Pages

12 Ogos 2013

Konsep makna dan tip warna dalam rumah

Konsep makna dan tip warna dalam rumah, panduan warna ,panduan cat
Konsep makna dan tip warna dalam rumah. Jadi, pertimbangkan psikologi warna ketika merancang skima warna untuk setiap ruang dalam rumah anda.

Biru

Warna langit dan lautan yang terkenal antara warna kegemaran ramai.
Ia mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung dan komited. Amat popular untuk bilik tidur dan sering digunakan untuk dekorasi pejabat.  Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan dan selamat.

Secara global, biru adalah warna yang paling selamat digunakan.

Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna dan sebab itulah skima warna biru selalu dipilih.

Biru juga dikenali sebagai warna bersih sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian.

Walau bagaimanapun, penggunaan biru untuk bahagian dapur kurang berkesan.

Kuning

Menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari yang indah. Berhati-hatilah dengan warna ini jika ronanya keterlaluan. Kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna lain. Ia juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.

Hijau

Perlambangan semula jadi, subur, sihat dan muda. Keseimbangan antara warna sejuk dan hangat seperti biru dan kuning memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semula jadi yang dimiliki juga membolehkan hijau mudah dipadankan dengan warna lain.

Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Secara tradisi, ia dikenali sebagai warna keamanan.

Merah

Antara warna hangat dan bertenaga dalam spektrum warna. Warna ini tidak sesuai untuk si manja anda.

Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ.

Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skima warna sama ada tradisional mahupun kontemporari.

Ungu

Amat sesuai untuk bilik tidur kerana ia berupaya memberikan kesegaran.  Warna ini juga antara kegemaran remaja perempuan.

Sebenarnya warna ini mempunyai keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan.

Merah jambu

Dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan. Ia antara warna kegembiraan dan keceriaan selain membayangkan suasana romantik serta kelembutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan