Pages

03 Ogos 2013

Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis

Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis
Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis
Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis. PAS Perlis menggesa kerajaan negeri menyelesaikan dahulu projek perumahan mampu milik yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu di sebuah tapak di Kubang Gajah dekat sini se. Mengulas isu ini, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perlis, Hairy Hashim berkata projek berkenaan yang diuar-uarkan sekitar 10 tahun lalu masih gagal disiapkan walaupun majlis pecah tanah tapak perumahan berkenaan sudah dua kali diadakan.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kerajaan pusat akan membina 10,000 rumah mampu milik melalui Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Perlis dalam tempoh lima tahun ketika kunjungannya ke Perlis 3 Mac lalu.

"Sejak 10 tahun lalu, kerajaan Umno-BN Perlis gagal menepati janji untuk menyediakan kemudahan perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini malah semasa majlis pecah tanah kedua jumlah rumah mampu milik yang dijanjikan berkurangan dari jumlah asal.
 
Mengulas lanjut, Hairy berkata projek asal perumahan tersebut adalah untuk membina sejumlah 1,907 unit rumah mampu milik di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Bagaimanapun bila Md Isa mengambil-alih tampuk pemerintahan, projek yang diuar-uarkan pula adalah projek pembinaan perumahan bercampur sebanyak 1,508 unit rumah dan lot kedai di atas tapak yang sama.
 
HARAP SIAP DULU YANG LAMA, BARU BIKIN BARU
HARAP JANGAN PILIH BULU, BERI SAHAJA PADA RAKYAT PERLIS YANG PERLU RUMAH
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan