auto iklan

25 Disember 2011

Panduan dan tips memilih perabot

Panduan dan tips memilih perabot
Panduan dan tips memilih perabot, ini membantu anda semua memilih perabot yang sesuai untuk rumah anda, pejabat atau ruang ruang kedai anda. Antara faktor yang perlu ambil kira ialah, konsep, saiz, bajet, warna, mutu dan kualiti. Berikut ialah panduan dan tips memilih perabot:
  1. Tentukan konsep ruang dalaman anda atau apakah gaya dalaman anda, pilih konsep dahulu sebelum membeli perabot, tak kira samada anda nak beli jenis apa, mahal atau murah, paling penting ialah konsep. Konsep yang sesuai akan membantu minda anda memilih gaya perabot yang sesuai. Contoh gaya moden futuristik, konsep tradisional, konsep moden, konsep alam semulajadi atau konsep ringkas dan selesa.
  2. Kedua ialah padankan dan lihat saiz ruang, kalau ruang sempit, jangan beli perabot yang saiz besar, jika ruang kecil , kemudian beli saiz besar akan menyempit ruang sebenar.
  3. Warna apa nak beli, lihat pada konsep anda dan warna ruang sediada. Anda boleh memilih samada mewarna semula dinding atau membeli perabot berdasarkan warna sediada. Pemilihan warna harus kena, jika ruang cerah, anda bebas memilih warna perabot, tapi jika ruang sudah gelap, maka sebaiknya pilih perabot warna cerah.
  4. Bajet anda berapa. Jangan beli ikut jiran, beli ikut bajet dan konsep anda sendiri. Ini lebih bersifat individu dan ada yakin pada diri anda. Biarlah jiran beli perabot RM10,000, tapi anda beli ikut bajet dan gaya anda, ini akan menambah kepuasan anda sekeluarga.
  5. Kaji dan dapatkan perbagai harga dan cari harga yang sesuai
  6. Mutu kayu dan cara binaan perabot kena di lihat, kalau kayu, kena lihat samada makan abok atau anai-anai.
  7. Kos penghantaran berapa, kekadang kedai perabot ambil ektra kos bagi pengangkutan, jadi kena ambil kira semasa membuat keputusan membeli perabot


Panduan dan tips memilih perabot

Ruang dalam gambar atas memberi anda idea, ideanya ialah warna, kemas dan simple. Warna terang pada sofa, dengan padanan warna yang ada hubung kait dengan lantai, karpet, dan dinding. Ruang ini nampak kemas dan tidak serabut walaupun ruang kecil

Selamat membeli perabot dan selamat berhias rumah anda

IKLAN 1

Apakah Konsep Hiasan Moden Futuristik

Apakah Konsep Hiasan Moden Futuristik ?. Saya mencari apakah konsep hiasan moden futuristik ini, atau modern future. Sukar mendapat maksud yang tepat tentang istilah design atau rekabentuk moden ini. Bagi saya ia adalah percambahan idea moden dalam rekabentuk hiasan dalaman ruang. Tak kira ruang rumah atau pejabat.


Konsep futuristik menitik berat soal idea, warna, gaya, dan susun atur yang menampakan gabungan idea yang menarik dan ada ciri-ciri rekabentuk masa depan. Ia meliputi ciri-ciri rekabentuk di bawah.

Contoh gaya konsep hiasan moden futuristik, meliputi ciri-ciri :
  1. Gaya penataan moden futuristik melalui permainan warna
  2. Gaya reka ruang unik mengambil ilham tema alam pada sudut tertentu
  3. Mengunakan elemen replika kenderaan tentera sebagai sebahagian hiasan ruang antaranya model jet pejuang, kereta kebal, trak tentera dan sebagainya.
  4. Menggunakan koleksi tertentu sebagai elemen khas dalam hiasan dalamn, contohnya catur edisi terhad, Lord Of The Rings
  5. Menggunakan latar warna hitam, putih dan perak yang pernah digilai ketika era 1970-an dulu.
IKLAN 1

21 Disember 2011

Gaji Penyelia Projek Pembinaan


Gaji Penyelia Projek Pembinaan atau penyelia tapak, meningkat 112%. Kerajaan telah mengkaji perkara ini dan ia satu berita baik kepada penyelia projek atau penyelia tapak pembinaan negara ini. Bagi kakitangan kerajaan mereka menikmati kenaikan gaji yang menarik, swasta diharap mengambil langkah serupa menaikan gaji penyelia tapak.

Pada 2 nov 2010, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, berita gembira itu merupakan sebahagian daripada hasrat kerajaan agar mereka dapat memberikan perkhidmatan berkualiti.

Menurut beliau, menerusi pelarasan itu gaji mereka yang memiliki ijazah dinaikkan 71 peratus kepada RM2,900 berbanding RM1,700 sebelum ini manakala gaji pemegang sijil meningkat 112 peratus menjadi RM1,800 berbanding RM850 sebelum ini.

“Jawatan penyelia projek adalah sangat penting memandangkan mereka berperanan memantau kualiti kerja termasuk keselamatan di tempat kerja.

“Penyelia tapak adalah ‘mata dan telinga’ kepada jurutera atau pengarah projek kerana mereka berada di tapak projek sepanjang hari. Jawatan tersebut dilantik oleh konsultan tetapi kerajaan berperanan dalam membayar gaji mereka.

“Gaji sebelum ini dilihat terlalu rendah. Justeru, September lalu kerajaan menyelaraskan gaji mereka sehingga menikmati kenaikan 112 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Ketiga Pembinaan Malaysia di sini, hari ini.

Kata Shaziman, penyelia tapak projek adalah wakil pegawai penguasa yang terdiri daripada pegawai profesional dan berperanan menyelia segala aktiviti pembinaan di tapak projek serta menyemak dan meluluskan kerja supaya mematuhi spesifikasi yang ditetapkan
IKLAN 1

16 Disember 2011

Jenis rumput di Malaysia

Terdapat perbagai jenis rumput di Malaysia. Jenis rumput antaranya Rumput Karpet (Carpet grass) ,Rumput Mutiara, Rumput Padang.

Rumput Carpet
- Banyak spisis rumput karpet , tetapi tidak jauh perbezaannya dari
segi pengurusan,penanaman dan kawalan penjagaannya. Sesuai ditanam di halaman rumah
kerana status penjagaan lebih mudah. Ianya tahan lasak, tahan serangan virus/serangga perosak. 3 cara tanam, Instant Turf, Sport Turf dan Root turf
Jenis rumput di Malaysia

Rumput Mutiara
- Jenis rumput ini sensitif, perlu penjagaan rapi terutama siraman dan pembajaan. Sering terdedah kepada serangan virus dan serangga perosak jika tidak dikawal
sempurna. Ianya tidak tahan cuaca panas.

Kelebihan rumput mutiara, ianya berwarna hijau pekat dan melepaskan oksigen lebih daripada rumput biasa. Tidak perlu di potong ( triming ) terlalu kerap memadai dengan cantasan ringan. Rumput Mutiara tidak mampu melawan serangan pertumbuhan rumput selainnya jika tidak dilakukan penjagaan rapi.

- 2 cara tanam . Instant dan sport turf
Jenis rumput di Malaysia

Rumput Padang
- Rumput yang amat tahan lasak, sering digunakan dimerata-rata tempat, padang permainan, bahu jalan atau lapangan-lapangan riadah. Ianya tahan daripada segala serangan perosak,penyakit,cuaca dan rumput liar. Tetapi perlu triming kerap lebih baik 2 minggu sekali.
- Cara penanaman memadai dengan cara sport turf - kerana cow grass amat mudah membiak
dalam masa yang singkat.
Jenis rumput di Malaysia
Ada tiga jenis rumput utama di Malaysia; Zoysia, Bermuda dan Cowgrass. Ada juga padang yang menggunakan Paspalum, Serangoon, Buffalograss dan juga rumput campur-campur.

Cowgrass sentiasa berwarna hijau gelap, walaupun lama tidak di baja. Malangnya, kelebihan itu adalah juga punca masalah kepada banyak masalah padang cowgrass. Bila penjaga padang mencadangkan supaya padang di baja; mereka akan ditanya “Kenapa? Kan masih hijau?”. Sebenarnya, rumput dah ‘kelaparan’ dan tidak sihat walaupun luarannya masih hijau pekat.

Contoh kontraktor rumput, saya tolong promosi

Harga rumput unt landskap unt dijual / grass for landscaping for sale

salam dan salam sejahtera.

sy membekalkan beberapa jenis rumput unt lanskap. senarai adalah seperti berikut:

1. rumput karpet Filipina:
a) 2x1 kaki = RM2.00 (polybag) / minimum order 200 kaki persegi / penghntrn RM50 unt sekitar KL.
b) 1x1 kaki = RM1.70 (bersambung-sambung potong pakai mesin) / minimum order 200 kaki persegi / penghntrn RM50 unt sekitar KL.

2. rumput karpet taiwan:
a) 1x1 kaki = RM2.30 (bersambung-sambung potong pakai mesin) / minimum order 200 kaki persegi / penghntrn RM50 unt sekitar KL.

3. rumput karpet Japan (sama mcm rumput "green golf turf area" - sangat halus mcm bulu karpet betul)
a) 1x1 kaki = RM3.50 (polybag) / minimum order 200 kaki persegi / penghntrn percuma unt sekitar KL.

4. rumput mutiara:
a) 2x1 kaki = RM2.00 (polybag) / minimum order 200 kaki persegi / penghntrn RM50 unt sekitar KL.

5. rumput "cowgrass":
a) 2x1 kaki = RM1.50 (polybag) / minimum order 400 kaki persegi / penghntrn RM50 unt sekitar KL.

sila hubungi [email=mohamad.hjharun@gmail.com]mohamad.hjharun@gmail.com[/email] atau pm sy di sini sekiranya ingin order atau sebarang pertanyaan.

Harga adalah tertakluk pada pembekal
IKLAN 1

02 Disember 2011

Peluang kerja dalam industri binaan

Peluang kerja dalam industri binaan
Peluang kerja dalam industri binaan amat luas. Sebab industri ini terus berkembang dan berkembang. Skop kerja meliputi pekerja am, teknikal, ketukangan mahir, separuh mahir, jurutera, penyelia tapak, teknikal am, kemudian berpecah kepada sektor sampingan dan perlu. Secara amnya di bahagi pada kerja awam, kerja bangunan, kerja elektrik bangunan, kerja mekanikal bangunan, kerja pengurusan projek yang melibatkan perunding awam, perunding akitek, perunding ukurbahan, perunding elektrik dan mekanikal.

Dalam pembangunan dan pemajuan projek ia melibat 2 pihak yang utama, iaitu pemaju dan kontraktor. Kemudian bila pembangunan di mulakan ia melibat aktiviti jualan bahan binaan. Maka aktiviti ekonomi bermula dimana perbagai pembekal bahan di perlukan. Misalnya kita bina rumah, maka pembekal atau peniaga yang terlibat ialah:
  1. Simen
  2. Besi
  3. Pasir
  4. Batu
  5. Kayu
  6. Bata
  7. Bumbung
  8. Tingkap
  9. Pintu
  10. Siling
  11. Cat
  12. Perabut
  13. dan banyak lagi pembekal di perlukan

Kalau bina jalan melibatkan pembekal batu, pasir, tanah, konkrit, besi dan banyak lagi terlibat.

Peluang kerja yang lain melibatkan peluang kerja, samada pekerja binaan, pengurusan binaan, kakitangan awam atau swasta dan juga penglibatan peniaga bahan binaan.

Di Malaysia banyak pusat latihan di wujudkan dengan hasrat untuk melatih tenaga mahir dan separuh mahir dalam bidang ini. Antaranya UTM, UiTM, Kolej swasta, Politeknik, CIDB, IKM, Pusat latihan belia, IKBN, dan banyak lagi pusat latihan dalam industri binaan. Peluang kerja memang luas jika kita ada kemahiran dan tahu bagaimana nak memasuki bidang ini.

Contoh latihan di Politeknik

D04 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (DKA)


Sinopsis:

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam di samping memberi penekanan khusus kepada aspek kaji air, lebuh raya dan pembinaan. Pelajar perlu menghadiri kuliah teori dan melakukan kerja-kerja praktikal di dalam makmal. Pelajar juga perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi Bahan dan Binaan Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Teknologi Konkrit, Teori Struktur, Reka bentuk Struktur, Hidraulik dan Hidrologi, Bekalan Air dan Rawatan Air Sisa, Geoteknik, Atur cara Kontrak dan Taksiran, Aplikasi Komputer dan Pengurusan Pembinaan.

Peluang Kerjaya:

Peluang pekerjaan adalah luas di mana graduan dapat ditempatkan di industri pembinaan atau di jabatan-jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik.

  • D10 - DIPLOMA UKUR TANAH (DUT)

    Sinopsis:

    Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ukur tanah khususnya teknik-teknik pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan dan persembahan maklumat kedudukan dan bentuk topografi di bumi. Pelajar perlu menghadiri kuliah, tutorial dan melakukan praktikal di lapangan dan makmal. Pelajar perlu menamatkan latihan industri selama enam bulan. Program pengajian meliputi kursus teras iaitu Ukur Kejuruteraan, Ukur Kadaster, Fotogrametri, Geodesi, Sistem Maklumat Geografi (GIS), Pelarasan Ukur, dan Undang-undang & Pembangunan Tanah di samping kursus elektif seperti Pembangunan Pangkalan Data GIS, Remote Sensing, Alam Sekitar, Statistik dan Asas Pengaturcaraan C++.

    Peluang Kerjaya:

    Peluangnya adalah luas, dapat ditempatkan di firma ukur, pembinaan swasta atau di jabatan kerajaan sebagai Pembantu Teknik Ukur.
IKLAN 1

Konsep Taman Melayu Neo Nusantara

Konsep Taman Melayu Neo Nusantara
Cadangan membentuk konsep Taman Melayu atau TAMAN MALAYSIA ini adalah untuk mencipta konsep taman tropika melayu yang bertaraf kelas dunia yang kaya dalam budaya dan tradisi yang pelbagai untuk taman di kawasan kediaman rumah. Hal ini dikenali sebagai Nusantara Neo berkembang luas atau Laman Warisan berindentiti Malaysia. Ia hasil dari cinta terhadap alam dan juga untuk membuat konsep taman kelas dunia, bagi meningkat nama Melayu Malaysia. Neo Nusantara harfiah bermaksud "New Melayu Nusantara". Oleh kerana itu mewakili tradisi baru kesenian di Malaysia yang merupakan evolusi dari seni dan kerajinan yang berasal dari kepulauan Melayu-Sumatera-Kalimantan.Konsep Taman Melayu Neo Nusantara
Konsep Taman Melayu Neo Nusantara
Budaya kita kaya dengan pelbagai bangsa dalam seni dan ketukangan. Konsep ini merupakan konsep yang terdiri dari berbagai tradisi yang menggabungkan rasa kolektif sejarah dan identiti. Sebuah taman Malaysia harus mencerminkan tema tropika dan idealnya menunjukkan perpaduan harmonis dari pelbagai budaya - Melayu, Cina dan India.

Konsep Taman Melayu Neo Nusantara

Ciri-ciri Taman Melayu Neo Nusantara
  1. Taman ini menggabungkan ciri-ciri rekabentuk yang mencerminkan keindahan dan suasana yang nyaman.
  2. Taman ini memisahkan Malaysia dari konsep taman lain di dunia. Hal ini bukan hanya tentang keindahan dan keagungan sesuai dengan konsep Neo Nusantara yang mementingkan rekabentuk berasaskan budaya, warisan Malaysia.
  3. KELUASAN halaman belakang, tepi atau pun depan bukan alasan dan persoalan besar membina taman di kediaman. Selain taman berkonsep Bali, konsep Neo Nusantara iaitu taman beridentiti Malaysia juga kini mula mendapat tempat terutama masyarakat di bandar yang inginkan budaya negara ini di laman mereka. Konsep Taman Melayu diterjemahkan berdasarkan warisan dan budaya tempatan. Apa yang ingin ditonjolkan ialah nilai estetikanya. Konsep itu tidak memerlukan ruang luas, memadai kawasan segi empat sama berukuran 9m2 kerana paling penting taman itu mampu memberikan ketenangan kepada pemiliknya.
Keindahan dan ketenangan alam semula jadi adalah santapan manusia. Tumbuh-tumbuhan yang digabungkan dengan unsur alam memberi ketenangan berkekalan. Halaman rumah bagai muka rumah. Ia perlu dihias cantik dan menarik kerana bertindak sebagai cermin peribadi pemiliknya. Sekecil mana pun laman dimiliki, dengan perancangan rapi dan teliti, laman sekangkang kera akan tampil menarik serta memberikan ketenangan sesiapa saja yang berada di situ.”

Untuk membina taman, pemilik perlu ada konsep supaya selesa dan apabila pulang ke rumah, ada tempat untuk berehat serta menyegarkan badan sambil mendengar deruan air.

Jika disebut konsep taman Jepun, Bali atau Inggeris, semua orang tahu, tetapi apabila ditanya apakah konsep taman Melayu, kita masih kelabu, betulkah ini Taman kita, kerana tiada identiti sendiri. Inilah yang cuba tonjolkan melalui konsep Neo Nusantara kerana kita mempunyai budaya unik.”
Konsep Taman Melayu Neo Nusantara
Neo Nusantara direka berdasarkan lima prinsip pancaindera - pandang, dengar, hidu, sentuh dan rasa. Perkara asas yang perlu ada dalam setiap taman ialah keindahan. Keletihan pasti melayang pergi apabila menjejak kaki ke taman cantik dan penuh dengan tumbuhan hijau yang mengeluarkan bauan menenangkan sekali gus menjadi terapi minda.
Konsep Taman Melayu Neo Nusantara
Info: Laman Neo Nusantara
  • Melur dan cempaka antara bunga yang sesuai untuk taman berkonsep Neo Nusantara.
  • Kebanyakan hiasan termasuk tempayan dan bekas lampu diukir mengikut acuan tradisional seperti pucuk rebung dan jantung pisang.
  • Pemilik digalakkan memasang muzik asli untuk mengembalikan nostalgia kampung di bandar.
  • Kuda-kuda diilhamkan daripada gaya mengukur kelapa.
IKLAN 1

Taman Islam atau Islamic Garden

Taman Islam atau Islamic GardenIslam mempunyai pengaruh besar terhadap pelbagia jenis ilmu termasuk juga di dalam ilmu perlandskapan. Taman Islam cukup terkenal di seluruh dunia dan merupaka salah satu landskap yang terindah di dunia. Taman Islam berasal dari Arab kemudian tersebar ke berbagai negara seperti Persia, Spanyol, dan India. Meskipun arkitek taman Islam muncul bersamaan dengan bangkitnya pembuatan taman di Eropah,namun orang-orang Arab menambahkan ciri khas tersendiri yang kemudian mempengaruhi gaya taman di Eropah.

Taman Islam atau Islamic Garden
Idea hebat landskap taman Islam berasal dari kepercayaan umat Islam dan impian mereka tentang syurga. Pada beberapa ayat Al-Quran dijelaskan bahwa umat Islam yang beriman akan mendapatkan suatu penghargaan pada saat hari kiamat. Di dalam Quran juga dikatakan bahwa orang-orang beriman akan mendapatkan surga yang sangat indah dan megah yang dideskripsikan sebagai taman firdaus. Umat Islam percaya bahwa taman firdaus memiliki air pancut dengan mata air yang mengalir, pohon buah, dan tempat-tempat bersandar di bawah pohon teduh.

Lihar Quran Al Hijl 15- 45
Maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya."
Taman Islam atau Islamic Garden
Gambar hiasan sahaja

Empat elemen terpenting dari taman Islam

  1. Air,
  2. Bayang-bayang,
  3. Warna dan keharuman
  4. Suara.

Keempat elemen tersebut dicerminkan ke dalam bentuk-bentuk air pancur, bunga-bungaan, dan pohon buah. Taman Islam berbentuk taman yang tertutup, menutup diri dari landskap di kawasan sekitarnya (gurun pasir) yang cenderung kasar dan kontras dengan keadaan taman di dalamnya.Taman Islam atau Islamic Garden

Air merupakan elemen terpenting yang memiliki tiga fungsi, iaitu praktikal, agama dan nilai estetika. Air memiliki fungsi praktikal kerana dianggap sebagia keperluan untuk hidup. Fungsi air sesuai dengan Al-Quran yang menyatakan kewajiban berwuduk dengan air sebelum umat Islam beribadah. Sedangkan air memiliki fungsi estetika kerana air di dalam kolam mampu melembutan struktur keras dinding serta menambahkan dekorasi elegan dinding serta bangunan. Air juga mampu mengintegrasikan taman dengan baik.
Taman Islam atau Islamic Garden
Taman Islam dibina melakui dekorasi pola geometri yang indah. Ini ditetapkan mengikut rancangan, harmoni sebuah pola, indah geometrik teratur. Ini mendedahkan cita-cita keselarasan dan ketenteraman awam dalam Islam.

Mari kita manafaatkan ilmu ini. Islam itu indah, Allah suka pada keindahan.
IKLAN 1

Ciri Dan Elemen Taman Jepun

Ciri Dan Elemen Taman Jepun
Taman Jepun atau Japanese Garden adalah taman dalam gaya tradisional Jepun. Ini ciri utama taman Jepun. Taman Jepun boleh ditemui di kawasan rumah persendirian, dalam taman bandar, dan di tanda tempat seperti tokong Buddha dan istana lama. Sesetengah taman Jepun yang terkenal di Barat, dan dalam Jepun juga, dikenali sebagai taman kering atau taman batu. Tradisi guru teh telah menghasilkan jenis lain taman Jepun dengan kehalusan yang tinggi, mempamerkan keringkasan luar bandar. Dalam budaya Jepun, pembinaan taman adalah kesenian yang tinggi, berkait rapat dengan seni berkait kaligrafi dan lukisan dakwat. Sejak akhir abad ke-19, taman Jepun telah juga diserapkan ke suasana Barat.

Ciri-ciri penting taman Jepun

Ciri Dan Elemen Taman Jepun
  1. Rekabentuk berdasarkan budaya dan amalan Jepun.
  2. Taman Jepun kebiasaan berada di pusatnya (Fokus Point) di sebuah rumah dari mana taman dipandang.
  3. Tambahan lagi pada seni bina tempat tinggal, kebun Jepun sering mengandungi elemen-elemen dibawah, ;
  • Air, asli atau bertanda.
  • Batu.
  • Sebuah tanglung, biasanya yang dari batu.
  • Sebuah rumah teh atau astaka.
  • Alat pemagaran seperti sebuah hedge, pagar, atau dinding dengan ciri tradisional.
  • Sebuah jambatan ke pulau, atau batu pijak.

Taman Jepun boleh termasuk pada salah satu gaya berikut:
  • Taman gaya Kanshoh yang dipandang dari sebuah tempat tinggal.
  • Taman tasik, untuk pemandangan dari sebuah bot.
  • Taman teh, untuk pemandangan dari laluan yang membawa ke pondok majlis teh.
  • Taman jalan (kaiyū-shiki), untuk pemandangan selangkah kesan dari suatu laluan ke taman. Taman abad ke-17 Katsura di Kyoto adalah taman yang masyhur.
  • Gaya landskap kering digelar karesansui. Ini tidak mempunyai air dan sedikit tumbuhan, tetapi biasanya memberikan kesan air dengan menggunakan batu kecil dan pasir. Batu dipilih oleh kerana corak dan bentuk menarik mereka dan pokok renek memberikan gaya karesansui yang kebiasaan. Taman-taman di Ryōan-ji, sebuah pekong di Kyoto, dan Daisen-in, direka bentuk pada 1513, adalah terutamanya dikenali.
Taman-taman Jepun direka bentuk untuk pelbagai tujuan.
  • Sesetengah taman menggalakkan tafakur,
  • Ia juga bertujuan untuk rekreasi
  • Untuk mempamerkan tumbuhan-tumbuhan yang jarang ditemukan
  • Mempamerkan batu-batu yang luar biasa.
Satu jalan yang dirancang terlebih dahulu membawa pemerhati ke setiap kawasan yang unik di dalam taman Jepun. Permukaan yang tidak rata ditempatkan di ruangan-ruangan yang tertentu untuk menggalakkan para pengunjung supaya melihat ke bawah. Apabila pemerhati melihat ke atas, mereka akan melihat suatu hiasan tertarik mata yang niatnya adalah untuk menyedarkan dan untuk menyegarkan jiwa pemerhati. Jenis reka bentuk ini dikenali sebagai prinsip "sembunyikan dan dedahkan" landskap Jepun.


Elemen Batu digunakan untuk membina lorong, jambatan dan laluan pejalan kaki taman. Ia juga digunakan mewakili gunung apabila gunung yang sebenar tidak ada atau tidak dapat dilihat. Bilangan batu yang diletak biasanya ganjil dan kebanyakan kumpulan batu itu membayangkan bentuk tiga segi, iaitu bentuk gunung yang paling biasa di China.

Ciri Dan Elemen Taman JepunSumber air di dalam taman Jepun harus merupakan sebahagian persekitaran semula jadi and oleh itu, air pancut tidak akan dilihat di dalam taman tradisional. Anak sungai buatan dibina dengan lengkungan dan bentuk yang tidak sekata untuk mencipta wajah yang tenang dan semulajadi. Lantera sering diletakkan pada sebelah badan air (baik kolam atau anak sungai) di dalam taman. Di sesetengah taman, terdapat kolam atau sungai yang kering. Kolam atau sungai yang kering mempunyai kesan yang lebih kurang sama dengan kolam atau sungai yang mempunyai air.
Ciri Dan Elemen Taman Jepun
Tumbuhan hijau merupakan satu lagi unsur taman Jepun. Tradisi Jepun lebih suka warna hijau yang lembut, tetapi pokok berbunga dan pokok renek juga digunakan. Banyak tumbuhan di dalam taman Jepun tiruan di Barat merupakan tumbuhan asli Jepun, walaupun sesetengah kompromi harus dibuat atas alasan iklim yang berbeza. Sesetengah tumbuhan memberikan berbagai-bagai warna musim kepada taman
Ciri Dan Elemen Taman Jepun

Lain lain gambar dan konsep lihat Japanese Garden
IKLAN 1

01 Disember 2011

Ciri-ciri Dan KonsepTaman Bali


Ramai yang bercakap tentang konsep dalam pembinaan landskap, tapi tidak memahami secara mendalam apakah elemen penting dalam suatu konsep. Hari ini saya mengajak anda mengetahui landskap yang berkonsep bali atau Taman Bali. Apakah ciri dan elemen dalam landskap atau Taman berkonsep bali ini?.


Taman bali merupakan taman tropika yang merujuk lokasi Bali di Indonesia sebagai icon utama. Penyusunan rekabentuk taman sebenarnya mempunyai gaya yang sama dengan taman tropika yang lain iaitu susunan yang tidak sama namun memperlihatkan kelainan berasaskan budaya bali. Elemen utama ialah pengaruh budaya Pulau Dewata yang kelihatan jelas seperti penggunaan tanaman yang berasal daripada Bali yang menjadi salah satu ciri taman ini. Contohnya pohon kemboja dan pandan bali.

Kehadiran barangan dan aksesori tradisional terutamanya patung eknik Bali juga dapat menjadi identiti tersendiri yang unik dan berbeza dari taman- taman tropikal yang lain namun ciri- ciri mistik juga dikatakan kuat terasa. Oleh itu, taman gaya Bali ini boleh menjadi trend di tanah air bahkan juga di luar negara.

Namun begitu bagi penganut Islam,elemen patung tidak harus di masukan dalam taman bali ini, kerana banyak lagi elemen yang menarik boleh di masukan.

Taman berkonsep Bali sering dilabelkan sebagai penataan hias yang penuh misteri dan seri 'lapuk' walaupun kebanyakan hiasan yang ditampilkan mengetengahkan keunikan flora dan fauna. Hakikatnya, konsep Bali bukan hanya tertakluk kepada hiasan klasik dengan motif misteri tetapi turut menampilkan elemen moden sesuai tuntutan masyarakat yang lebih mementingkan hiasan abstrak serta imej tiga dimensi (3D).

Ciri paling penting dalam laman konsep Bali adalah tumbuhan. Biasanya, tumbuhan dalam laman Bali memiliki ciri keunikan dan klasik seperti pucuk paku, kemboja, heliconia dan alocasia. Memandangkan Bali terletak di kawasan tropika, mana-mana tumbuhan tropika sesuai untuk laman ini. Elemen pergerakan air mesti ada dalam setiap laman konsep Bali. Ini kerana aliran dan titisan air melambangkan kesejahteraan dan kedamaian.

Ciri lain yang mesti ada dalam laman konsep Bali adalah arca atau patung. Sekurang-kurangnya perlu ada satu arca atau patung dalam laman konsep ini. Asalnya, arca dan patung ini melambangkan kecintaan kepada dewa-dewa dan ketuhanan kerana penduduk asal Bali mengamalkan agama Hindu dan Buddha. Namun, untuk zaman moden, patung-patung itu digantikan dengan arca berbentuk haiwan seperti gajah, harimau, ikan, pepatung dan rama-rama. Kini, ramai yang menggunakan hiasan seperti pasu, tempayan, terendak lampu dan arca corak abstrak menggantikan penggunaan patung.


Pokok Dalam Taman Bali

Tanaman yang bisa dipilih untuk memperindah taman Bali adalah tanaman gaya tropis dan biasanya berdaun lebar seperti kembang sepatu (Hibiscus rosa-sinensis), palem bali, kenanga, pisang bali, daun-daunan, Irish, Filodenron, Spatipilum, Adenium, Tricolor (mirip pohon kelapa), bamboo dan lain-lain. Untuk membuat suasana teduh, dapat dipilih kamboja cendana atau kamboja jepun (Adenium obesum). Kamboja ini adalah kamboja khas Bali dan ini wajib ada dalam tanam Bali. Tanaman lain yang dapat mendukung suasana pedesaan Bali adalah tanaman air tifa yang sekilas mirip tanaman padi.

Elemen tambahan

Elemen tambahan dalam laman konsep Bali adalah batu-batuan untuk laluan di sepanjang laman. Bagaimanapun, batu yang biasa digunakan adalah batu sungai dan batu pasir dengan warna-warna semula jadi, lapuk dan gelap. Ramai yang memilik menggunakan batu lava kerana ia begitu sinonim dengan Bali.
IKLAN 1

Panduan Binaan dan rekabentuk Landskap



Panduan Binaan dan rekabentuk Landskap, mungkin boleh membantu anda membuat sendiri landskap di rumah anda. Antara faktor yang perlu anda lakukan ialah:
  1. Pastikan konsep dan rekaan landskap yang ingin anda lakukan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnya konsep Taman Bali, Taman Tropika, Melayu, Oriental, Taman Jepun dan sebagainya. Konsep terbebut boleh anda rujuk dalam blog ini nanti
  2. Pastikan konsep landskap pilihan anda itu sepadan dan sesuai dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni.
  3. Jika anda menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan anda nampak semua tanaman anda, bahkan jika mereka mengeluarkan bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik.
  4. Jangan takut untuk memiliki landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan.
  5. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam.Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air. Yang ringkas pun sudah memadai. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang anda miliki. Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.
  6. Pastikan landskap yang anda reka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya,
  7. Pemilihan pokok pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca.
  8. Faktor penyelenggaraan landskap harus diambil kira dalam rekabentuk anda. Ini bagi kawalan kos, mudah dijaga, kos yang rendah dalam menjaga dan menganti pokok. Jenis pokok juga harus sesuai dengan kawasan, tidak terlalu besar dan sesuai dengan kawasan rumah anda.
  9. Pokok ranting besar dan banyak daun luruh harus di elak, ini kerana daun yang luruh terlalu banyak akan mencacat pemandangan dan kerja pembersihan kena laku hari hari, selain itu akar pokok akan menyebab dinding rumah atau pagar anda rosak. Kena peka pada pokok jenis ini.
IKLAN 1

Maksud Senibina Landskap

Maksud Senibina Landskap
Dalam arkitek, bidang senibina landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif.

Lanskap membabitkan elemen-elemen topografi seperti bukit bukau, lembah, sungai dan kolam atau penanaman pokok, rimbunan hijau, rumput, bunga dan sebagainya. Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni.

Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni.

Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih kecil dan terkawal.

Kerja lanskap memang sudah menjadi amalan sejak dulu. Namun pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.

Lanskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.

Landskap di bahagi kepada 2 bahagian utama:

1. Landskap lembut - yang hanya melibatkan elemen pokok-poko dan bungaan sahaja
2. Landskap keras - yang melibatkan binaan tambahan seperti struktur tiang, dinding, lantai, kekotak konkrit, binaan pondok yang digabung bersama landskap lembut, iaitu gabungan pokok dan binaan keras.


alam semulajadi ialah elemen asal kejadian Allah atas muka bumi

Beza antara seni landskap dan alam semulajadi ialah seni landskap melibatkan ubahsuai rupa bumi oleh manusia, mengikut pelan yang disediakan. Manakala alam semulajadi ialah elemen asal kejadian Allah atas muka bumi ini tanpa ada perubahan bentuk asalnya, ia juga di panggil landskap semulajadi
IKLAN 1

30 November 2011

Tugas Dan Jawatan Jurutera Awam GredJ41


Jurutera (Awam) Gred J41 , Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79

Syarat Lantikan:

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Awam) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Jurutera (Awam) Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

mempunyai kelayakan di atas; atau

lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.
IKLAN 1

21 November 2011

TIP UNTUK MEMBELI RUMAH


TIP UNTUK MEMBELI RUMAH ATAU KEDAI, Berikut ialah panduan dan tips bagaimana nak membeli hartanah seperti rumah, rumah kedai, kedai pejabat, apartment dan sebagainya.

1. Cari atau beli hartanah (bangunan /tanah) pada harga rendah

2 Pilih lokasi yang strategik, lokasi yang boleh jual semula. Jika anda beli kawasan yang anda sendiri tak mau duduk atau susah nak jual maka agak sukar anda mendapat untung yang banyak. Lokasi yang sesuai ialah berdekatan industri, dekat bandar, dekat kawasan pusat pengajian, ada kemudahan pengangkutan awam dan kemudahan infra yang lain.

3. Hartanah yang anda beli, menepati kehendak undang-undang. Seperti tanah pegangan bebas, pajakan atau rizab melayu. Pegangan bebas mudah dijual semula.

4. Boleh jual. Kalau anda beli bangunan dan sukar hendak jual, apa guna anda membeli. Bagaimana nak buat duit kalau sukar jual. Jadi kena hati-hati membeli hartanah.

5. Membeli hartanah di bandar besar atau bandar yang sedang berkembang adalah suatu pelaburan yang bijak

6. Kira pendapatan anda bulanan

7. Kira perbelanjaan anda bulanan

8. Maklumat harga belian, berapa bayaran muka dan berapa harus anda pinjam

9. Kemudian anda perlu kira berapa bayaran bulanan yang perlu anda buat

10. Tanya soalan kepada penjual, kenapa dia menjual, bila nak jual, kalau tak dapat jual pada tarikh tersebut, bagaimana. Jawapan yang anda terima akan memberi gambaran samada dia terdesak atau tidak.

11. Dapatkan maklumat hartanah seperti berikut :

  • Lokasinya sesuai atau tidak (alamat)
  • Jenis hartanah, rumah teres, apartmen, rumah kedai atau banglo
  • Luas lantai
  • Bilangan bilik air, stor dan lain-lain
  • Arah kedudukan, hadap matahari jatuh atau bertentangan
  • Umur bangunan


Maklumat geran seperti no PT, mukim, daerah, jenis hakmilik bebas atau pajakan, jenis kegunaan, berapa cukai tanah, cukai tafsiran dan CF.

Dapatkan maklumat pemaju atau penjual dari segi, Alamat, Telefon, Faks, no pemaju, harga diminta, baki pinjaman tertunggak, nama bank yang ia buat pinjaman dulu, bayaran bulanan yang ia sedang bayar, jangkamasa pemilikan, Rekod atau sejarah pemaju tersebut.

Periksa dari segi jalan masuk, keadaan rumah sebelum masuk dan anggaran pembaikan yang perlu dibuat. Untuk lebih detail anda perlu lihat keseluruhan bangunan yang hendak beli, seperti sistem paipnya, sistem najisnya, sistem elektriknya, keadaan lantai, dinding, siling, atap, bilik air dan sekitarnya. Jika terlalu banyak kerosakan anda harus memikir semula untuk membeli, kerana kos pembaikan adalah kos tambahan yang perlu anda tanggung. Carilah bangunan yang kurang bermasalah.

Lain-lain seperti bil elektrik dan air bulan lepa, jika rumah itu sudah bertuan, nak tahu bil api masih tertunggak atau tidak, nak tahu bahawa siapa pemilik asal rumah berkenaan
IKLAN 1

Kediaman atau rumah mampu milik


SPNB turut menawarkan Skim Mudah Milik yang menawarkan pembelian rumah dengan hanya membayar deposit sebanyak RM250 ketika menandatangani Perjanjian Jualbeli sebelum pinjaman diluluskan. Pakej ini terbuka kepada semua pembeli dan semua jenis rumah yang dijual oleh SPNB. Ini termasuk pembeli yang telah lama bekerja dan boleh mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 KWSP dan juga rumah-rumah jenis kos sederhana, kos sederhana rendah, kos rendah dan rumah di bawah harga RM100,000.00.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi talian 03-2057 3333 / 03-2057 3207 /03-2057 3208.

Lihat juga rumah mampu milik untuk golongan muda, dengan harga bawah RM220,000 ribu.

IKLAN 1

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) yang bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.

SPNB bertanggungjawab melaksanakan Program Rumah Mampu Milik (RMM) dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk memastikan golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman yang mampu dimiliki,

Agensi Pelaksana Program Pemulihan Projek perumahan yang telah terbengkalai, Program Kuarters Kerajaan melalui Syarikat Usahasama SPNB-LTAT Sdn. Bhd. (USL) untuk pelbagai agensi dan badan kerajaan dan Program Perumahan Khas seperti Program Perumahan Rakyat (PPR), perumahan mangsa tsunami di Malaysia dan Acheh serta penempatan semula kawasan berisiko banjir sepertimana yang telah diarahkan oleh Kementerian Kewangan.

Selain daripada tanggungjawab utama, SPNB juga amat dedikasi dalam menyediakan rumah untuk golongan yang kurang bernasib baik dan keluarga miskin di Malaysia dengan menyumbangkan sejumlah daripada keuntungan tahunan syarikat kepada kerja-kerja kebajikan seperti membaikpulih atau membina semula rumah usang dan uzur di bawah Program Perumahan Khas yang dikenali sebagai Skim Amal Jariah.

Bagi memastikan operasi SPNB berjalan lancar, kini SPNB mempunyai lima buah cawangan iaitu di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak. SPNB juga telah membuka dua pejabat jualan dan pemasaran iaitu di Kota Bahru, Kelantan dan Miri, Sarawak.

IKLAN 1

Tugas pemaju,jurutera,kontraktor dan teknikal


Peranan dan tugas pemaju projek, akitek, jurutera awam, jurutera elektrik, tugas kontraktor dan lain lain yang terlibat dalam pembangunan projek

1)Pemaju projek ialah Syarikat yang mendapat autoriti membangunkan sesuatu tapak untuk tujuan pembangunan/perumahan. Cth ; Tasik Puteri Propeties Sdn Bhd, Talam Corporation , Aima Development, Bumita, Island Penisular. Biasanya mereka adalah kontraktor kelas A, juga mempunyai lesen pemaju.

2)Arkitek ialah profesional yang ada tauliah Lembaga akitek Malaysia, yang di benar merancang, merekabentuk suatu projek binaan. Mereka mempunyai kepakaran dalam lukisan pelan binaan, lukisan pelan tender dan pelan pembangunan, susun atur bangunan di atas peta/tapak projek,

3) Jurutera awam adalah juga yang layak dan ada ijazah dari universiti. Pihak jurutera akan memastikan pembangunan susun atur bangunan, jalan, lorong belakang, longkang, dsbnya mengikut piawaian pembangunan yg tertentu. Beliau akan menyemak pelan pembangunan dan proses pembinaan/pembangunan.

4) Jurutera elektrik ialah seorang yang berkelayakan dalam bidang ini dan mendapat ijazah dalam bidang ini dari universiti. Pihak mereka akan yg memastikan pemasangan elektrik di dalam bangunan, susun atur pemasangan dsb mengikut piawaian / garis panduan.

5) Kontraktor Orang/pihak yang diberikan kuasa dalam kerja kerja pembinaan. Kontraktor di Malaysia perlu berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor PKK dengan syarat pendaftaran ditetapkan PKK. Mereka Mendapat keuntungan menerusi tender pembangunan yg dibuat.

6) Jurutera mekanikal Pihak yg memastikan aspek kejuruteraan yang melibatkan mesin, jentera, mengikut prosedur yang sepatutnya . Ia juga seorang yang layak dan mendapat ijazah dari institusi yang layak dengan bidang ini.

7) Juruukur bahan atau QS, ialah seorang yang pakar dan layak dalam hal kos dan kuantiti bahan suatu projek. mereka juga terlibat dalam pengurusan tender, kawalan kos, bayaran kontraktor dan anggaran kos projek. Mereka juga sebagai penasihat kos dan kawalan kos bagi pihak pemaju atau bagi pihak kontraktor.

8) Tugas penyelia tapak, ialah membantu dan menyelia pembinaan suatu projek
IKLAN 1

20 November 2011

Kelewatan Projek Yang Dibenarkan


Kelewatan Projek Yang Dibenarkan (Excusable Delays) Anda boleh rujuk (JKR 203A Klausa 43 Syarat-Syarat Kontrak) Sekiranya kelewatan berlaku disebabkan sesuatu perkara maka pihak kontraktor hanya berhak menuntut lanjutan masa sahaja tanpa dibenarkan membuat tuntutan pampasan.

Pihak kontraktor hanya dibenarkan untuk membuat permohonan lanjutan masa sekiranya berlaku kelewatan yang berpunca daripada perkara-perkara seperti berikut:


i. Force majeure; atau

ii. Cuaca buruk yang luarbiasa; atau

iii. Kerugian atau kerosakan yang luarbiasa yang disebabkan oleh perkara-perkara yang di luar jangkaan seperti yang disebut dalam fasal 36(a), iaitu berlakunya kebakaran, letupan, petir, ribut, banjir dan lain-lain (dengan syarat ia berlaku tidak disebabkan oleh perbuatan, kecuaian, kemungkiran atau pecah kontrak oleh kontraktor); atau

iv. Masa penerimaan yang tidak wajar terhadap arahan pelan, aras yang diperlukan atau arahan yang diperuntukan dalam kontrak oleh pihak kontraktor dari Pegawai Penguasa; atau

v. Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan di bawah fasal 5 iaitu arahan yang membawa kepada perubahan kerja-kerja yang sedang berjalan

vi. Arahan-arahan yang diberikan oleh Pegawai Penguasa yang berbangkit dari pertikaian dengan tuan punya yang berjiran

vii. Kontraktor tidak berupaya menyiapkan kerja kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal dan diramalkan olehnya pada tarikh penutupan tender seperti pembekalan bahan.

viii. Lambat pemilikan tapak

ix. Tindakan mogok yang disebabkan oleh pihak kesatuan sekerja

x. Kelewatan di pihak atau orang yang ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari kontrak

xi. Kelambatan yang disebabkan oleh sub-kontraktor tentang kerja mereka dan ia disebabkan oleh punca-punca yang telah dinyatakan didalam subfasal (i) hingga (ix) di atas

Kategori kelewatan ini sebenarnya adalah membantu kontraktor untuk meneruskan kerja walaupun berlaku kelewatan terhadap tempoh penyiapan sebenar mengikut kontrak. Tempoh lanjutan masa (EOT) yang diluluskan menyebabkan kontraktor tidak akan dikenakan denda kelewatan (LAD).

Keadaan ini sebenarnya tidak menguntungkan kontraktor kerana tiada tuntutan pampasan boleh dibuat dan akan melibatkan kos pengurusan yang bertambah mengikut bilangan tempoh lanjutan masa yang diluluskan. Walaupun mendapat kelulusan lanjutan masa, sebenarnya pihak kontraktor terpaksa mengeluarkan kos tambahan seperti kos pekerja, peralatan, sumber tenaga dan lain-lain lagi yang mana akan mempengaruhi keuntungan sebenar yang sepatutnya diperolehi.

Sumber : eprints.utm.my/5056/1/IdrisAliasKPFKA2006TTT.pdf
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE