RUMAH SPNB UNTUK DIJUAL GURUN. TAMAN PERMAI UTAMA, GURUN, KEDAH
Diskaun 5% untuk Bumiputera, Kabinet dapur sebanyak RM3000.00 .
Taman Permai Utama merupakan sebuah
pembangunan kediaman dan yang terulung di negeri Kedah. Lokasi projek
terletak di Pekan Gurun dan 15km dari Bandar Sungai Petani, Daerah Kuala
Muda, Kedah. Ia dibangunkan di atas lot PT 2070 & 2137. Keluasan
projek secara keseluruhan adalah 81.44 ekar yang berstatus pegangan
bebas.
Secara
keseluruhan, pembangunan ini mengandungi 1326 unit rumah kediaman, yang
dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa 1 sebanyak 678 unit yang disasarkan
jualan pada Julai 2009. Manakala Fasa 2 sebanyak 364 unit, dan Fasa 3
sebanyak 284 unit disasarkan jualan pada awal tahun 2010.
Hakmilik tanah:
Pegangan bebas
Rumah Teres Kos Rendah
Saiz: 850 kps (20’ x 65’) Harga: Dari RM68,000 Jumlah Unit: Baki 302 unit |
Rumah Teres Satu Tingkat
Saiz: 904 kps (20’ x 70’) Harga: Dari RM100,700 Jumlah Unit: Baki 90 unit |
Rumah Teres Satu Tingkat
Saiz: 983 kps (22’ x 70’) Harga: Dari RM116,898 Jumlah Unit: Baki 17 unit |
Rumah Teres Dua Tingkat
Saiz: 1,678 kps (20’ x 70’) Harga: Dari RM152,475 Jumlah Unit: Baki 28 unit |
Rumah Teres Dua Tingkat
Saiz: 1,782 kps (22’ x 70’) Harga: Dari RM160,607 Jumlah Unit: Baki 41 unit |
Rumah Teres Dua Tingkat
Saiz: 1,844 kps (22’ x 75’) Harga: Dari RM166,709 Jumlah Unit: Baki 28 unit |
Rumah Berkembar Setingkat
Saiz: 1,120 kps (32’ x 80’) Harga: Dari RM171,788 Jumlah Unit: Baki 16 unit |
Rumah Berkembar Dua Tingkat
Saiz: 1,940 kps (32’ x 80’) Harga: Dari RM249,100 Jumlah Unit: Baki 54 unit
Untuk maklumat lanjut mengenai projek perumahan ini, sila hubungi Agen Jualan kami (Waza Maju Sdn Bhd) di talian 04-4413818 atau Jeffry (012-552 4818 / 019-524 1997).
SELAGI STOK MASIH ADA.
Sumber : SPNB
|
Pages
▼
30 September 2012
RUMAH SPNB UNTUK DIJUAL GURUN
27 September 2012
Bajet 2013 Dan Harga Rumah Tinggi
Bajet 2013 Dan Harga Rumah Tinggi. Ramai yang mengeluh harga rumah tinggi, harga rumah naik, kos sara hidup tinggi, sewa rumah naik dan tinggi. Semuanya isu asas dalam kehidupan masa ini yang perlu ambil berat dan selesai isu harga rumah tinggi. Kerajaan perlu lantik Jawatan Kuasa Khas peringkat Parlimen atau kementerian perumahan untuk kaji kenapa harga rumah naik dan bagaimana cara atasi harga rumah tinggi.
Pada peringkat awal saya boleh beri 2 sebab utama kenaikan harga rumah.
Pada peringkat awal saya boleh beri 2 sebab utama kenaikan harga rumah.
- Pertama faktor dalaman yang melibatkan kos bahan, kos upah, kos tanah dan kos keuntungan oleh pemaju. Kos bahan paling perlu di beri perhatian utama dalam bajet 2013, agar kerajaan ambil langkah positif menyekat kenaikan harga bahan utama dalam industri binaan di Malaysia. Pemaju disaran jangan buat untung banyak sangat, Padan patut sudahlah.
- Kedua ialah faktor luaran yang melibatkan aktiviti spekulasi dan peranan agen hartanah yang membeli dan menaikan harga rumah dengan sewenang wenangnya melalui aktiviti jual beli singkat. Beli hari ini dan bulan depan jual semula. Misalnya agen hartanah beli 200,000 ribu kemudian jual pada 2 bulan akan datang dengan harga RM250,000. Untung atas angin RM50,000.00. Ini satu contoh apa yang berlaku di bandar besar negara ini.
- Dengan demikian harga bagi rumah lain yang berhampiran akan naik dan naik. Pada hal kos asal ialah RM200,000.00
- Persoalannya bagaimana nak kawal harga kalau aktiviti macam ini berlaku. Ia juga akan membina persepsi negatif bahawa harga rumah naik di kawasan ini dan kawasan itu. Pemaju lain juga akan memain harga mengikut harga semasa. Lama kelamaan kita akan lihat harga rumah semakin meningkat
Bajet 2013 Tangani segara isu harga rumah
Bajet 2013 Tangani segara isu harga rumah. Kita harap kerajaan tanggani dan atasi kenaikan harga rumah yang melampau. Kenaikan ini disebabkan faktor harga bahan dan upah yang melampau oleh pihak pembekal dan pemaju. Pemaju kata bahan binaan naik. Pembekal bahan binaan pula, kata bahan mentah naik. Betul kah bahan binaan di Malaysia naik. Kerajaan kena kaji, kalau betul apa tindakan kerajaan, kalau tak betul aoa langkah perlu buat.
Dalam bajet 2013 kerajaan jangan biar pembekal dan pemaju kuasai industri binaan kita. Kalau kerajaan ikut rentak mereka, masalah kos rumah dan projek lain akan meningkat. Keperluan rumah bagi rakyat bandar dan luar bandar amat mendesak.
Minta isu ini jadi fokus utama dalam bajet 2013. Kurangkan kos dalam binaan harus dikaji segera

Kurangkan Kos Dalam Industri Binaan
Kurangkan Kos Dalam Industri Binaan dalam bajet 2013 |
Pada rakyat mereka dapat harga yang murah, manakala kerajaan pula akan mengurangkan kos belanjawan untuk pembinaan infra dan kemudahan.
Tapi apa berlaku sekarang, setiap bulan dan tahun ada peningkatan kos. Sebab utama ialah kos bahan yang tidak di kawal kenaikan harga, Misalnya harga simen,harga besi,kayu, harga premik dan bahan mekanikal dan elektrikal.
Selain dari itu kos upah juga semakin tinggi selain kos keuntungan kontraktor atau pemaju dan kos tanah, menjadi penyumbang kepada kenaikan kos binaan. Saya bukan anti pembangunan atau anti pembinaan, tapi kerajaan kena kaji bagaimana nak kurangkan kos binaan agar industri ini nampak sihat dan kompetitif. Kalau naik pun padan patut dan bukan ikut spekulasi harga.
Antara faktor kos yang perlu ambil kira ialah:
- Design bangunan
- Bahan dan jenis bahan
- Upah
- Tanah dan pemilihan lokasi
- Guna teknologi yang murah
Tangani kenaikan harga rumah
26 September 2012
Pemandu Maut di Laluan MRT
Pemandu Maut di Laluan MRT. Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas sebuah kereta
terbabas lalu merempuh sebuah lori dan sekumpulan pekerja di tapak
laluan projek MRT di ibu negara, awal pagi tadi. Pemandu kereta yang tersepit di tempat duduk keretanya, maut di tempat kejadian. Kemalangan berlaku jam 2:30 pagi tadi di Jalan Cheras - Kajang berhampiran Taman Segar arah Kajang.
Siasatan awal mendapati, kereta dipandu laju oleh seorang lelaki dari arah pusat bandaraya.
Sebaik melalui susur bertingkat di Bulatan Billion, kereta ini hilang kawalan lalu merempuh kon-kon keselamatan, dan kemudiannya di belakang sebuah lori. Ketika kejadian, lori dan beberapa pekerja berada di laluan paling kanan jalan untuk kerja-kerja awal tapak laluan MRT.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Ng Wee Teong, 31 tahun. Sepasukan anggota bomba dari Balai Cheras mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mayat Ng. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Video Boleh di lihat di TV3

25 September 2012
Gambar rekaan baru langsir iman decor
Gambar rekaan baru langsir iman decor. Keluaran Elyza. Mereka menubuhkan kedai konsep bagi langsir. anda boleh preview langsir idaman anda, melancarkan kedai konsep pertamanya di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.
Kedai konsep yang diberi nama Elyza's House of Window Dressings adalah bukti komitmen berterusan Elyza dalam usaha membekalkan pelbagai produk perhiasan tingkap dan idea-idea perhiasan rumah berinovasi.
Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi Elyza's Home (M) Sdn. Bhd., Elyza Yong pada pelancaran itu turut mengumumkan francais Melayu pertama untuk kedai konsep ini, iaitu Rosni Otho. Langsir Moden klik sini
Elyza berjaya meraih tempat di industri pasaran perhiasan tingkap di negara ini dengan memperkenalkan perisian dekorasi rumah, Eassy Decor dan juga kerjasama perkongsian rasmi dengan Forest Group Netherlands sebuah syarikat trak langsir dan sistem bermotor utama di Eropah.
Gambar langsir moden

Inovasi rekaan dalaman bangunan Malaysia
Inovasi rekaan dalaman bangunan Malaysia. Kita perlu inovasi dalam rekaan dalaman. Tujuan untuk keselesaan, kecantikan dan unik. Para pereka malaysia terutama pelajar dan akitek dan designer di saran agar inovatif dalam rekaan dalam rumah, peabut, rekaan dalaman bangunan dan pejabat.
Elemen semulajadi dan unik serta budaya boleh dijadi asas keselesaan dalam rekabentuk. Allah jadikan suatu ada sebab dan musabab. Manusia sebagai khalifah mereka cipta semula ikut akal idea masing-masing.
Contoh invasi rekaan oleh pelajar UiTM ini, bagus untuk kita, cari dan buat rekaan baru yang lagi inivasi.
Reka bentuk hentian bas yang diilhamkan daripada bentuk telur membawa tuah kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Dalaman Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 22, yang terpilih mewakili negara ke persidangan itu.
Katanya, konsep rekaan kemudahan pengangkutan itu membolehkan orang ramai menunggu bas dengan lebih selesa dan menyokong usaha kerajaan menggalakkan penanaman pokok bagi mengurangkan kesan pemanasan global.
“Umpama kulit telur yang melindungi isinya, hentian bas berbentuk lonjong seperti telur memastikan perlindungan lebih menyeluruh daripada cuaca panas dan hujan serta habuk, peredaran udara lebih baik serta kurang gangguan bunyi bising kenderaan.
“Tumbuhan juga boleh diletakkan pada struktur besi yang melingkari reka bentuk hentian bas ini sekaligus menerapkan konsep hijau yang kini menjadi penekanan bagi memelihara alam sekitar,” katanya yang menjadikan hasil rekaan Hijaz Kasturi sebagai inspirasi.

24 September 2012
Harga sewa rumah dan tips sewa rumah
Harga sewa rumah dan tips sewa rumah. Harga sewa rumah sekarang 2012, semakin naik, sengaja dinaikan atau memang trend sewa rumah naik. Bagi saya sewa janganlah naik, kesian pada penyewa rumah. Mereka tak sewa kalau mampu beli rumah. Jadi tuan rumah janganlah naik sewa rumah.
Harga kalau KL memang tinggi. Faktor lokasi, jenis rumah menjadi faktor utama harga sewa rumah tinggi. Kalau dekat pusat bandar memang harga sewa rumah tinggi. rumah teres 500 sebulan, flat 450 atau 400, kondo antara 600 hingga 1200 , mungkin lebih. Kalau di perlis harga pun naik 350 hingga 500 sebulan,
Kepada penyewa kena buat penjanjian dengan tuan rumah, berapa sewa sebulan, ini memastikan harga sewa tak dinaik sewenang-wenang di bulan berikutnya. Berbincanglah dengan ikhlas agar tuan rumah dan penyewa rumah capai kata sepakat.
Contoh Perjanjian sewa
PERJANJIAN ini dibuat pada ____________________ 2012 di antara ------------------- (NO KP:-----------) yang beralamat di No.................................. Kuala Lumpur (dirujuk sebagai Tuan Rumah) di satu pihak dan ............ .(NO. KP: ........ yang beralamat No. ....... ALAMAT SINI........... di pihak yang lain.
3. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM300.00 (Ringgit Malaysia: TIGA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran bekalan elektrik, air dan kad capaian ke atas Premis, sekiranya wang tersebut masih belum dijelaskan. Wang cagaran akan dikembalikan oleh Tuan Rumah kepada Penyewa setelah menolak mana-mana bayaran, sekiranya ada, yang terhutang kepada Tuan Rumah selepas penamatan perjanjian.
4. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-
4.1 menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh dan cara sebagaimana yang ditetapkan;
4.2 menjelaskan caj bekalan elektrik dan air ke atas Premis mulai dari tempoh sewaan sehingga luput tempoh sewaan atau tempoh yang lebih awal, sekiranya Perjanjian ditamatkan sebelum luput tempoh sewaan;
4.5 membenarkan Tuan Rumah atau wakil Tuan Rumah dalam waktu yang munasabah untuk masuk dan memeriksa keadaan Premis dari masa ke masa;
4.8 menyerahkan kembali Premis kepada Tuan Rumah dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable) apabila tempoh perjanjian luput atau tamat;
4.10 tidak menggunakan atau membenarkan Premis atau mana-mana bahagian Premis sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan yang tidak bermoral; dan
4.11 tidak melakukan atau membenarkan perlakuan atau perkara yang boleh menimbulkan gangguan atau aduan dikemukakan oleh penghuni atau penghuni-penghuni di bangunan yang bersekali dengan Premis;
5.2 memastikan keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) ke atas struktur utama, dinding dan bumbung Premis dan membaikpulih kerosakan yang membabitkan struktur utama, dinding dan bumbung Premis selama mana Perjanjian berkuatkuasa;
5.4 Penyewa, selama mana menjelaskan bayaran sewaan dan mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan terkandung di dalam Perjanjian menghuni dengan aman dan memanfaatkan Premis dalam tempoh sewaan tanpa gangguan Tuan Rumah atau pihak yang berkepentingan ke atas Premis atau wakil Tuan Rumah.
6.6 Tanpa notis di perenggan 6.5, Tuan Rumah berpuashati bahawa Penyewa mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian dan Perjanjian tidak ditamatkan sebelumnya, Perjanjian ini dilanjutkan dengan sendirinya untuk tempoh dua belas (12) bulan kalendar dari tarikh matang Perjanjian atau dari tarikh lanjutan yang terakhir dengan kadar bayaran sewaan bulanan berasaskan kepada kadar pasaran semasa atau kadar yang dipersetujui oleh Tuan Rumah dan Penyewa;

*CONTOH!!*
PERJANJIAN PENYEWAAN

YANG
MANA Tuan Rumah adalah pemilik berdaftar ke atas premis ............... ALAMAT RUMAH SEWA (dirujuk sebagai Premis)
DAN
YANG MANA di atas tawaran oleh penyewa, Tuan Rumah bersetuju menyewakan
kepada Penyewa keseluruhan Premis tertakluk kepada syarat-syarat dan
tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian ini.
PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN bahawa:-
1.
Tuan Rumah menyewakan kepada Penyewa keseluruhan Premis untuk tempoh
sewaan selama 2 tahun bermula ___ haribulan __________ dan berakhir
pada _____________ dengan bayaran sewaan bulanan sejumlah
RM600.00 (Ringgit Malaysia: ENAM RATUS SAHAJA) dibayar
hadapan tanpa dituntut sebelum atau pada setiap 3 haribulan kalendar
yang mana bayaran pertama dibuat sebelum atau pada 3 HB , sekiranya bayaran tersebut belum dibuat.
2.
Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM1,200.00 (Ringgit
Malaysia: SATU RIBU DUA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran yang merupakan
jaminan ke atas perlakuan dan pematuhan oleh Penyewa terhadap
syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang terkandung di dalam perjanjian
ini. Jumlah wang cagaran ini dikekalkan selama tempoh sewaan yang
dijanjikan dan tidak boleh sama sekali dirujuk sebagai bayaran sewaan
bulanan tanpa mendapat persetujuan bertulis dari Tuan Rumah. Wang
cagaran AKAN dikembalikan kepada Penyewa selepas penamatan Perjanjian.
3. Penyewa membayar kepada Tuan Rumah wang sejumlah RM300.00 (Ringgit Malaysia: TIGA RATUS SAHAJA) sebagai cagaran bekalan elektrik, air dan kad capaian ke atas Premis, sekiranya wang tersebut masih belum dijelaskan. Wang cagaran akan dikembalikan oleh Tuan Rumah kepada Penyewa setelah menolak mana-mana bayaran, sekiranya ada, yang terhutang kepada Tuan Rumah selepas penamatan perjanjian.
4. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-
4.1 menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh dan cara sebagaimana yang ditetapkan;
4.2 menjelaskan caj bekalan elektrik dan air ke atas Premis mulai dari tempoh sewaan sehingga luput tempoh sewaan atau tempoh yang lebih awal, sekiranya Perjanjian ditamatkan sebelum luput tempoh sewaan;
4.3
semasa tempoh sewaan, Penyewa memastikan Premis berada di dalam keadaan
yang boleh dihuni (inhabitable) dengan selesa dan membaikpulih
mana-mana kerosakan yang disengajakan (keusangan dikecualikan) atau
membayar nilai yang sama untuk kos kerosakan tersebut kepada Tuan Rumah
sekiranya dituntut oleh Tuan Rumah;
4.4 tidak menyewakan keseluruhan atau sebahagian Premis kepada mana-mana pihak ketiga;
4.5 membenarkan Tuan Rumah atau wakil Tuan Rumah dalam waktu yang munasabah untuk masuk dan memeriksa keadaan Premis dari masa ke masa;
4.6 menggunakan Premis untuk tujuan tempat tinggal sahaja;
4.7
tidak membenarkan atau membiarkan apa-apa perlakuan menyebabkan
perlindungan insuran kerosakan dan/atau kebakaran ke atas Premis
terbatal atau dibatalkan dan sekiranya perlakuan terjadi yang
menyebabkan penambahan ke atas premium insuran atau kos kerosakan
dialami oleh Tuan Rumah maka Penyewa menebus atau membayar apa-apa kos
tambahan yang dialami apabila dituntut oleh Tuan Rumah;
4.8 menyerahkan kembali Premis kepada Tuan Rumah dalam keadaan boleh dihuni (inhabitable) apabila tempoh perjanjian luput atau tamat;
4.9
tidak menjalankan sebarang kerja ubahsuaian ke atas Premis tanpa
mendapat kebenaran bertulis Tuan Rumah yang mana kebenaran tersebut
tidak dinafikan secara tidak munasabah;
4.10 tidak menggunakan atau membenarkan Premis atau mana-mana bahagian Premis sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang dan yang tidak bermoral; dan
4.11 tidak melakukan atau membenarkan perlakuan atau perkara yang boleh menimbulkan gangguan atau aduan dikemukakan oleh penghuni atau penghuni-penghuni di bangunan yang bersekali dengan Premis;
5. TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU bahawa:-
5.1
menjelaskan mana-mana tuntutan ke atas cukai pintu, taksiran dan
lain-lain bayaran yang berkaitan dengan Premis, semasa dan hadapan,
kecuali bayaran yang tertanggung ke atas Penyewa yang dinyatakan di
dalam perjanjian ini;
5.2 memastikan keadaan yang boleh dihuni (inhabitable) ke atas struktur utama, dinding dan bumbung Premis dan membaikpulih kerosakan yang membabitkan struktur utama, dinding dan bumbung Premis selama mana Perjanjian berkuatkuasa;
5.3
memastikan Premis dilindungi insuran ke atas kerosakan disebabkan
kebakaran kecuali harta atau barangan di dalam Premis kepunyaan Penyewa
yang mana Penyewa sendiri mengambil perlindungan insuran; dan
5.4 Penyewa, selama mana menjelaskan bayaran sewaan dan mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan terkandung di dalam Perjanjian menghuni dengan aman dan memanfaatkan Premis dalam tempoh sewaan tanpa gangguan Tuan Rumah atau pihak yang berkepentingan ke atas Premis atau wakil Tuan Rumah.
6. ADALAH DIPERSETUJUI ANTARA TUAN RUMAH DAN PENYEWA bahawa:-
6.1
sekiranya mana-mana bayaran sewaan atau bahagian dari bayaran sewaan
tertunggak melebihi dari empat belas (14) hari dan ke atas (sama ada
dituntut atau sebaliknya) atau Penyewa melanggar mana-mana syarat-syarat
dan tuntutan-tuntutan di dalam Perjanjian, Tuan Rumah berhak mengambil
semula Premis dan dengan itu menamatkan perjanjian tanpa apa-apa notis
yang mana perlakuan menamatkan Perjanjian tidak menjelaskan tuntutan
gantirugi Tuan Rumah ke atas pelanggaran terdahulu syarat-syarat dan
tuntutan-tuntutan Perjanjian oleh Penyewa;
6.2
sekiranya dalam tempoh sewaan, Premis diisytiharkan tidak sesuai untuk
dihuni disebabkan oleh kebakaran yang tidak disengajakan, Penyewa berhak
mendapat bayaran sewaan atau sebahagian berkadaran dengan tahap dan
tempoh baikpulih sehingga Premis diperbaiki dalam keadaan boleh dihuni
(inhabitable);
6.3
Tuan Rumah tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian harta
Penyewa di dalam Premis disebabkan oleh kebakaran, air, malapetaka
alam, penceroboh, kecurian dan perkara-perkara luar jangka;
6.4
Sebarang notis yang perlu diberikan atau diserahkan adalah secara
bertulis dan serahan notis kepada Tuan Rumah atau Penyewa dibuat samada
melalui pos biasa atau meninggalkan notis di alamat lazim atau yang
diketahui;
6.5
Tuan Rumah dan Penyewa berhak untuk menamatkan Perjanjian sebelum
tempoh matang dengan menyerahkan notis dua (2) bulan sebelum tarikh
penamatan;
6.6 Tanpa notis di perenggan 6.5, Tuan Rumah berpuashati bahawa Penyewa mematuhi syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan Perjanjian dan Perjanjian tidak ditamatkan sebelumnya, Perjanjian ini dilanjutkan dengan sendirinya untuk tempoh dua belas (12) bulan kalendar dari tarikh matang Perjanjian atau dari tarikh lanjutan yang terakhir dengan kadar bayaran sewaan bulanan berasaskan kepada kadar pasaran semasa atau kadar yang dipersetujui oleh Tuan Rumah dan Penyewa;
6.7
Kos dan perbelanjaan yang bersabit dengan Perjanjian termasuk cukai
stem dan yuran guaman adalah ditanggung oleh Penyewa; dan
6.8
Perjanjian ini adalah mengikat pihak-pihak yang dinamakan termasuk
penerima kuasa, pengambil alih dan wakil perundangan pihak-pihak
tersebut.
ADALAH
DISAKSIKAN yang mana pihak-pihak yang dinamakan memeterai Perjanjian
pada tarikh yang dinyatakan di perenggan awal perjanjian ini.
BAHAWASANYA,
saya ____________________________________________ telah bersetuju untuk
menyewa rumah yang beralamat seperti di atas dan saya memahami segala
syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.
Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Rumah:
.............................................. ............................................
Nama:.................................... Nama:....................................
No K/P:................................. No K/P:.................................
AYAT DI ATAS ADALAH CONTOH SAHAJA, ANDA BOLEH UBAHSUAI, MANA YANG PERLU
Apa komen anda, silakan.
22 September 2012
Tip bina ruang dan pelan rumah
Tip bina ruang dan pelan rumah. Tips atau panduan paling penting ialah selesa. Bila kita nak bina rumah kita nak fikir banyak kali ruang apa yang perlu ada dan apakah bentuk ruang dalam rumah. Saiz besar bukan elemen utama tapi, apakah kita mendapat keselesaan bila berada dalam rumah. Keselesaan itu ialah dari segi pengerakan, suhu dalaman, angin keluar masuk,pengudaraan, pencahayaan, kegunaan ruang, privasi ruang , saiz bilik, tata atur ruang dan elemen warna dan bahan.
Seperti diketahui, setiap keluarga mempunyai gaya hidup, keperluan serta bajet tersendiri. Ini sama seperti kediaman yang mempunyai unit terancang direka bentuk serta dihias mengikut cita rasa individu. Maka, pilihan gaya sewajarnya dibuat secara berhati-hati dengan mengambil kira beberapa perkara.
2 peringkat perancangan ruang dalam rumah
Saiz ruang dan bahan
Saiz ruang bergantung kepada kemampuan. satiap kaki persegi ruang ada nilai dan kos berdasarkan kos kaki persegi atau m2, Kemudian pemilihan bahan, samada batu, bata, kayu, besi dan melibatkan elemen kos yang perlu di ambil kira.
Saiz yang selesa dan saiz minima bagi bilik ialah 10' x 10' atau 10' x 12', besar lagi baik. Biasanya rumah teres mereka design 10' x 10' atau 3m x 3m. Bagi saya ini saiz minima dan sederhana

- Peringkat sebelum bina pelan rumah, apa yang perlu di rancang ialah konsep ruang dan bagaimana susun atur ruang. (ini sesuai untuk rumah bina sendiri). atau bina rumah di tanah sendiri. Ruang apa nak bina, asasnya ialah ruang dapur, bilik air, blik tidur suami isteri, bilik anak perempuan, bilik anak lelaki, ruang tamu, ruang keluarga, dan ruang solat atau tetamu. Semua itu kena ikut kemampuan kita
- Perancangan selepas pembinaan - maksudnya hiasan dalaman dan bahan yang nak pilih dan warna atau konsep dalaman. Perkara ini ada hubung kait dengan peeringkat 1 sebelum kita bina dan konsep dalaman yang kita nak buat.
- Ruang Awam' - Ruang Tamu dan Ruang makan
- 'Separa awam' - Bahagian Dapur, Ruang Makan di dapur.
- 'Privacy' - Ruang Bilik Tidur.
Saiz ruang dan bahan
Saiz ruang bergantung kepada kemampuan. satiap kaki persegi ruang ada nilai dan kos berdasarkan kos kaki persegi atau m2, Kemudian pemilihan bahan, samada batu, bata, kayu, besi dan melibatkan elemen kos yang perlu di ambil kira.
Saiz yang selesa dan saiz minima bagi bilik ialah 10' x 10' atau 10' x 12', besar lagi baik. Biasanya rumah teres mereka design 10' x 10' atau 3m x 3m. Bagi saya ini saiz minima dan sederhana
18 September 2012
Langsir Elyza Rekaan terkini
Langsir Elyza Rekaan terkini. Kalau anda nak buat langsir moden dan kemas, saya cadangkan lihat koleksi elyza. Design yang kemas, perbagai corak dan tak serabut. Indah mata memandang. Banyak pilihan. Bukan nak promosi elyza tapi cadangan agar anda boleh kembang idea buat langir sendiri. Elyza juga menubuhkan Elyza's House of Window Dressings
Lihat koleksi di http://www.elyza.com/html/window_dressing_contemporary.aspx
Elyza’s New Releases
Elyza’s Fabrics
Lihat koleksi di http://www.elyza.com/html/window_dressing_contemporary.aspx
Elyza’s New Releases
Elyza’s Fabrics