auto iklan

10 Mei 2009

Tugas Penyelia Tapak - Site Supervisor


Dalam projek pembinaan, selain pengurus projek atau pengarah urusan, syarikat pembinaan akan mengambil seorang atau dua orang penyelia tapak bagi mengawal selia projek mereka. Bilangan penyelia bergantung kepada saiz atau skop kerja sesuatu projek. Penyelia projek ialah nadi kepada suatu projek binaan. Peranan mereka amat perlu dalam melancarkan perjalanan suatu projek.

Bila masuk kerja, sebagai orang baru, mesti rasa kosong dalam kepala, kena rajin baca pelan, rajin bertanya, lihat kerja yang sudah mula, sedang buat, kerja yang belum mula, kita banding dengan jadual. penyelia kena memahami kaedah kerja, kurang pasti kena banyak bertanya.

Antara tugas utama penyelia tapak ialah:


1. Merekod, mencatat aktiviti projek setiap hari dalam site diary
2. Mengatur kerja tukang atau pekerja binaan
3. Mengawal selia kerja di tapak
4. Mengawal dan menyemak mutu kerja
5. Mengawasi kerja dari segi kaedah binaan, cara pemasangan, kemasan
6. Penerimaan barang di tapak dan mengatur penyimpanan serta rekod, ia juga akan bekerjasama dengan kerani tapak
7. Melapor progress kerja kepada pengurus. Ia akan merekod peratus %, kuantiti kerja, membuat ukuran sub con dan memberi maklumat kepada pengurus projek.

Itu merupakan sebahagian dari tugas penyelia tapak.

Kepada yang berminat dengan bidang pembinaan, mereka boleh minta kerja dengan kontraktor, perunding projek, pemaju perumahan dan sebagainya. Kelulusan minima ialah sijil kejuruteraan awam, sijil QS, sijil binaan dari IKM, politeknik, akademi binaan dan kolej swasta yang di sahkan.

Kalau saya jadi majikan saya cari yang pengalaman, nak cari pengalaman kena mula dari bawah, biar gaji rendah, tapi pengalaman lebih mahal, minta kerja jangan fikir gaji, fikir aku nak ccari pengalaman
IKLAN 1

130 ulasan:

  1. gaji minimum bagi penyelia tapak berapa?kelulusan diploma,.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gaji minima ikut syarikat atau majikan dan base pengalaman juga, minima biasa RM900 atau RM1100

      Padam
    2. Sy bermula dari penyelia tapak.gaji masa tu 1800.dan skrg sy pengurus tapak atau project manager.yang penting bermula dari bawah.dan jngn pikir nak masuk trus dapat gaji tinggi walau ada diploma atau degree.sbb urusan di tapak berguna bila ada pengalaman.

      Padam
    3. Bang kalau ada diploma pun,tapi Pengalaman abg ZERO😅 tak guna juga bang, sedang kan klau projek SAKIT pun kurang² nak 2 tahun pngalaman..itu pon gaji pokok baru RM2300+ elaun rm300 + OT rm10/jam,sehari 3 jam ot dapat 26 hari=RM780 😄 Total Rm3380. Haa ini yg 2 tahun pngalaman🤣 Paling Tinggi yg sy penah jumpa Site-s dia punya pengalaman dah 18 tahun,Gaji pokok Rm4500 + elaun rm400, OT paling rendah Rm900😅 sebulan...=Rm5800 pet bulan🤗

      Padam
  2. Tidak tentu gaji, mengikut pengalaman sesaorang, berapa lama bekerja.

    biasa kalau baru masuk diploma, dalam RM1000 ke atas, kalau pengalaman RM1800 hingga RM2500, dan setengah company bagi lebih, maka kita kena kerja dari bawah dulu, cari ilmu dan pengalaman, kalau boleh jaga projek dengan baik, kira boleh dapat gaji banyak

    BalasPadam
  3. sy ade diploma QS..
    tapi x berapa nmpak lg tugas2 sebagai penyelia tapak ni..biasanya sesuatu company tu boleh trima k calon yg berminat mcm sy ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bgi encik penyelia tapak ni ada kesukaran tak sepanjng jdi site supervisor ni??

      Padam
  4. QS juga di perlukan di tapak binaan, mungkin tugas berbeza lah, QS boleh semak kuatiti kerja, semak claim subcon, semak claim bulanan, buat report projek dan sebagainya, kalau minat apply dengan company yang agak mantap, mereka perlu QS,

    alau tak kerja QS buat kerja TA atau kerja penyelia biasa. kena yakin diri, boleh buat. Industri binaan banyak cabaran

    BalasPadam
  5. semuanya bergantung dengan pengalaman,sijil yang ada hanya sebagai tiket semasa memohon pekerjaan.selebihnya pengalaman yang memainkan peranan dalam menentukan gaji yang dipohon.

    BalasPadam
  6. dalam zaman sekarang masih ada lagi ke gaji supervisor rm1000,patut ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahahahah ko tanya tahun 2012...skrg zmn tahun 2022 starter gaji SS masih ada lg harga 1.1k...hahahahahahahahhahahahahahahahahah

      Padam
  7. Saya pernah terlibat dalam bidang pembinaan lebih 20 tahun. Mula kerja gaji RM700, kemudian baru meningkat dari masa kesemasa. Niat awal kerja bukan gaji, tapi nak cari pengalaman. Sekarang RM3000 lebih.

    BalasPadam
  8. bro.. dh bpe lme pglmn smpi dpt rm3k?

    BalasPadam
  9. bro bole rekemen kn sye utk krja. hujung thun ni sye graduate..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tmbh lg bidang bro.. Mcm sy dri site safety supervisor yg ade yellow book bru nk msuk ke dlm site supervisor. Gaji starting 2.5K sb ade YELLOW BOOK.
      Skrg dlm proses nk ambik degree sb ade permintaan utk ke arah safety manager. Yg pntg tmbh bidang so secara xlnsung besarkn periuk jg.. Huhu

      Padam
  10. 3k pengalaman 3 atau 5 tahun pun boleh dapat, gaji 3k atau lebih. kena belajar banyak dan yakin diri boleh

    BalasPadam
  11. klu sjil politeknik bpa gji ek?

    BalasPadam
  12. Dalam 1000 lebih, tapi majikan akan lihat juga pengalaman awak, kalau pengalaman banyak, gaji tak kira sijil, ia akan bayar lebih.

    Jika tiada pengalaman jangan pilih gaji, kerja dulu, cari pengalaman. Bila dah cukup ilmu, boleh cari kerja lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  13. Saya seorang penyelia tapak,background architecture,sedang continue study outcampus di utm space degree.Dari pengalaman saya,sijil no.2,yang penting pengalaman,takpe kalau gaji rendah dulu bagi baru nak mula,cari pengalaman.Sambil tu tingkatkan diri dari segi education.Saya bermula sebagai seorang pelukis pelan,gaji RM 1000,2 tahun kemudian baru majikan suruh duduk site,baru paham rencah dalam construction.3 tahun jugak,lepastu stop kerja,amik lesen kontraktor kelas D,adalah kerja-kerja yang dapat.Sambil tu saya masih lagi makan gaji sebagai penyelia tapak disalah satu company kelas A di Kuala Lumpur,gaji RM4***.Nasihat saya,terus menimba pengalaman,anda akan nampak peluang dalam bidang nih..InsyaAllah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nice broo.....aku pn pelukis plan..baru 2 tahun.....skrg aku d antar jd penyelia projek kat labuan..biasa berapa gaji penyelia broo..

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  14. tu dia... reza, bagus tu, terima kasih kerana kongsi pengalaman

    BalasPadam
  15. ASSALAMMUALAIKUM,
    kepada semua Penyelia Tapak Binaan dari Perunding Akitek,C&S,QS,M&E atau Kontraktor Civil dan Kontraktor M&E.

    Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya,
    nama saya Nordin bin Ahmad jawatan saya adalah sebagai Penyelia Tapak Binaan M & E dengan syarikat perunding di Pulau Pinang.
    Komen dan pertanyaan yang saya baca dari tuan-tuan adalah GAJI.
    Sebenarnya gaji adalah hasilan terakhir komitmen yang dibayar apabila sesuatu produk itu telah berhasil.Untuk menghasilkan satu produk itu berkualiti, satu tatacara pengurusan yang sistematik perlu diamalkan,Sistem Pengurusan itu adalah Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
    SPK ini adalah garis panduan untuk pengurusan dan penyeliaan pembinaan projek JKR dalam menzahirkan produk sebagaimana dasar dan objektif kualiti.
    Prosedur ini digunapakai oleh semua pegawai yang ditugaskan mengurus dan menyelia tapak bina projek dibawah tanggungjawab JKR Malaysia dan Negeri, saya ingin mengajak tuan-tuan yang menyelia tapak binaan yang bekerja dengan kontraktor atau perunding supaya memperaktikan SPK ini bagi memudahkan pelaksanaan tugas harian.
    Kepada yang masih belum memahami sepenuhnya tentang aspek pengurusan tapak boleh lah mengikuti kursus dengan menghubungi
    INSTITUT PENGURUSAN DAN INTEGRITI
    NEGERI KEDAH DARUL AMAN (INSPIN),
    NO. 321, KOMPLEKS INSPIN,
    LEBUHRAYA SULTANAH
    BAHIYAH, 05350 ALOR SETAR
    KEDAH DARUL AMAN
    Tel: 04 ‐ 720 3708 / 709

    Website : www.inspin.gov.my
    Kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan diploma eloklah mengikuti kursus dan kemudian memohon kepada CIDB untuk temuduga pentauliahan sebagai Penyelia Tapak Binaan Bertauliah. Dengan ini majikan tuan-tuan akan lebih yakin dengan keupayaan dan prestasi tuan-tuan untuk menyelia dan mengawasi tapak binaan. Sekiranya tuan dapat melaksanakan dengan sempurna maka hasilnya seperti mohon nak gaji atau insentif lain tentu akan dipertimbangkan.
    Untuk makluman rakan-rakan seperjuangan dibawah ini saya berikan maklumat skala gaji penyelia tapak perunding terbaru 2011 yang dikeluarkan oleh Kem Kew. Malaysia Sekiranya tuan-tuan tidak berpuas hati sila gunakan rujukan skala gaji dibawah untuk diguna pakai oleh majikan tuan.
    SKALA GAJI PENYELIA TAPAK BINAAN TAHUN 2011
    sumber dari:
    MANUAL PEROLEHAN
    PERKHIDMATAN PERUNDING
    EDISI 2011
    LAMPIRAN 5C
    SKALA GAJI MAKSIMUM KAKITANGAN SEPARA IKHTISAS/SOKONGAN TEKNIKAL
    (KAKITANGAN SEMENTARA)

    TAHUN
    PENGALAMAN--------GAJI 1-------GAJI2
    1-------<1-------- 1,800.00-------2,100.00
    2--------1-------- 1,890.00-------2,190.00
    3--------2-------- 1,980.00-------2,280.00
    4--------3---------2,070.00-------2,370.00
    5--------4---------2,160.00-------2,460.00
    6--------5---------2,250.00-------2,550.00
    7--------6---------2,340.00-------2,640.00
    8--------7---------2,430.00-------2,730.00
    9--------8---------2,520.00-------2,820.00
    10-------9---------2,610.00-------2,910.00
    11------10---------2,700.00-------3,000.00
    12------11---------2,830.00-------3,300.00
    13------12---------2,930.00-------3,400.00
    14------13---------3,030.00-------3,500.00
    15------14---------3,130.00-------3,600.00
    16------15---------3,230.00-------3,700.00
    17------16---------3,330.00-------3,800.00
    18------17---------3,430.00-------3,900.00
    19------18---------3,530.00-------4,000.00
    20------19---------3,630.00-------4,100.00
    21------20---------3,730.00-------4,200.00
    22------21---------3,880.00-------4,600.00
    23------22---------4,000.00-------4,720.00
    24------23---------4,120.00-------4,840.00
    25------24---------4,240.00-------4,960.00
    26------25---------4,360.00-------5,080.00
    27------26---------4,480.00-------5,200.00
    28------27---------4,600.00-------5,320.00
    29------28---------4,720.00-------5,400.00
    30------29---------4,840.00-------5,560.00
    31------30 DAN >---4,960.00-------5,680.00

    1)Tanpa Diploma adalah bermaksud kakitangan yang memiliki kelayakan samada Sijil Politeknik atau setara/STPM
    2)Dengan Diploma adalah bermaksud kakitangan yang memiliki kelayakan Diploma yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan

    Terima kasih semua kerana berkongsi pengalaman drp nordin.




    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan.. sy lulusan diploma politeknik tempatan dlm kejuruteraan electronic...sy sblm ni keje kilang bhgian maintenance production...selia selenggara machine company hampir 9 thn.... nk di katakan rezeki, sy dpt keje site supv... basic company baru bagi Rm2700... sy tiada pengalaman site langsung... sy amik jgk job ni sbb nk try... sbb sy nmpk mase akan dtg byk advantages dlm bidang ni....

      Padam
    2. assalam tuan, mcmna tuan bleh dpt job site sv? Saya berminat sgt jadi site sv tapi masih keliru course apa yg perlu di apply atau latihan apa yg perlu diikuti? terima kasih

      Padam
    3. Sy lulusan diploma electrical engineering tp kerja dlm bidang sebagai penyelia tapak binaan dh 5 tahun,first masuk dlm bidang ni gaji rm3200 + kemudahan lain2. Alhamdulillah rezeki company bg.

      Padam
    4. tapi zaman 2022 kalau ada yang target kahwin tu, baik cari kerja yang gaji nya besar dahulu. ada je gaji besar, kena pandai cari. korbankan masa muda kau cari duit banyak banyak, lepas kahwin ada rezeki lain. caya lah cakap aku. yang minat ni boleh cari after umur 30 lebih nnti. sebab sekarang kalau nak gaji rm1500 sebulan mmg tak cukup bro.

      Padam
  16. Assalamualakum penyelia tapak sekelian,
    Untuk menjadi penyelia tapak binaan berjaya dan berkualiti,saya ambil contoh bidang electrical
    Untuk menjadi Penyelia Tapak Binaan boleh bermula dari pendawai elektrik PW 4.
    Syarat2
    1)Mempunyai kelulusan PW 4
    2)Berkebolehan menggunakan komputer supaya dapat membuat Shop Drawing,Microsoft Project,Excel dan Words.
    Autocad guna untuk buat Shop Drawing,Microsoft Projek untuk buat CPM (Jadual Kerja Pemasangan),Excel guna untuk Progress Claim,Words untuk Lapuran kemajuan ditapak(Lapuran kepada Kontraktor Utama) ketika Mesyuarat Tapak.
    3)Berkebolehan membuat layout trunking,conduit route,trunking size,MSB,SSB,DB location dll ini
    4)Berkebolehan membaca Akitek Drawing,Mechanical Drawing dll.
    5)Lokasi tataletak (layout) trunking MSB,SSB,DB hendaklah perlu diambil kira mudah untuk diselenggara dan pengantian jika rosak.
    6)Paling penting boleh membaca Lukisan Akitek,jika tidak layout elektrical tak ngam dengan pemasangan Main Con.sebab sistem sekarang Follow Closely to the Main Con.
    sekian buat info setakat ini......tq

    BalasPadam
  17. kalau perempuan ade x org nak terima untuk site supevisor nih..xkisah gaji lansung..tp xpenah di beri peluang..sedey sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak.. Compny yg sy praktikal ni semua staf dia perempuan kak.. Site supervisor semua prompuan.. Plus fresh grad plak tu

      Padam
    2. Boleh tau tak company apa? Sebab nak try apply.

      Padam
    3. Bestlah kalau macamtu kerja dengan perempuan.

      Padam
    4. Wanie.. Ade je ppuan jadi site-s ni.. tapi mental kena kuat�� Kena banyak betanya kalu yg zero pengalaman, contck kena ok dengan semua di sekeliling...sifat rendah diri kena ada..sifat ringan tulang perlu ada untuk mcari ilmu yg ada dgn org lama, bersikap terbuka,hati kena kental sebap bila berhadapan dgn org atas mreka akan tekan macam² dan betanya mcm² soalan�� silap² bila xdapat jawap..confm kena maki kaw².

      Padam
  18. Terima kasih Nordin, suatu pengkongsian yang bermakna dan bermaklumat. Saya dulu mula kerja sebagai site supervisor, gaji masa tu 700 tahun 1992, naik motor honda cup 70cc. pi kerja balik malam. Kena marah dan perbagai masalah kerja di site. Namun saya tahan juga.

    Tujuan saya nak cari pengalaman. saya banyak tanya dengan orang yang ada pengalaman dan belajar cara mengurus projek, tanya pembekal dan tanya konsultan dan sebagainya.

    BalasPadam
  19. Assalamualakum
    Betul macam cakap En.Fauzi, kena bertanya jangan segan, orang utara kata hemoi kena marah,kena bangkang perkara biasa.
    Satu soalan yang baik cik wanie,memang ada c.o.w c&s wanita dgn consultant, masa tu dia masuk kerja ganti c.o.w lelaki untuk projek sekolah yg 80% siap. Masaalah nya satu saja kerana kena panjat tangga nak buat inspection,ada tinggi ada rendah,kalau gayat taklah sapa dapat menolong,jadi masa saya buat inspection m&e saya bantulah dia ambil gambar,jadi ada yang tak kena dia ambil la tindakan,kerja mudah saja,pakat-pakat bantu,team work dan discussion,yang penting jangan sombong dan rajin bertanya,anda dapat apa yang anda mahu.
    Sebelum dia join consultant, dia kerja dgn maincon duduk kat site jadi kerani biasa, dia ada diploma... itu adalah titik permulaan nak jadi penyelia tapak wanita.
    Jadi kita fikir begini,Jabatan Kerja Raya ada juruteknik wanita,samada bhg bangunan,jalan,elektrikal atau mekanikal,kerja mereka pun sama macam penyelia tapak,mereka lagi banyak kerja,kena pantau banyak projek dalam satu masa, Cuma mereka tak duduk ditapak macam penyelia tapak yg kerja dengan consultant atau maincon.Jadi anda boleh mencuba......tq.
    .

    BalasPadam
  20. salam,saya memiliki diploma civil engineering dari politeknik...mendapat tawaran sebagai penyelia tapak di sebuah syarikat dgn byaran 1000+++..sebagai 'fresh graduate'yang cetek dengan pengalaman...sesuaikah syarikat bertaraf enterprise menjadi tempat untuk menimba pengalaman?apa perbezaan (enterprise dan SDN BHD)...?

    BalasPadam
  21. Sebagai gaduan baru, kerja dulu, dapat pengalaman dulu dalam bidang ni, tak kira enterprise atau sdn bhd, syarikat enterprise ialah syarikat persendirian 1 orang sahaja bos, sdn bhd ia ada lembaga pengarah, ada setiausaha dan audit syarikat. selelalunya sdn bhd lebih ok kewangan dan pengurusan, apa pun ilmu,

    sebab pelatih yg biasa saya jaga semasa kerja dulu tak tahu banyak benda, mesin buat jalan pun tak tahu, kren tak tahu, kalau tanya apa persedian sebelum konkrit, ramai tak tahu, sebab tu kita orang baru kena belajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tuan fauzi�� sebelum concerete di jalan kan kena urus kan betul² dulu barang kena sedia kan, crane kena park dengan betul, Bila ada kerja malm.. permit kena buat Kena buat PTT sebelum mula kan kerja�� Barang semua kena sedia dulu pastikan semua cukup,baru pangil lori Keluar��

      Padam
  22. Adakah seorg perempuan akan diambil bekerja sebagai site supervisor??? Sebab kebiasaannya majikan lebih mengutamakan lelaki..Yelah mungkin mereka pandang dari sudut,kesukaran perempuan utk mjaga site dan bhadapan dgn warga asing yg hampir keseluruhannya golongan lelaki .

    BalasPadam
  23. Perempuan pun ada jadi penyelia, ikut pengalaman lah, kalau baru, jadi pembantu dulu dan akan diawasi oleh kakitangan lain berpengalaman, minta saja kerja, yakinkan diri dan tunjuk minat pada majikan

    Kalau nak pengalaman, cakap kat majikan saya nak buat latihan sambil kerja di syarikat beliau. Gaji jangan tanya, biar cari pengalaman, belajar dengan cepat dan cepat ambil peluang.

    BalasPadam
  24. salam,name saye falah..boley bg tips cmne nk interview untuk site supervisor ni...sye mmg fresh graduate mmg xder pengalaman langsung,yg ader cme latihan praktikal 6buln mase kt poli...tp mmg xdpt bnyk bende pown..
    adkh saye kne bkk buku blik study??

    BalasPadam
  25. anoymous , nama apa, kalau nak pi interview, jangan panik, kadang mereka tanya perkara asas sahaja, nama mesin, nama bahan, kerja yang mudah sahaja, misalnya cara buat longkang, cara pasang longkang, apakah ujian di tapak, apakah tugas penyelia dan sebagainya, kadang waktu saya dulu saya tanya cara ambil level.

    penyelia ilmu dia macam tukang atau kepala di tapak, baca pelan binaan dan macam mana nak buat ikut pelan, sebab tu baca pelan kena faham,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuan,contohnya kalau buat pilecap ke buat pier ke,bila besi dah siap pasang,Site.s kena inspect pasti kan besi yg di pasng tu ikut speti mana dlm plan.. bila dah ok baru minta enginer @ cnsltn inspect balik untuk dapat kan kebenaran tutup besi dengan mould @ fomwork lepas tu kena inspect balik dgn enginer bila dah lulus, baru la boleh concerete��

      Padam
  26. kalo mcm saya ni sorg yg amik diploma architecture..tp more tu teknikal and belajar pasal construction pn sikit je..still boleh ke jadi site supervisor?mintak pandangan dari anda semua..

    BalasPadam
  27. Kalau tahu pasal akitek boleh jadi penyelia tapi dengan konsultan, sebab konsultan atau firma akitek kena ada penyelia yang mengawasi projek.
    anda tahu pasal pelan, mesti tahu kesalahan di tapak apabila anda semak, akitek bukan lukis pelan saja, kena tahu binaan yang di buat ikut pelan atau tak,

    jangan sempit skop kerja dan bidang kita, sedangka bidang akitek luas skop

    BalasPadam
  28. saya lepasan sijil ikm je,Alhamdulillahالحمد لله.... lepas je perektikel kt mega jati kt kepong. sy terus dpt kerja sebagai Dwarf man dekat kepong. selama 2 tahun. lepas tu sy di hantar ke site di cheras sebagai CLERK OF WORK mechanical sebagai Consaltant. agak lama sy menimba ilmu di situ. dan seterusnye sy brkerja di sebuah syrkt di dmansara sebagai drafter M&E. nampak sejak sy menimba ilmu dulu mechanical je skrg dh Elektrikal sekali, skrg sy brkrja di site di johor sebagai Site Supervisor (M&E) main con. gaji? hahaha xyah nk citer la beb he.... sijil je. mmg pengalaman amat penting dlm idup, semoga korg pon brjaya amin.Alhamdulillahالحمد....

    BalasPadam
  29. kalau nak kerja di site construction, hati mesti keras, yang penting minat.Banyak benda yang kita boleh belajar,yang penting kita tak sombong dan anggap semua pekerja sebagai kawan dan hormat mereka sebagai pekerja dan bukan hamba kerahan.
    Rajin bertanya untuk kepastian.
    kalau kita dari syarikat sub-con biasalah kalau kena maki sumpah seranah di site.. macam asam garam
    orang kerja sita.
    kita boleh belajar semuanya dari pekerja yang datang ,contoh memasang tile,partition,ceiling plaster, down light ironmongery,plumber dan banyak lagi

    BalasPadam
  30. Sekadar berkongsi pengalaman dan pandangan;
    kalau nak kerja di site construction, hati mesti keras, yang penting minat.Banyak benda yang kita boleh belajar,yang penting kita tak sombong dan anggap semua pekerja sebagai kawan dan hormat mereka sebagai pekerja dan bukan hamba kerahan.
    Rajin bertanya untuk kepastian.
    kalau kita dari syarikat sub-con biasalah kalau kena maki sumpah seranah di site.. macam asam garam
    orang kerja sita.
    kita boleh belajar semuanya dari pekerja yang datang ,contoh memasang tile,partition,ceiling plaster, down light ironmongery,plumber dan banyak lagi.
    satu lagi mesti ada prinsip hidup dan etika kerja..al maklum banyak terdedah dengan kerja penyelewengan dan sebagainya.Kalau orang melayu islam apapun kerja kita iadah, jangan sampai di belakang kita maruah macam duduk dibawah tapak kaki sahaja.
    Biar berprinsip dan kita akan terus dihormati.
    Bagi saya banyak yang saya belajar dari tapak bina dan telah mengubah saya sekarang sebagai tenaga pengajar dan menulis beberapa modul untuk pembinaan.
    Yang penting bagi saya ialah minat dan mengapa perlu kerja sebagai penyelia tapak bina..
    Tanya diri sendiri..
    Nak cari pengalaman dan mungkin akan buka syarikat sendiri.. siapa tahu..
    Bukan sekadar diukur dari berapa gaji yang kita dapat..
    Perlu merebut peluang atau cuba mencipta peluang yang ada.Bagi mereka yang sentiasa berfikir untuk memajukan diri.

    Inshaallah.

    BalasPadam
  31. Kalau la lepasan diploma teknologi kejuruteraan agak2 layak ke untk site supervsor nie?mintak pandangan sikit...

    BalasPadam
  32. Kalau untuk company yg jalan projek untuk pavement nie ape yg kene ade pda seorang site supervsor nie?

    BalasPadam
  33. Kalau la lepasan diploma teknologi kejuruteraan agak2 layak ke untk site supervsor nie?mintak pandangan sikit...

    Kejuruteraan apa, kalau kejuteraan binaan elok masuk dalam awam atau pembinaan bangunan, kalau kejuruteraan mekanikal, ada syarikat yang boleh kita pohon jadi penyelia,

    Cuba tanya kawan yang pernah kerja dalam bidang awak pilih, mesti ada peluang punya, doa dan usaha , rezeki Allah aturkan

    BalasPadam
  34. Pada awal 1996 saya mula menceburi keja pembinaan dengan permulaan gaji RM1100.00 lepasan dip. Architecture.Sebuah syarikat Pembinaan Jepun yang berada di Malaysia.
    Biasalah syarikat swasta dan dari jepun pulak yang terkenal dengan etika kerjanyakan.Selama setahun saya kerja dalam office bahagian design.. apa lagi check drawing laa.Rasa tak mencabar.. minta sama boss nak kerja di tapak projek dan lebih mencabar..Saya suka belajar jadi di site saya banyak belajar sebab semuanya prektikel dan bukan teori lagi.. Site juga boleh belajar berkaitan dengan jati diri dan sifat kepimpinan. Yang penting tepat pada masa bila berjanji dan self confident untuk mengarah dan memberi arahan.Tak kira samaada seorang QS, Engr's, Arkitek dan Kontraktor, kerja pelu disiapkan mengikut jadual. Yang penting TEAM WORK,perlu ada sifat tanggungjawab,give and take,saling menghormati dan desiplin kerja serta amanah.
    Kalau satu projek kita boleh perform mengikut jadual no hal nak minta naik gaji... jangan minta naik pangkat nanti tanggungjawab dan beban kerja banyak, tunggu hingga dinaikkan.
    Di site kalau rajin bertanya dan sifat ingin tahu, dari A sampai Z kita boleh belajar, dari kerja ukur,r.c, plumbing, electrical,air-cond, costing dan lainnya.Kepuasannya bila kita dapat memberi tunjuk ajar dan arahan bagaimana ianya dibuat dan diselesaikan bila diminta... dan pendapat serta cara yang diberi diterima pakai.
    Natijahnya apabila kita bekerja dimana juga, disiplin dan prinsip mesti dipegang.
    Ingin mengubah diri kita sendiri dan berhijrah dari satu titik ke satu titik.
    Kalau kerja di site gaji sikit pun jadi banyak bila kita rajin.
    Site Elaun RM200~300dan kerja leihan masa, kerja pada hari Sabtu,Ahad dan public Holiday lagi, claim milage lagi dimana gaji RM1000 aleh dapat antara RM1500 ~2500.
    Segalanya terletak pada diri sendiri.

    BalasPadam
  35. 2.9 nie mula kerja sebagai site supervisor hati berdebar..first time jadi site supervisor.apa yang saya baca dari coment anda semua memberi kan saya semagat.terima kasih.harap semua nye berjalan lancar aminn...

    BalasPadam
  36. saya bru di terima bkerja sbagai site supervisor...tp saya kurang faham mengenai tugas2 nye...lagi pown xda pengalaman langsung tenteng nye

    BalasPadam
  37. Sy bru je keje Site supervisior dalam seminggu gaji starting RM 900.. boss ckp sy tade pengalaman so dia ckp tape u belaja step by step.. sy kelulusan Diploma UKur tanah tak sangka jdi site supervisior. rezeki Allah.

    BalasPadam
  38. new about hacking..same la cam aku wey..aku pon lepasan dip ukur tanah..skrg da keje site supervisor ni masok 3 bulan da..gaji basic 800 + elaun 400 = 1200..
    kau punye gaji brape? pengalaman xde langsung mase mule2 masok dlu..skrg alhamdulillah da ade 30% la kot pengalaman dalam bidang ni..hehe.. keje best tapi boss suke aniaya subcon..bg kerja sub sume murah2..pastu brg selalu lambat walaupun aku da bgi order dekat die awal2..maklum la peti cash die xnk bg kat aku..so aku mcg je die brg ape yg nk dbeli.. pengalaman kne mara mmg slalu dgn boss dan juga jiran2 yg dekat site skrg yg tgh buat ni..biase la..site aku kt kampung2 buat rumah mesra rakyat..org kampung kuat dengki..puiihh!!

    BalasPadam
  39. maaf menyibuk,saya nak berkongsi pendapat,saya tidak berpelajaran tinggi,sekadar upsr.bayangkan pergi minta kerja site supervisor dengan sijil upsr,namun pengalaman saya agak meluas,apatah lagi saya pernah bekerja sebagai sub contrac.saya diterima kerja dengan gaji 1200.00 cukup 3bulan,saya ditetapkan jawatan dan alhamdulillah,gaji naik sekali ganda.cuma letih,saya lah kerani tapak,sayalah site supervisor.sub con pula ada saje kerenah,kerja lambat,kualiti kerja kurang.claim nak lebih.mcm2 ada....kalau iman tak kuat,hari2 gaduh.sekarang saya tunggu untuk dipindahkan ke johor bahru, tempat lahir saya....kat sana saya perlu jaga kawasan yang besar,150 unit kedai 3 tingkat....jadi di melaka,ada jawatan kosong menggantikan tempat saya...ada sesiapa berminat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taniah bro...klu ada job jgn lupa ajak skali...

      Padam
    2. Sy fresh graduate degree dr kos mekatronik,, sy bace n overal ckp start dr bwah,, bg sy seorng prmpn n klulusan tersebut,apa jwatan n dimana sy perlu mohon ntk bkrja di site wlpn dr pringkt bwah?? Apa yg perlu disediakn??

      Padam
  40. nak tanya sikit, sape2 dari CIDB boleh respon. Elaun Tapak untuk penyelia/jurutera tapak adakah bertujuan untuk membiayai kos sewa rumah ?

    BalasPadam
  41. assalamualaukum.. sy hidayat baru je dpt keja sbagai kerani tapak under peladang.. 21 april nie start buat keja2 pembersihan kt beruas. masalahnya skrg sy xth nk buat apa sbb first day kot.. boleh mintak pendapat x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hidayat Tahniah dapat kerja

      Untuk hari pertama, minta latarbelakang tugas anda, skop kerja dari bos anda, saya rasa ada staff di sana akan membantu dan memberi detail
      Paling penting jangan malu tanya, jika ada masalah

      belajar step by step. Inshaallah anda boleh berjaya

      Padam
  42. Salam semua.. saya ada kelulusan degree dlm kejuruteraan elektrik telekomunikasi.. boleh apply ke utk jawatan pengurus projek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. CARI SYARIKAT KONTRAKTOR ATAU KONSULTAN COMPANY YANG BERKAITAN BIDANG HAFIZI DAN APPLY

      Padam
  43. Salam akhiratku, projek kt melaka kt mana? Sy lulusan dlm bidang safety and health, layak ke untk jd site supervisor? Sy ad dpt pnglan dr 1 syarikat d kajang,tp sy tkt untk pergi, sbb tkt xd kna mengena ngn bidang sy blajar, layak ke sy? Sy harap tuan2 dpt bg maklum blas, sy azfar dr melaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SELALU COMPANY YANG DAPAT PROJEK BESAR DI SYARATKAN ADA SAFETY OFFICER, KENA CARI

      Padam
    2. Tp saya ad dpt tawaran untk site supervisor d kajang, haruskah saya pergi untk jawatan tsebt?

      Padam
    3. Terima saja untuk pengalaman,

      Padam
  44. Assalamualaikum.,sy ade sijil kolej komuniti.,xde pengalaman.,pengalaman berdasarkan latihan industri.,sedang mencari kerja sebagai penyelia tapak.,harap boleh membantu.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. FIRDAUS AZHAR CUBA MOHON PADA SYARIKAT KONTRAKTOR YANG KECIL DULU, CARA MINTA KERJA BILA NAMPAK SITE OFIS, BAWA RESUME DAN MASUK TANYA PENGURUS DI SITU, KENA BERANI, JANGAN MALU, APA KERJA DAN BERAPA GAJI JANGAN KISAH. JANJI PENGALAMAN KERJA.

      Padam
    2. Saya dulu habis diploma 2009,terus dpt offer dari main cont...gaji dlm 1.5k,lpastu nak cari p'ngalaman keje dgn subkon.dpt la 2.1k 2 thn pglmn.lpastu tahun ketiga dpt offer konsultan.c.o.w kotrak position.dpt 3k...skrg dh 5 tahun pglm skrg,keje setempat lak.kilang QA precast tunnel.dpt basic 2.8,ada o.t...alhamdulillah

      Padam
  45. As salam... Saya nak bertanya tentang peluang KERja sebagai supervisor berpengalaman. boleh hubungi 0126238402

    BalasPadam
  46. cari benda lain,jumpa benda lain..tp baca je lah...sonok tgk adik2 or anak2 yg sebok mencari pekerjaan. teruskan usha anda semua..mcm kebykan komen2 di atas, sy juga ingin memesan kpd graduan2 yang baru tamat pengajian, jgn terlalu pandang jumlah gaji untuk memulakan langkah di alam pekerjaan. jgn sebok nak tukar iphone, keta honda, kasut redwings,suar levi's, baju timberland...sy pon dulu sewaktu mula menapak di KL sbg s/s gaji pon kecik je, 1K pon xsampai...setelah ditolak epf dan socso, lagi lah sikit...alhamdulillah, bos time tu owner chinese tua, bg nasihat n sy dgr..xsapai 1thn kje 3x kenaikan gaji dpt..thn ke4 dpt naik pangkt,gaji pn naik 4k++...lompat sykt,naik lg..lompat lg,naik lg...yg penting lompat setelah projek yg anda kena jaga tu 100% complete, dpt start projek dr 0% to 120% lg cun...extra 20% complete tu anda kena cr apa bendanya ye :) jgn tetap je duduk dgn kontraktor, try developer, try consultant, try sub-con dll..inn sha allah, pengalaman anda akan meningkat...cuma jgn join gomen klu nk cr pengalaman..tp ingat, wpom anda bekeja dah 20thn or wut-eva, jgn ckp anda tau semuanya...there always new thing dat u need to learn from others...selamat maju jaya semua..amimm.

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum :)

    Pengalaman adalah perkara paling penting, if u want to be a site supervisor. Diploma, Degree, Sijil, itu semua hanya tiket sahaja utk kita menceburi bidang site supervisor. Sebenarnya gaji permulaan bergantung pada sesebuah company itu sendiri. Ada sesetengah company membayar untuk gaji permulaan kepada golongan freshie tidak lebih dari rm1000-1300. Dan ada juga boleh mencecah sehingga rm2500 walaupun freshie. Tidak kira main-con atau sub-con. Alhamdulillah mcm kes saya yang pengalaman tak seberapa ni, dikira freshie juga, lepasan diploma sahaja, belajar sikit2 pun dari orang yang sudah berpengalaman atas inisiatif sendiri. Dengan rezeki dari Allah hasil ikhtiar dan usaha saya yang tidak putus2, juga berkat dari doa ibubapa dan doa saya, akhirnya mendapat tawaran dari satu company dengan gaji permulaan yang agak lumayan bagi freshie seperti saya ni, iaitu melebihi 2k sekurang2nya dan kemungkinan akan dinaikkan lagi bergantung pada prestasi saya. Tambahan, company saya adalah sub-con pulak. Fhm2 jelah kerjanya is not so heavy as main-con punya site supervisor. Heheh ! Jadi apa yang ingin dikongsikan di sini ialah, cari pengalaman dulu, biar tawaran gaji yang dapat tidak selumayan dengan kelulusan kita kerana pengalaman itulah perkara yang amat penting dalam bidang yang kita ceburi ini. Percayalah, sesiapa yang belajar sehingga tahap tertinggi tidak kira, diploma atau degree, kos C.E ini, di tambah pula dengan pengalaman, dan usaha yang kuat serta niat yang baik, InsyaAllah, u are in the right way. Rezeki Allah itu luas, tidak perlu risau. Apa2 kerja yang diceburi selagi dalam scope C.E ini, walau menceburi bidang site supervisor sahaja, trust me, it will be a promising job in terms of a good salary for your future. Just remember work for it, dhua, and tawakkal !

    Good luck :)

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum.,mohon pendapat..
    sy ade sijil srp tu pun lulus bm, mat & englsh (umur 46tahun).,pengalaman selama 20++ tahun dalam pembinaan buat rumah..blh buat satu rumah dn renovate pun blh..sebelum ni kerja tak tetap..so sekarang ni nak cari kerja yang tetap dlm bidang ni di kuala lumpur..mohon pecerahan..tq

    BalasPadam
  49. saya mempunyai diploma ukur bahan..bole tak beri cadangan kerja apa yang boleh saya mohon selain daripada QS..harap boleh membantu..

    BalasPadam
  50. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  51. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  52. Salam. Sy fiza keja di kuantan. Lepasan diploma civil engineering politeknik. Mula2 sy keja sbgai kerani tapak. Slepas sethn sy di beri tugas sbgai site asst. Sy msih bntu dan tidak phm skop keja yg perlu sy buat. Sbb di site semua keja sudah di atur oleh project manager. Xthu ape ptt sy pelajari..kdng2 pg keja mcm student praktikal yg tidak tahu ape2. Minta admin jelas kn ape ptt sy buat.

    BalasPadam
  53. assalamualaikum, sy kerja sebagai site supervisor arch, civil n mechanical cum site clark, cum asst. project manager(buat report n cpm monthly, draftperson(2d n 3d drafter). agak2 brapa gaji yg sy blh dapat kalau kerja mcm tu. pengalaman kerja 4 tahun.

    BalasPadam
  54. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  55. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  56. Salam, Saya diterima untuk bekerja sebagai site supervisor, namun saya tiada pengalaman mahupun apa2 perkara asas mengenai ilmu site supervisor, Ini kerana saya dari bidang sains tulen. Adakah ia bakal jadi pengalaman yang mengerikan atau sebaliknya?

    terima kasih

    BalasPadam
  57. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya apakah kelebihan bekerja sbg site electrical technician. Saya ada dapat offer cuma masih ragu2 sebab2 skrg kerja maintenance kilang, ade OT ade elaun syif ada pelbagai lg elaun. Skrg ni 3 company construction offee job tp masalahnye.gaji lebih rm2000 x boleh vlaim OT. Elaun pon xde cuma claim minyak je. Saya xde pengalaman kerja site so nk mntk pendapat la.

    BalasPadam
  58. Salam. Saya ni cetek pengetahuan dlm bidang kejuruteraan & pembinaan. Sebab saya ni lepasan STPM (kemanusiaan). Tapi, tahun lepas saya dapat kerja sebagai Site Clerk under construction company lah. Saya dapat kerja ni pun, sbb kawan yg recommended utk mgantikan Site Clerk lama. Mula-mula rasa mcm susah saya menyesuaikan diri dlm construction company ni, sbb saya tak faham. Ini bukan bidang saya. Tp sbb byk btanya, ditunjuk ajar, sekali sekala pernah dibawa oleh bos pergi site, lama-lama saya faham. Semakin lama saya bekerja dengan syarikat ni, saya semakin berminat dgn bidang kejuruteraan/pembinaan. Dan terpikir nak cuba jadi Penyelia Tapak. Walaupun saya perempuan, saya ni jenis yang lasak. Hehe. So, macam mana saya nak cuba minta sbg Penyelia Tapak? Sbb saya takda diploma yg berkaitan, atau sijil yg berkaitan dgn bidang ini. Adakah saya perlu ambil kursus dulu, atau macam mana?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  59. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  60. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  61. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  62. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  63. Assalamualaikum.sy lepasan juruukur bangunan.jikalau sy berminat untuk menjadi seorang penyelia tapak.apakah langkah yang perlu sy lakukan untuk manjadi penyelia tapak?adakah sijil2 lain seperti cert safety dan sebagainya perlu ay perolehi?

    BalasPadam
  64. Assalamualaikum.sy lepasan juruukur bangunan.jikalau sy berminat untuk menjadi seorang penyelia tapak.apakah langkah yang perlu sy lakukan untuk manjadi penyelia tapak?adakah sijil2 lain seperti cert safety dan sebagainya perlu ay perolehi?

    BalasPadam
  65. Juruukur.... keje jadi juruukur ler... ambik pengalaman... nanti bleh freelance... masyukkk..

    BalasPadam
  66. Meh nak citer skit... construction ni ada hiraki nye... subcon... maincon... consultant... developer...

    Nak best.... start le dari bawah... subcon dulu... kalu dlm m&e... bleh jaga :-
    electrical- install cable, trunking, conduit, msb, genset, subduct, lightpole, infra n building etc.. byk giler
    Acmv - aircond, chiller, fan, ducting etc... pun byk giler
    ELV - fibre optic, telepon, smatv, ko nk tau cat 6 cat 5 ke, card access ... nk blaja splicing, terminate... etc byk giler
    Fire fighting - install fire alarm, cabling, hose reel, sprinkler, smoke detector, bomba inspection n etc.... pun banyak giler..
    Plumbing n sanitary - piping, pump, trap, pergh... byk beb yg ni... malas nk tulis

    Kalu c&s... pun banyak...
    Kalu archi pun byk... sampai subcon bleh pecah2 plastering, door frame, brick works, turfing landscape, water proofing, painting... pergh yg ni lagi banyak nk tulis satu2...

    Pastu i.d - internal design... dari sub sampai i.d consultant... pergh banyak beb...

    Blaja ler.. nasihat ikhlas dari senior project manager... uhuk uhuk... start dari bawah je kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum , sekadar bertanya . Saya bakal menghabiskam pembelajaran diploma landscape holticulture . Apakah langkah yang perlu saya ambil selepas ini ? Saya berminat untuk site supervisor cuma skop dalam site supervisor saya tidak berape tahu . Boleh beri pandangan sedikit ?

      Padam
  67. ada lagi ke kerja kosong site tanpa sijil..?

    BalasPadam
  68. salam..........sya nak minta pendapat anda semua,,kalau keluaran dari kolej vokasional yg mngambil bidang kejuruteraan awam,,,kerja apa yang sesuai untuk seorang perempuan?

    BalasPadam
  69. Sapa nak pakai site supervisor area selangor boleh call saya.0102737415..pengalaman 4 tahun dalam bidang site supervisor.boleh buat progress claim,progress report,daily/monthly report,attend meeting,arrange sub con/worker

    BalasPadam
  70. kalau saya ada sijil diploma mekanikal boleh kerja x sebagai site supervisor?harap2 abg membantu..

    BalasPadam
  71. Sya daripada ikm..ambil bidang binaan bangunan???harap2 dpat x kalau sya mohon sebagai site supervisor

    BalasPadam
  72. Sya daripada ikm..ambil bidang binaan bangunan???harap2 dpat x kalau sya mohon sebagai site supervisor

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh emial kan kepada kami resume encik,

      tapi en.darimana ya, ibu pejabat kami di Kulai, johor
      kami memerlukan segera SIte Supervisor (M&E)..& kami ada projek di muar
      kalau ada @ berminat sila emial seruma kepada kami

      finance.mepproject.com.my

      Padam
  73. asslamualaikum.
    kerja lah site supervisor lau nak lama lah dlm construction..bila ko mahir dlm jaga org ni mana2 ko laku..nasib lah mesia ni tenaga krja import..ko x susah lau local payah ko nk ajar..pd aq senang nk hndle bgla ke nepal dri org kita. Supervisor ni laku bnyak tempat walaupun lain bidang bkn sebab dip,ke dgre ke .tp cara ko manage budak tu yg mahal.
    n

    BalasPadam
  74. assalamualaikum wbt..saya seorang wanita ingin mencari pengalaman dalam bidang site safety supervisor...tak kisah tentang gaji.memang nak cari pengalaman.
    011-25629938

    BalasPadam
  75. assalamualaikum wbt..saya seorang wanita ingin mencari pengalaman dalam bidang site safety supervisor...tak kisah tentang gaji.memang nak cari pengalaman.
    011-25629938

    BalasPadam
  76. kami dari company MEP Project HQ di Kulai, johor sedang mencari SITE SUPERVISOR under (M&E) dengan segera, kami mempunyai 1 projek di Muar (bangunan Majlis Muar)
    jika ada yang berminat sila hantar email kepada kami di :

    admin@mepproject.com.my

    BalasPadam
  77. Assalammualaikum...saya Rizal...
    Syarikat kami sedang mencari beberapa org penyelia tapak (pembinaan lebuhraya,sungai dll) yg mempunyai jati diri serta mampu menyelia tapak tanpa di pimpin seperti kanak2 atau sekadar redho....jika ada permasalahan kami kami akan bantu selesaikan...
    Jika berminat boleh hubungi hr department utk sesi iv di talian 0127183500.
    Basic salaru rm 1800-2500 refer pd kemampuan.(Berpengetahuan tentang P&L amat dialukan....terima kasih...

    BalasPadam
  78. Assalammualaikum...saya Rizal...
    Syarikat kami sedang mencari beberapa org penyelia tapak (pembinaan lebuhraya,sungai dll) yg mempunyai jati diri serta mampu menyelia tapak tanpa di pimpin seperti kanak2 atau sekadar redho....jika ada permasalahan kami kami akan bantu selesaikan...
    Jika berminat boleh hubungi hr department utk sesi iv di talian 0127183500.
    Basic salaru rm 1800-2500 refer pd kemampuan.(Berpengetahuan tentang P&L amat dialukan....terima kasih...

    BalasPadam
  79. Assalammualaikum...saya Rizal...
    Syarikat kami sedang mencari beberapa org penyelia tapak (pembinaan lebuhraya,sungai dll) yg mempunyai jati diri serta mampu menyelia tapak tanpa di pimpin seperti kanak2 atau sekadar redho....jika ada permasalahan kami kami akan bantu selesaikan...
    Jika berminat boleh hubungi hr department utk sesi iv di talian 0127183500.
    Basic salaru rm 1800-2500 refer pd kemampuan.(Berpengetahuan tentang P&L amat dialukan....terima kasih...

    BalasPadam
  80. hi. Kami mencari site supervisor untuk maintenance work and civil works. Pekerjaan adalah secara contract base bkn permanent. Gaji boleh dirunding. If ada team dengan beberapa foreign worker it woould be better. Email kami for discussion. dazasani.tech@gmail.com

    BalasPadam
  81. kalau diploma manufacturing system dan ada skm tahap 1&2 boleh x join sebagai site supervisor ??? pengalaman as trainee QC/QA Assistant Engineer company oil&gas.sy daripada sabah kerja d mna2 pun xkesah and then yg penting company bole bagi peluang dgn sy. kalau ada sila call direct sy atau whatssup di no..

    No h/p: 010 9737332
    email: Mohamadafiqikhwan94@gmail.com

    Thanks you 😊

    BalasPadam
  82. Assalamualaikum, sy nk tnye berkenaan dgn tugas2 i.o.w m&e. Boleh tuan tlg trgkan serba sedikit dan gaji kebiasaan yg diperoleh?

    BalasPadam
  83. selamat pagi all. nk tanya ni.. saya ada diploma dalam bidang teknologi kimpalan. skrang ni tengah mencari perkerjaan. kalau nk try site supervisor ada kemungkinan tak nak layak ?

    BalasPadam
  84. Salam, saya pun nak ambil peluang bertanya.
    Saya fresh grad degree environmental health and safety...tak ada experience langsung..saya apply job untuk jadi site safety supervisor...tapi suddenly saya dapat interview untuk jadi site supervisor. i dont event know the job desription...tapi saya nak je kalau kerja bidang itu pun cuma persoalannya, ada peluang ke dia ambil saya? lagi2 saya perempuan.

    BalasPadam
  85. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Saya tak belajar tinggi SPM jer.... bermula kerja sebagai kepala kepada pekerja asing jer sampai laa dpt peluang jadi site supervisor dan saya dah kerja jadi site supervisor nak masuk 12 tahun dah banyak company saya kerja bagi up gaji.... dari company Subcon hingga ke company maincon.... semua jenis servises saya dah pernah kerja yg penting pengalaman di tapak dan pandai tai chi ���� org kerja site mesti tahu apa itu tai chi.... dgn pengalaman yg ada saya mampu memegang jawatan M&E Coordinator gaji memang sedap ... apa pun syukur rezeki yg diberi...

    BalasPadam
  86. Assalamualaikum wrth.saya berumur 41 dan pernah menjadi tutor pelukis pelan kejutkejurut awam dan struktur dan Procurement Engineer untuk projek tapak Tambakan laut.Kelulusan Btec HND in Civil Engineering dari Wales,dan sijil Teknologi Kejuruteraan Awam (Bangunan).Ada mana-mana company perlu tenaga kerja hubungi saya 01140363974.

    BalasPadam
  87. Assalamualaikum...di sini saya ingin kongsikan pngalamn saya...saya starting jd site supervisor thun 2009,gaji mule rm1200 d sabah..5tahun d sbah..tahunan gji naik rm150-rm200..then saya stop bidang civil. Keja lain..then start balik 2018...feb 2018 jadi ss semula kat swak..starting rm3000...ada elaun n ot...so,pnglaman pnting n brapa projek kita prnah handle..cara selesaikn msalah d site,itu smua main peranan...pngalaman sya. Sya prnah monitor n coordinate pekerja asing seramai 120orang. .memang mncabar tapi pngalaman..scope keje ss ni mmg byk..kalau tau handle n operate machineries lg advantage

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai,saya baru dua hari lepas jadi site assistant di sarawak,Gala city,kalau boleh sy nak jumpa awk untuk menimba ilmu dan ckp mengenai tugas sy sebagai site assistant. ni nombor saya 0143934306 boleh watsap saya atau call.

      Padam
  88. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  89. Salam admin dan semua..saya nak tanya,saya mmg tiada pengalaman langsung dlm bidang site supervising ni.Apapun tiba2 saya terima lamaran kerja sebagai site supervisor dan saya dah pun bekerja.Jadi kerja ni macam sesuai buat saya kerana backround saya mmg pernah jadi store supervisor dlm mengatur kerja org2 saya saya serta report2 utk kerja saya.Persoalannya saya sudah berumur 40 tahun dan adakah saya perlu mengambil apa2 course utk saya menambahkan ilmu saya utk bidang ini serta dpt bantu saya dlm kenaikan gaji?maaf nubis bertanya..terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi bagus kalau encik ambik kursus green card.akan berguna untuk encik dalam urusan di site.dan sikit sebnyak akan tambah income bila ada greed card.sebab diiktiraf sebagai pengurus tapak yg bertauliah

      Padam
  90. Hi Assalamualaikum.
    I'm seeking for Site Supervisor vacancy . Fresh graduate diploma in civil engineering & SKM level3 .
    Experience 5month trainee as site safety supervisor.
    Location Selangor / KL.
    Email ; harrazshakri71@gmail.com
    Number ; 01131220811

    Thankyou .

    BalasPadam
  91. Assalamuailaikum...sy pelajar politeknik...kalau sy ingin memohon kerja site supervisor..tapi sy bru fresh graduate..gaji sy mesti rendah kn...lepastu hutang ptptn lagi...agak2 dgn gaji yg sy dpt tu berbaloi x utk sy dlm bidang ni?

    BalasPadam
  92. assalamualaikum...saya pelajar politeknik...ada ka kerja penyelia tapak utk yang baru lepas Latihan industri...sementara tnggu diploma kejuruteraan awam?? kalau ada hubungi saya 0143250635

    BalasPadam
  93. PENYELIA TAPAK DGN PENYELIA PROJEK SAMA KEE

    BalasPadam
  94. nak tanya site admin macam mana

    BalasPadam
  95. Asslm.. saja2 baca page ni.. rasa teringin juga kerja SS ni.. sy kerja dh 10tahun sebagai opis boy / despatch cum boss driver (jarang2) di syarikat besar kontraktor.. banyak juga projek..
    Kalau nak cuba rasa boleh jer syarikat bagi utk projek2 akn dtg..
    Agak2 mcm mana nk mencetuskannya ya ?
    Sebelum ni kalau ke site pun hantar dokumen jer contohnya transmital dan lain2..

    BalasPadam

IKLAN ADSENSE