auto iklan

03 Disember 2012

Ciri Bangunan Hijau Mesra Alam

Ciri Bangunan Hijau Mesra Alam, teknologi hijau bangunan, bangunan wisma shell mesra alam
Ciri Bangunan Hijau Mesra Alam. Ramai yang tak tahu apakah bangunan hijau atau teknologi hijau pada bangunan atau apakah bangunan mesra alam. Di Amerika mereka ada Majlis Bangunan Hijau AS yang mengawasi dan memberi sijil kelayakan kepada bangunan bangunan yang menepati ciri ciri bangunan Hijau.

Di Malaysia terdapat sebuah bangunan yang mendapat sijil bangunan hijau dari Majlis tersebut. Bangunan yang dimaksudkan ialah bangunan Shell di Putrajaya.

Pengarah Architects 61 Sdn. Bhd., Jeffrey Ling yang merekabentuk dan mengurus pembinaan Wisma Shell  berkata daripada rekaan seni bina sehingga memasuki proses pembinaan, semua yang dilakukan bersifat mesra alam. “Hakikatnya, pembinaan ini adalah satu pencapaian yang menggabungkan bukan sahaja tahap perancangan seni bina dan reka bentuk tetapi juga bantuan teknologi maklumat turut menjadi faktor kejayaan pelaksanaan bangunan hijau ini.

Ciri bangunan Hijau Wisma Shell

  1. tapak yang mampan,
  2. Penggunaan air secara cekap, 
  3. Guna tenaga dan persekitaran, 
  4. Penggunaan bahan dan sumber, 
  5. Kualiti persekitaran dalaman dan 
  6. Reka bentuk inovatif.
Wisma Shell mempunyai kolam bawah tanah dan tangki penakungan air hujan selain bumbungnya dicat dengan cat pemantul bagi mengurangkan haba. Malah, bangunan itu turut dilengkapi sensor cahaya dan pergerakan bagi mengurangkan cahaya tercemar.

“Kami juga mengaplikasi sistem pendingin hawa dari bawah lantai yang memberi kesan penyejukan lebih cekap dan berterusan. Bagi mengurangkan haba, kami menggunakan cermin dwi-lapis low E-glazing manakala penggunaan lampu T5 electronic ballast mampu menjimatkan tenaga,” terang Jeffrey.

Apa yang pasti, bangunan ini juga mempunyai sensor untuk karbon dioksida dan sensor untuk pengudaraan luar. Melalui pemasangan lapik perangkap kotoran di setiap bilik pula, ia berupaya untuk mengawal pencemaran yang masuk ke dalam dewan.


Rekabentuk menggunakan penggunaan proses penyelesaian Building Information Modelling (BIM), berdasarkan pada model yang dicipta dengan Autodesk Revit Architecture dan Autodesk Revit Structure memudahkan proses rekaan dan pembinaan

sumber kosmo

IKLAN 1

2 ulasan:

IKLAN ADSENSE