Tips membuat dan reka langsir bagi rumah anda. Nak buat langsir juga kena ada tema, mudah saja tema, misalnya ikut warna rumah, ikut warna lembut, guna tema lembut, kalau ada perabut gelap, langsir biar warna cerah atau light color, kalau sofa warna putih, maka di bolehkan langsir agak lebih gelap sikit, bagi membezakan. Tapi warna biar harmoni.
Buat masa ini rekaaan popular ialah langsir yang ada potongan secara tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali leher dan disempurnakan dengan gaya klasik, gaya ini juga boleh digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan renda. Sebagai tambahan rekaan ini boleh disediakan dengan rekaan scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.
Rekaan langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan classic ataupun tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini kerana rekaan seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.
Langsir bagi ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal dan tahan. Oleh itu dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di ruang dapur biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu 'mewah' dengan kedutan sesuai dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.
Tips Untuk membuat langsir anda harus sesuaikan dengan jenis ruang kediaman rumah anda, sebagai contoh ruang dapur dan bilik tidur, bentuk potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang tamu. Di bilik tidur kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau dihias menarik, hiasan tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada langsir berkenaan.
Bagi bilik tidur utama, potongan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut sangat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan damai.
Langsir Bagi rumah kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan ruang yang sempit kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan dan jangan terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan menambahkan hiasan riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan