Pages

01 Oktober 2013

Subsidi RM88,000 setiap rumah mampu milik

rumah mampu milik
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan memberi subsidi besar antara RM58,000 dan RM88,000 bagi setiap unit rumah mampu milik yang dibina untuk rakyat berpendapatan rendah di negara ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) berada pada landasan terbaik mengotakan janji Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk membina hampir sejuta rumah mampu milik berkata, jumlah itu sebenarnya semakin meningkat bagi kawasan-kawasan strategik yang terletak di kawasan bandar dan membangun.

Seperti semua maklum, katanya, isu hartanah merupakan antara isu paling kritikal pada masa ini dengan nilai dan harga tanah serta rumah semakin melambung tinggi hingga menjejaskan golongan sasar memiliki sebuah rumah yang selesa pada harga berpatutan.

"Kerajaan menyedari masalah ini tetapi tidak pernah berpeluk tubuh, sebaliknya merangka pelbagai kaedah dan menanganinya dengan bijaksana bagi menyerap situasi ini," katanya dalam ucapan sempena majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Kepayan Ridge di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan