isu yang disebutkan
telah dilakukan seperti :

i. menggalakkan konsep binaan berindustri (IBS)
ii. menggalakkan pemilikan persijilan ISO
iii. menggalakkan amalan pengurusan projek terbaik
iv. mempertingkatkan kemahiran pekerja
v. mengakreditasi kemahiran pekerja
vi. menerapkan penggunaan teknologi maju
vii. melaksanakan program keselamatan dan kesihatan di tapak kerja

Disamping isu-isu yang dinyatakan, isu kenaikan harga bahan binaan utama dan sistem penggajian turut melanda sektor pembinaan negara. Bagi mengawal kenaikan terhadap harga bahan kawalan seperti simen dan besi keluli bulat, kaedah penetapan harga siling yang lebih fleksibel akan dilaksanakan oleh Kerajaan supaya peningkatan harga dalam keadaan terkawal dan terurus. Amalan penggajian berdasarkan upah harian dan kerja didapati kurang menarik untuk kemajuan kerjaya.

Perkara ini merupakan halangan utama untuk menarik penglibatan tenaga kerja tempatan dan mengekalkan mereka dalam industri ini. Penambahbaikan kepada amalan penggajian dan kerjaya dalam sektor ini perlulah diberi perhatian oleh pihak industri supaya persepsi kerjaya sektor ini setanding dengan sektor lain.

Negara mampu melahirkan ramai tenaga kerja tempatan yang berkemahiran dan terlatih melalui pelbagai institusi latihan kemahiran yang sedia wujud. Sekiranya amalan penggajian sedia ada tidak berubah, dikhuatiri
segala usaha untuk membangunkan tenaga kerja tidak dapat memberi impak dalam sektor pembinaan sebagaimana yang diharapkan

Sumber : CIDB Malaysia

Prestasi bangunan perniagaan dengan bangunan pejabat

Bagaimanakah prestasi bangunan perniagaan dibandingkan dengan bangunan pejabat, ini persoalan tahun 2008, tapi masih relevan tahun 2012, untuk kaji dan lihat prestasi pembinaan bangunan perniagaan dan bangunan pejabat. Tapi pemaju sekarang ini membina kedua-dua sekali, di mana di bahagian bawah di jadikan perniagaan, manakala tingkat 1 dan ke atas kepada bangunan pejabat.

Pelaburan projek bukan kediaman pada tahun 2006 dan 2007 adalah sebanyak 35.1% (RM
20.46 bilion) dan 64.9% (RM28.52 bilion). Nilai pelaburan pembinaan dalam sub-sektor bukan
kediaman merupakan yang tertinggi dengan nilai sebanyak RM14.20 bilion pada tahun 2006 dan
RM13.61 bilion pada tahun 2007.

Kebanyakkan projek-projek sub-sektor ini terdiri daripada
bangunan perdagangan, institutional dan perindustrian. Dari jumlah ini, kompleks perniagaan
menyumbangkan sebanyak 36.3% (RM7.43 bilion) pada tahun 2006 dan 29.3% (RM8.36 bilion)
pada tahun 2007. Sementara bangunan pejabat pula menyumbangkan sebanyak 8.8% (RM1.80
bilion) dan 9.4% (RM2.66 bilion) pada tahun 2006 dan 2007 masing-masing (Jadual 5.1).

Mengikut laporan NAPIC bagi separuh tahun pertama 2006, ruang bangunan pejabat swasta
dan komplek perniagaan telah mengalami lebihan penawaran. Secara purata, 57.9% bangunan
pejabat dan 38.9% kompleks perniagaan telah dipenuhi. Dari jumlah 10.6 juta meter persegi
ruang bangunan pejabat, 21.1% telah didiami, manakala 12.0% dari 172 bangunan pejabat
didapati mengalami kekosongan melebihi 50%. Dari jumlah 7.5 juta meter persegi ruang
komplek perniagaan, 19.7% telah didiami manakala 12.0% dari 83 kompleks perniagaan
mengalami kekosongan melebihi 50%. (Jadual 5.2 dan Jadual 5.3).

Secara keseluruhannya didapati prestasi bangunan pejabat lebih baik berbanding bangunan
kompleks perniagaan. Walaubagaimanapun, kedua-dua jenis hartatanah ini menghadapi
pasaran yang tidak menggalakkan.


13 Julai 2012

Kajian Tanah Projek Binaan

Gerekan gerimit ditekan dan dimasukkan ke dalam tanah sehingga sampai ke dalam yang tertentu, tanah yang dikorek dikeluarkan dan tanah yang melekat pada gerekan gerimit diambil untuk pemeriksaan.
Kajian Tanah Projek Binaan, di lakukan oleh syarikat bertauliah.  Penyelidikan tanah merupakan aspek penting dalam sesebuah projek pembinaan kejuruteraan awam. Ia merupakan satu langkah berjaga-jaga dalam sesebuah projek yang akan di jalankan , ini adalah untuk mengelakkan berlakunya retak didinding, pecah di lantai, mengenap ke dalam tanah dan lain-lain kejadian yang berkemungkinan. Penyelidikan tanah adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan tanah dan membolehkan reka bentuk yang mencukupi dengan mencukupi dapat di sediakan serta mengenal pasti sebarang kesulitan yang akan timbul semasa pembinaan dan cara penyelesaiaanya. Demi keselamatan bangunan dan penghuninya , penyelidikan secara teperinci mestilah dijalankan untuk mengetahui dengan jelas sifat-sifat penting kejadian tanah.

OBJEKTIF

Objektif spesifik penyelidikan tanah melibatkan pekara-pekara berikut:

Lokasi jujukan, ketebalan dan keluasan setiap stratum tanah termasuk perihalan dan pengelasan tanah dan strukturnya, penstrataan dalam keadaan tak terganggu. Sifat-sifat lain yang penting contohnya rekahan, pembekuan, dan kandungan mineral serta kimia.

Jenis batuaan termasuk lokasi, ketebalan jujukan, keluasan, altitud, kedalaman luluhawa dan perihal batuaan dalam setiap stratum.

Ciri-ciri air bumi, termasuk samada aras air tenggek atau normal, kedalaman dan tekanan dalam zon artesian dan kuantiti garam boleh larut atau mineral-mineral lain yang hadir.
Mendapatkan perihal sifat tanah melalui pengujian yang dijalankan.

PERINGKAT PENYELIDIKAN TANAH

Sebelum sebarang penyelidikan, perancangan pemulaan sesebuah projek boleh dimulakan dengan menggunakan maklumat sedia ada seperti:
  1. Peta geologi
  2. Rekod-rekod pelombongan
  3. Sesalur kemudahan (kabel bawah tanah)
  4. Laporan kaji cuaca
  5. Paras air tanah
  6. Gambar udara
  7. Maklumat kejuruteraan lain
  8. Pelan kawasan lama
TUJUAN PENYELIDIKAN TANAH

Pengujian mudah dijalankan untuk mengetahui tentang bentuk-bentuk strata dikawasan tersebut, diantara pengujian yang dilakukan ialah:

MENGGALI LUBANG CETEK
Untuk meneliti tentang strata tanah, kajian tanah yang masih baru adalah perlu, dari itu lubang-lubang ujian yang cetek perlu dikorek dan pemeriksaan dijalankan.
ii GEREKAN GERIMIT (ANGER)
Ianya digunakan bersama dengan proba mackintosh untuk mengetahui tentang tanah yang terdapat dalam bumi, iajuga boleh mencatatkan paras air tanah dikawasan tapak binaan tersebut.
iii PROBA MACKINTOSH
Alat ujian yang digunakan untuk mendapatkan nilai keupayan galas tanah iaitu kekuatan tanah untuk menaggung beban, keputusan ujian ini akan memberi gambaran secara kasar tentang kekuatan lapisan tanah.
GEREKAN GERIMIT

Gerekan gerimit ini digunakan di tanah-tanah yang kelikatannya sederhana dan basah serta senang ditembusi, bagi tujuan penggunaan di tanah yang kering dank eras air diperlukan untuk memudahkan pengorekan. Terdapat dua jenis auger yang biasa digunakan iaitu gerimit lubang tiang atau gerimit tangan dan gerimit heliks.

Gerekan gerimit ditekan dan dimasukkan ke dalam tanah sehingga sampai ke dalam yang tertentu, tanah yang dikorek dikeluarkan dan tanah yang melekat pada gerekan gerimit diambil untuk pemeriksaan.

Selepas itu gerekan gerimit dimasukkan ke dalam lubang dan pengorekkan dijalankan lagi untuk mendapatkan contoh pada paras yang lebih dalam. Alat ini tidak boleh digunakan pada tanah berpasir, tanah jenis ini rendah kelikatannya dan ini menyebabkan tanah itu tidak melekat pada alat tersebut apabila ia ditarik keluar.

GERIMIT TANGAN
Gerimit tangan boleh digunakan untuk mengorek lubang jara sedalam 5m dengan bantuan satu set rod tambahan. Gerimit diputar dan ditekan ke dalam tanah dengan menggunakan gagang -T di bahagian atas rod.

Terdapat dua jenis gerimit iaitu gerimit iwan dan gerimit heliks. Gerimit iwan mempunyai diameter lebih kurang 50mm. Gerimit tangan biasanya digunakan sekiranya tebing lubang tidak memerlukan sokongan dan juga tidak terdapat butiran tanah bersaiz lebih besar daripada kerikir. Gerimit mesti selalu ditarik keluar untuk mengeluarkan tanah. Sampel tidak terganggu boleh diperolehi dengan memacu tiub berdiameter kecil di bawah dasar lubang jara.

GERIMIT MEKANIK
Gertimit ini digunakan bagi tanah yang lubang jaranya tidak memerlukan penyokong dan sentiasa kering seperti tanah liat. Kuasa yang diperlukan untuk memutar gerimit bergantung kepada jenis dan saiz gerimit itu sendiri serta jenis tanah yang akan disusun. Tekana di bawah pada gerimit boleh dikenakan secara hidraulik, mekanik atau menggunakan beban mati. Jenis alat yang biasa digunakan ialah gerimit larian dan gerimit timba.

Gerimit larian pendek terdiri daripada satu heliks dengan panjang terhad berserta alat pemotong di bawahnya. Gerimit disambung kepada batang keluli yang dikenali sebagai bar Kelly yang melalui rig yang berputar. Gerimit dipacu sehingga penuh dengan tanah, dinaikkan ke atas permukaan dan tanah dikeluarkan dengan memutar gerimit kea rah berlawanan.

Gerimit larian terus pula terdiri daripada rod-rod dengan satu heliks yang merangkumi keseluruhan panjangnya. Tanah dinaikkan sepanjang-panjang heliks ke permukaan tanpa perlu dikeluarkan gerimit permukaan tanah. Gerimit timba terdiri daripada suatu silinder keluli, terbuka di bahagian atas tetapi dipasang plat asas yang mempunyai pemotong, bersebelahan dengan lubang alur plat, bar dipasang pada bar Kelly. Apabila gerimit diputar dan ditekan ke bawah, tanah yanh tersingkir oleh pemotong akan melepasi lubang alur dan memasuki timba. Timba yang penuh akan naik ke permukaan untuk dikosongkan dengan melepaskan plat asas yang terengsel itu. Lubang korekkan gerimit bergaris pusat melebihi 1m yang boleh digunakan untuk memeriksa strata tanah di situ

PROBA MACKINTOSH

PROBA MACKINTOSH, kajian tanah tapak binaan
PROBA MACINTOSH

Perlaksanaannya adalah dengan cara menekan kun yang bergaris pusat 25mm ke dalam tanah, dengan menggunakan tukul seberat 5 kg, ia kemudiannya dijatuhkan pada ketinggian yang ditetapkan iaitu 0.28m, pada setiap kali hentakkan kun akan terbenam masuk ke dalam tanah. Dari itu rintangan-rintangan ke atas tanah hendaklah dicatatkan dengan mengira bilangan pukulan bagi setiap kemasukan 0.3m dalam.

Biasanya enam lubang korekan proba diperlukan bagi setiap bangunan, enpat daripadanya di penjuru dan dua lagi di bahagian tiang tengah, walau bagaimanapun bilang dan lokasinya boleh diubahsuai mengikut saiz bangunan.

Proba Mackintosh mengandungi satu deretan batang-batang keluli bergaris pusat 12mm disambungkan denganpenggandin, tiap-tiap satu rod keluli mempunyai 1.2m di bahagian hujungnya terdapat satu besi pepejal berbentuk kun bergaris pusat 25mm.

Kerja dimulakan dengan penggunaan sebatang rod sahaja yang dipasangkan kepada kun keluli tajam dan penukul. Pada rod keluli ditandakan setiap jarak 0.3m. Cara membenamkannya dilekukan dengan menjatuhkan penukul seberat 5 kg, pada kadar ketinggian 0.28m. Penukul tersebut akan menggelongsor pada satu andas terlekap di dalamnya yang diskrukan pada bahagian atas batang besi tadi. Ini akan menghalang penukul tersebut daripada tercabut dari rod serta memaksa penukul untuk menggelongsor pada satu paras yang tetap. Dalam kendaliannya jumlah bilangan penukul yang dikenakan untuk mencapai ke dalam 0.3m dicatatkan dandiambil sebagai ukuran darjah ketekalan bagi sesuatu jenis tanah. Kerja-kerja proba ini dihentikan apabila nilai rintangan yang telah ditetapkan didapati.

PROBA MACKINTOSH JKR
Prob JKR ini digunakan dengan meluas di Malaysia untuk kerja-kerja penyelididkan tanah dan juga sebagai tambahan kepada kerja-kerja penyiasatan lain yang lebih menyeluruh seperti penggerudian. Meter tusuk ini pertama kali diperkenalkan oleh Jabatan Kerja Raya dalam tahun 1972, berdasarkan prinsip yang digariskan oleh Hvorslev (1949) untuk rod pacu bagi kerja-kerja pemeruman.
Prob JKR ini dihasilkan daripada kaedah yang disyorkan oleh "European Group Subcommittee" (1966) untuk ujian meter susuk static dan dinamik. Ianya direka bentuk khas untuk kesenangan pembuatan tempatan. Prob ini terdiri daripada kon 60 darjah, 25mm garis pusat yang di skru pada hujung rod. Rod-rod ini pula dibuat daripada keluli jenis HY55C 12mm garis pusat dengan setiap satunya sepanjang 1.2m dan disambung dengan penggerudian yang bergaris pusat (luar) 22mm. pemacuan dilakukan dengan tukul kecil seberat 5kg dan dijatuhkan daripada ketinggian 280mm disepanjang rod pandu. Jumlah hentaman tukul daripada ketinggian 280mm di sepangjang rod pandu.
Jumlah hentaman tukul menerusi jarak 300mm direkodkan. Jumlah hentaman ini memberi ukuran kekonsistenen tanah-tanah jelekit dan kepadatan tanah-tanah berbutir.

Sumber : http://www.jkr.terengganu.gov.my/index.php?mod=viewinfotek&id_itk=6

Tauliah penyelia tapak oleh CIDB

Tauliah penyelia  tapak oleh CIDB
Tauliah penyelia  tapak oleh LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA CIDB. Permohon yang bekerja sebagai penyelia tapak atau site supervisor boleh memohon tauliah dari CIDB bagi meningkat status anda sebagai penyelia. Bila ada tauliah mudah dapat kerja yang lebih baik.  Borang pemohonan boleh di dapati di CIDB atau anda boleh muat turun melalui laman web CIDB. • Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA
Bahagian Pembangunan Personel Binaan
Tingkat 7, Grand Seasons Avenue
No. 72, Jalan Pahang
53000 Kuala Lumpur
Tel: 03-2617 0381/258
Faks: 03-4043 0801

KLIK SINI UNTUK SALINAN ATAU MUAT TURUN BORANG TAULIAH PENYELIA TAPAK

11 Julai 2012

Kerja Cerucuk Sheet Piles

Interlocking sheet piles

Kerja Cerucuk Sheet Piles. Biasanya sheet piles digunakan untuk menahan tanah dari runtuh, atau membuat copper dam atau sekatan sementara. Saya pernah terlibat dalam membuat binaan dalam sungai dan sheet pile digunakan untuk menahan tanah dari runtuh. Ditanam menggunakan Vibratory hammers. Harga dalam m2 untuk saiz 675mm width dan 9m lenght biasa supply akan qoute RM262.00 per m2. Untuk kerja drive in atau kerja menanam guna Vibratory hammers, biasanya harga RM50.00 untuk 1 batang sheet pile.

kerja sheet piles
Vibratory hammers


Bagi kerja sementara anda boleh cari pembekal yang membekal sheet pile terpakai. Mereka akan beri harga berdasar bilangan sheet piles.

Contoh harga sheet piles terpakai (2012)
  1. Mobilazation to site 9m x 400mm sheet pile - RM26.00 per pcs
  2. Demolization from site 9 x 400 sheet pile     - RM26.00 per pcs
  3. Drive in 9m x 400 sheet piles - RM98.00 per Pcs
  4. Extract 9m x 400mm sheet piles - RM73.00 
  5. Sewa 1 pcs rm30.00
harga Interlocking sheet piles
Interlocking sheet piles

Mungkin subcon atau pembekal yang lain boleh memberi harga yang lain dan murah. Jadi dalam membuat kerja kerja ini anda perlu dapat perbagai sumber harga.

Trend Harga Rumah Meningkat

Trend Harga Rumah Meningkat dari tahun ke setahun. Statistik dari The Malaysian House Price Index menunjukan bahawa terdapat peningkatan Harga. Misalnya pada tahun 2008 indeks harga rumah bagi semua kategori ialah 4.7% kemudian tahun 2010 indeks 6.7% dan tahun 2011 indeks meningkat 9.9%.

Kita harap trend ini tak meningkat dengan mendadak untuk tahun 2012. Sebab kita mahu rakyat hidup dalam kos hidup yang sederhana dan tidak dibebani kos sara hidup yang tinggi. Kita harap pelabur tidak membuat spekulasi agar harga rumah meningkat.

Ramai yang memerlukan rumah, tapi tak mampu memiliki kerana harga yang tinggi.

10 Julai 2012

Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi

Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi. Ini adalah cadangan saya bagi mengawal kenaikan rumah yang semakin melampau ketika ini, khasnya di negeri yang berkepadatan tinggi penduduk. Ya saya tahu harga rumah berdasarkan pasaran. Tapi sebagai pembeli kita ada hak, apa hak kita? Hak kita ialah menentukan dan mendapat harga rumah yang murah dan berpatutan harganya. Kita punya duit, kita punya rumah lah.

Orang ada duit mereka beli rumah dan jual, bagi kita yang pendapatan sederhana harga rumah melebihi 300,000 adalah suatu beban, sedangkan mendapat rumah antara 100,000 dan 300,000 ada suatu masalah.

Antara faktor yang mentukan faktor harga rumah ialah:
  1. Lokasi dengan pusat bandar
  2. Harga bahan binaan yang tinggi
  3. Kos buruh yang semakin meningkat
  4. Aktiviti spekulasi oleh pelabur hartanah
  5. Kurang desakan atau tekanan dari bakal pembeli, agar harga rumah di kurangkan.
 APA KATA PERSATUAN PENGGUNA, TUBUH UNIT PEMBELI RUMAH, kita desak kerajaan kawal harga rumah, atau sebagai pembeli kita boikot harga rumah yang tinggi, agar pemaju tidak sewenang-wenang naik harga rumah. Jangan beli rumah yang mahal !!!!!

Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi.
Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi.
Boikot Pada Harga Rumah Yang Tinggi.

  

Kalkulator Pinjaman Rumah Percuma

Kalkulator Pinjaman Rumah Percuma. Ia mampu memberi anda idea pinjaman anca. anda boleh guna secara online atau offline. Perkhidmatan akpk banyak membantu anda. Rugi kalau anda tak guna aplikasi akpk ini.

  1. Kalkulator online klik sini
  2. Muat turun software free
  3. Aplikasi Bajet

Sumber : http://www.akpk.org.my