auto iklan

Sep 27, 2012

Kurangkan Kos Dalam Industri Binaan

Kurangkan Kos Dalam Industri Binaan dalam bajet 2013
Kurangkan Kos Dalam Industri Binaan dalam bajet 2013
Kurangkan Kos Dalam Industri Binaan. Dalam bajet 2013 ini saya mencadang kos binaan dalam apa jua industri pembinaan di kurangkan agar harga jualan dapat di kurangkan. Misalnya kos rumah, pangsapuri, kedai, jalan, sekolah, dewan dan sebagai. Dengan pengurangan kos kita harap faedahnya akan dapat kepada rakyat dan kerajaan.

Pada rakyat mereka dapat harga yang murah, manakala kerajaan pula akan mengurangkan kos belanjawan untuk pembinaan infra dan kemudahan.

Tapi apa berlaku sekarang, setiap bulan dan tahun ada peningkatan kos. Sebab utama ialah kos bahan yang tidak di kawal kenaikan harga, Misalnya harga simen,harga besi,kayu, harga premik dan bahan mekanikal dan elektrikal.

Selain dari itu kos upah juga semakin tinggi selain kos keuntungan kontraktor atau pemaju dan kos tanah, menjadi penyumbang kepada kenaikan kos binaan. Saya bukan anti pembangunan atau anti pembinaan, tapi kerajaan kena kaji bagaimana nak kurangkan kos binaan agar industri ini nampak sihat dan kompetitif. Kalau naik pun padan patut dan bukan ikut spekulasi harga.

Antara faktor kos yang perlu ambil kira ialah:
  • Design bangunan
  • Bahan dan jenis bahan
  • Upah
  • Tanah dan pemilihan lokasi
  • Guna teknologi yang murah
apa pandangan anda ? Kita harap kerajaan dapat membina rumah dengan kos murah.
Tangani kenaikan harga rumah

IKLAN 1

No comments:

Post a Comment

IKLAN ADSENSE