Pages

28 Ogos 2013

HARGA RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA

HARGA RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA
HARGA RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA . Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00.

YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang berpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dengan menawarkan HARGA RUMAH  di antara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

CARA MOHON DAFTAR DULU, KLIK DAFTAR RUMAH 1 MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan