HARGA RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA . Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) telah ditubuhkan selaras dengan
Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun,
membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat
berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan
sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan
isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00.
YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi
oleh penduduk bandar yang berpendapatan sederhana akibat pembangunan
yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula
bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan
bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang
dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan
bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan
berpendapatan sederhana dengan menawarkan HARGA RUMAH di antara RM100,000
hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.
CARA MOHON DAFTAR DULU, KLIK DAFTAR RUMAH 1 MALAYSIA
Pages
▼
28 Ogos 2013
Syarat Mohon Rumah PRIMA 1 Malaysia
Syarat Mohon Rumah PRIMA 1 Malaysia
Nota:
- Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri.
- Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Pemilihan unit rumah oleh pemilik yang terpilih akan mengikut turutan cabutan undian.
- Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan di mana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.
23 Ogos 2013
Prestasi sektor pembinaan 2013
Prestasi sektor pembinaan 2013, Nilai kerja pembinaan pada suku pertama 2013 merekodkan penurunan sebanyak 5.4 peratus suku tahun ke suku tahun kepada RM21.0 bilion. Walaubagaimanapun, peratus perubahan tahun ke tahun mencatatkan
pertumbuhan ketara sebanyak 18.4 peratus (rujuk Jadual 1).
Carta 1 memaparkan peratus perubahan tahunan (YoY) bagi tempoh ST1 2009
hingga ST1 2013. Seperti yang ditunjukkan dalam carta, sektor ini telah kembali
melonjak untuk mencatatkan pertumbuhan positif selepas merekodkan
pertumbuhan yang negatif pada ST2 2011
Pada suku tahun pertama 2013, peratus sumbangan tertinggi adalah disumbangkan oleh subsektor kejuruteraan awam dengan catatan sebanyak 38.0 peratus. Ini diikuti oleh pembinaan bukan kediaman (32.0 peratus), bangunan kediaman (25.8 peratus) dan pertukangan khas (4.2 peratus) seperti yang ditunjukkan di Jadual 2.
Ekonomi Malaysia tumbuh 4.3 peratus suku kedua 2013
Pada suku kedua 2013, ekonomi Malaysia tumbuh pada 4.3 peratus. Dari
segi pengeluaran, semua sektor mencatatkan pertumbuhan positif dengan
Perkhidmatan terus menjadi pemangkin utama. Prestasi yang lebih baik
dalam Pembuatan serta pertumbuhan kukuh dalam Pembinaan turut
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi pada suku tahun ini.
Peningkatan dari segi perbelanjaan disokong oleh sumbangan positif daripada Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta dan Pembentukan Modal Tetap Kasar. Pengembangan dalam kedua-dua perbelanjaan telah mengimbangi prestasi lemah dalam perdagangan luar negeri.
Komposisi KDNK dari segi pengeluaran diterajui oleh Perkhidmatan dengan sumbangan 54.8 peratus. Sementara itu, Perbelanjaan Penggunaan Akhir Swasta menyumbang 51.5 peratus dari segi perbelanjaan.
Buat pertama kali, data pelarasan musim dikeluarkan bagi melengkapi maklumat pertumbuhan ekonomi jangka pendek negara. Bagi pelarasan musim suku tahun ke suku tahun, KDNK tumbuh 1.4 peratus berbanding negatif 0.4 peratus pada suku pertama 2013.
PEMBINAAN
Sektor Pembinaan tumbuh dengan stabil pada 9.9 peratus disokong oleh prestasi kukuh Kediaman pada 21.4 peratus (ST1 2013: 9.8 peratus). Tambahan pula, Kejuruteraan Awam kekal dengan pertumbuhan dua digit 10.4 peratus dipacu oleh projek infrastruktur bagi pengangkutan dan utiliti.
Selaras dengan prestasi Kediaman dan Kejuruteraan Awam, Pertukangan Khas terus mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan pada 8.9 peratus.

13 Ogos 2013
Tips reka dapur yang selesa ringkas
Tips reka dapur yang selesa ringkas. Memandangkan dapur kerap menjadi tempat tumpuan anak, pilihlah konsep yang lebih ringkas dan hiasan yang minimum.
- Seimbangkan kecerahan warna dinding dan perabot agar tidak terlalu kontra.
- Ruang akan nampak lebih luas dengan penggunaan warna cerah. Psikologi warna dalam hiasan dalaman.
- Elak menggunakan kertas dinding secara menyeluruh dan bercorak padat. Jika perlu hanya gunakannya sebagai garis sempadan.
- Pastikan saiz meja makan sesuai dengan ruang yang ada. Meja bulat kecil paling praktikal bagi memberi sedikit kelegaan untuk bergerak, tetapi meja bersegi ada kalanya membantu kerana boleh dirapatkan ke dinding.
- Pemilihan langsir ringkas tanpa corak dan ukuran yang sesuai juga berguna untuk menampakkan keluasan ruang dapur.
- Seeloknya anda menggunakan ‘blind curtain’ yang biasanya mempunyai susunan melintang untuk menambah ciri kelebaran ruang.
- Gunakan dapur yang berciri pelbagai guna untuk mengurangkan jumlah peralatan elektrik di ruang itu.
- Akhir sekali, amalkan mengelap hingga kering dan menyimpan terus pinggan mangkuk di tempatnya sejurus selepas dibasuh.
12 Ogos 2013
Konsep makna dan tip warna dalam rumah
Konsep makna dan tip warna dalam rumah. Jadi, pertimbangkan psikologi warna ketika merancang skima warna untuk setiap ruang dalam rumah anda.
Biru
Warna langit dan lautan yang terkenal antara warna kegemaran ramai.
Ia mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung dan komited. Amat popular untuk bilik tidur dan sering digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan dan selamat.
Secara global, biru adalah warna yang paling selamat digunakan.
Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna dan sebab itulah skima warna biru selalu dipilih.
Biru juga dikenali sebagai warna bersih sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian.
Walau bagaimanapun, penggunaan biru untuk bahagian dapur kurang berkesan.
Kuning
Menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari yang indah. Berhati-hatilah dengan warna ini jika ronanya keterlaluan. Kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna lain. Ia juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.
Hijau
Perlambangan semula jadi, subur, sihat dan muda. Keseimbangan antara warna sejuk dan hangat seperti biru dan kuning memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semula jadi yang dimiliki juga membolehkan hijau mudah dipadankan dengan warna lain.
Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Secara tradisi, ia dikenali sebagai warna keamanan.
Merah
Antara warna hangat dan bertenaga dalam spektrum warna. Warna ini tidak sesuai untuk si manja anda.
Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ.
Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skima warna sama ada tradisional mahupun kontemporari.
Ungu
Amat sesuai untuk bilik tidur kerana ia berupaya memberikan kesegaran. Warna ini juga antara kegemaran remaja perempuan.
Sebenarnya warna ini mempunyai keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan.
Merah jambu
Dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan. Ia antara warna kegembiraan dan keceriaan selain membayangkan suasana romantik serta kelembutan.

03 Ogos 2013
Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis
Segerakan Projek Perumahan Kubang Gajah Perlis |
Dalam
masa yang sama, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah
mengumumkan kerajaan pusat akan membina 10,000 rumah mampu milik melalui
Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Perlis dalam tempoh lima
tahun ketika kunjungannya ke Perlis 3 Mac lalu.
"Sejak
10 tahun lalu, kerajaan Umno-BN Perlis gagal menepati janji untuk
menyediakan kemudahan perumahan mampu milik kepada rakyat di negeri ini
malah semasa majlis pecah tanah kedua jumlah rumah mampu milik yang
dijanjikan berkurangan dari jumlah asal.
Mengulas
lanjut, Hairy berkata projek asal perumahan tersebut adalah untuk
membina sejumlah 1,907 unit rumah mampu milik di bawah Syarikat
Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Bagaimanapun
bila Md Isa mengambil-alih tampuk pemerintahan, projek yang
diuar-uarkan pula adalah projek pembinaan perumahan bercampur sebanyak
1,508 unit rumah dan lot kedai di atas tapak yang sama.
HARAP SIAP DULU YANG LAMA, BARU BIKIN BARU
HARAP JANGAN PILIH BULU, BERI SAHAJA PADA RAKYAT PERLIS YANG PERLU RUMAH
1.96B Untuk 4 projek Koridor Utara 2013
1.96B Untuk 4 projek Koridor Utara 2013, 4 negeri utara terlibat iaitu Perlis Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. 4 projek berkenaan akan di agihkan kepada 4 negeri berkenaan. 4 projek berkenaan ialah:
Majlis itu telah disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Besar Perlis, Azlan Man; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kita harap ia akan memberi impak baik kepada kordor utara.
- Perlis - Pembangunan Rumah Hijau Untuk Projek Pertanian Perlis
- Kedah - Pembangunan resort mewah di Pulau Langkawi, Kedah.
- Pulau Pinang - Pembinaan kilang pembuatan UWC Industrial Sdn. Bhd. di Pulau Pinang
- Perak - pembinaan pusat membeli-belah dan hotel empat bintang di Taiping, Perak
Majlis itu telah disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Besar Perlis, Azlan Man; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kita harap ia akan memberi impak baik kepada kordor utara.
02 Ogos 2013
KPHPB bina 20000 rumah mampu milik
Perumahan mampu Milik 1Malaysia akan di bina sebanyak 20 ribu unik oleh KOPERASI Pembangunan Hartanah Putrajaya Bhd (KPHPB), Kita harap syarikat koperasi ini menjalankan tanggungjawap ini dengan sempurna siap, ikut jadual da menjaga kualiti binaan.
Rumah untuk kediaman rakyat perlu di buat dengan baik dan menjaga kualiti kerja. Untuk fasa pertama, sebanyak 10,000 unit dijangka selesai dalam tahun ini,” kata Pengerusi Koperasi, Datuk Nazrul Arsad selepas majlis menandatangani perjanjian usaha sama dengan kontraktor di Putrajaya.
PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DI KUANTAN
PROJEK RUMAH MAMPU MILIK DITERENGGANU
Siapa nak beli rumah boleh hubungi Koperasi di,
KOPERASI Pembangunan Hartanah Putrajaya Bhd (KPHPB)
Alamat: Suite 19.01-19.04, Plaza 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: +603-2385 5177
Fax: +603- 2164 4888