lihat video ini
28 Oktober 2013
TEKNOLOGI BINAAN JALAN KERETAPI CANGGIH
lihat video ini
24 Oktober 2013
JENIS KAYU TEMPATAN MALAYSIA
Perbezaan ciri kayu keras dan lembut ditentukan berdasarkan konvesyen biasa botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus. Begitu pun, syarat ini tidak membabitkan kayu keras pasu yang lebih mengutamakan cari tahan lama.
Kayu merbau misalnya, dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat
teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800
kg/ meter padu.
Kayu kempas pula, sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling
tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan
kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Lembaga Perindustrian Kayu
Malaysia (MTIB) dalam majalah Malaysian Timbers – For Furniture
menyatakan daripada sejumlah 3000 spesies kayu-kayan tempatan, hanya
sebilangan yang dijadikan perabot.
Berikut adalah kayu pilihan utama industri
pembuatan perabot tempatan:
NYATOH
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Spesis utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
Populasi : Ditemui di kawasan bertanah rendah, paya air tawar, paya ganbut dan kawasan pergunungan sebelah Pantai Timur.
Keterangan Am :
- kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
- ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
- bertekstur rata dan sedikit kasar.
- keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
Ketahanan : Tahan lama
Kegunaan :
Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan
bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket,
geladak/ dek bot dan venier.
SENTANG
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Azadirachta excelsa daripada keluarga Meliaceae.
Populasi : Sering ditemui di hutan tanah dan kawasan bukit.
Keterangan Am :
- kayu gubalnya bercorak lebih jelas berbanding teras kayu. Ia berwarna coklat kemerahan
- ira kayunya berpanca.
- strukturnya yang mirip lingkaran cincin menyebabkan tekstur kayu kasar dan tidak rata.
Ketahanan : Tidak tahan lama
Kegunaan : Dijadikan kayu panyambung untuk membuat rangka, perabot, kemasan, panel, pengadang dan lantai.
KEMBANG SEMANGKOK
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
Populasi : Ditemui secara berselerak di hutan tanah rendah. Paling banyak terletak di rabung gunung dan kawasan berpaya.
Keterangan Am :
- kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah.
- ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.
MELUNAK
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Pentace spp dari spesies keluarga Tiliaceae.
Populasi : Didapati berselerak di tanah rendah dan hutan bukit.
Keterangan Am :
- corak kayu gubal jelas. Teras kayu berwarna coklat bercampur merah dengan sedikit merah jambu atau coklat kemerahan.
- ira rapat dan berpanca.
- tekstur agak halus dan rata.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Sesuai untuk pembinaan ringan, kemasan, panel, perabot, lantai, pembinaan bot, perhiasan dalaman dan papan lapis.
MERBAU
Jenis : kayu keras berat.
Nama Botani : Intsia palembanica I. Bijuga dari spesies keluarga Leguminosae.
Populasi : Tersebar secara meluas terutama di kawasan bertanah rendah dan sepanjang sungai.
Keterangan Am : Corak
kayu gubal jelas serta berwarna kuning pucat. Teras kayu akan bertukar
daripada kekuningan kepada coklat jingga apabila ia berkeadaan segar,
bertukar warna lagi kepada coklat atau coklat kemerahan gelap disebabkan
perubahan cuaca. Ira berpanca, tekstur kasar dan tidak rata.
Ketahanan : Tahan lasak
Kegunaan : Gelang
pertumbyhan dan warna gelapnya menjadikan ia menarik dibuat kemasan
terutama untuk panel, lantai parket, kabinet, bingkai pintu dan tingkap
serta dijadikan pemegang alat pertukangan dan perabot kegunaan harian.
KAYU LUAR NEGARA
Sungguhpun sukar didapati di pasaran tempatan namun kayu luar
negara turut diminati. Biasanya, ia menjadi pilihan golongan kaya kerana
harganya mahal selain reka bentuknya yang hanya sesuai untuk sesetengah
kediaman.
Kebanyakannya ialah kayu keras daripada pokok berdaun lebar da mudah
luruh. Biarppun agak susah dibentuk berbanding kayu lembut, namun ia
istimewa kerana isipadu kayunya lebih berat serta mampat, lebih mahal
dan tahan lama.
Ada lebih daripada 100 jenis kayu keras namun hanya sebilangan saja yang dibuat perabot. Antara paling diminati ialah:
SENTANG
Dianggap
kayu keras paling ulung kerana berciri stabil dan sangat elok dijadikan
kemasan perabot. Berwarna coklat kemerahan mewah, keistimewaan utama
kayu ini terletak kepada ciri tahan lam namun lembut dan mudah dibentuk.
Mahogani keluaran Amerika dan Afrika Selatan didakwa paling bermutu.
Lazimnya, ia diguna untuk membuat rangka penyambungan, perabot mewah,
panel dan pintu.
JATI
Sifatnya yang tahan lama, menjadikannya ia sebagai bahan asas utama pembikinan kapal, perabot, rangka penyambungan, pane dan venier.
Malangnya, ia dikatakan sukar dibentuk, berminyak dan perlu diperkemas
menggunakan minyak khas. Banyak ditemui di burma dan Asia Tenggara. Ia
hadir dalam dua pilihan warna iaitu coklat gelap dan kemasan.
WALNUT
Bermutu
tinggi, senang dibentuk dan diperakui sebagai bahan kemasan bernilai.
Ia berguna untuk membuat perabot, panel berukir dan venier. Berat
kayunya dari ringan ke sederhana ia menampilkan warna yang pelbagai
iaitu colat kekelabuan dan coklat ungu. Ia tumbuh meluas di Utara,
Tengah dan Selatan Amerika Syarikat, Eropah dan Barat Daya Asia.
OAK
Dahulunya
menjadi asas binaan rumah kediaman dan kapal dagang Britain. Seiring
perkembangan masa, kegunaannya mula dipelbagaikan dan kini ia menjadi
pilihan utama untuk membuat perabot, rangka penyambungan panel, lantai,
pintu dan pagar. Sungguhpun, sangat tahan lasak dan ampuh namun ia berat
dan sukar dibentuk. Oak hidup subur di serata Eropah, Jepun dan Amerika
serta ditemui dalam pelbagai warna daripada kuning pucat hingga ke
kuning kemerahan.
ROSEWOOD
Antara
kayu yang berbau wangi, berwarna gelap dan meniliki ira halus, cantik
dan mewah serta semakin berseri apabila digilap. Begitu pun, ia sukar
dibentuk. Ia menjadi eksport utama Amerika Selatan dan Barat, Tengah
serta Selatan India. Rosewood paling dinimati kerana menawarkan
permukaan kayu mirip jubin. Jenis yang sering digunakan membuat perabot
ialah Mexican rosewood dan tigerwood. Berwatna coklat kekuningan, kayu ini bagaimanapun tidak begitu mendapat perhatian kerana permukaan kasar dan mudah merekah.
17 Oktober 2013
Rumah transit dan syarat permohonan
Kira-kira 6,000 pemohon dalam SPT yang dikendalikan oleh DBKL dikenal pasti layak untuk menjalani penilaian kelulusan menduduki program Rumah Transit Bukit Jalil.
Syarat untuk layak memohon ialah:
1. Warganegara Malaysia yang berkahwin, dan berusia 30 tahun ke bawah,
2. Pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan ke bawah,
3. Tidak memiliki rumah sendiri di Kuala Lumpur,
4. Tinggal dan bekerja di Lembah Klang; dan
5. Tiada rekod jenayah.
KPKT dan Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengenal pasti sebanyak 632 unit rumah yang berkeluasan 650 kaki persegi setiap unit di Blok L dan Blok M di PPR Pinggiran Bukit Jalil, untuk Program Rumah Transit. PPR Pinggiran Bukit Jalil secara keseluruhannya merangkumi 12 blok dengan kapasiti 3,780 unit rumah terletak di kawasan yang strategik, iaitu lebih kurang 15 minit dari pusat bandaraya dan hanya 5 minit dari Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Abdul Rahman berkata, Program Rumah Transit di Bukit Jalil ini akan ditambah baik penyelenggaraan dan kemudahannya berbanding PPR lain. Antara kemudahan baru diperkenalkan untuk Rumah Transit ialah system kamera litar tertutup atau CCTV, Pondok Pengawal Keselamatan, kawasan berpagar, Unit Komuniti Bomba, unit untuk penjagaan kanak-kanak, surau dan ruang serbaguna. Selain itu, unit-unit Rumah Transit juga akan dibekalkan dengan kipas, lampu, lantai jubin dan kad akses lif untuk ke unit individu.
Selain itu, beliau berkata, KPKT akan menetapkan sekurang-kurangnya 10 peratus unit di projek PPR baru diperuntukan untuk Rumah Transit, khususnya di bandar-bandar besar di negara ini. Selain PPR Pinggiran Bukit Jalil, sebanyak dua lagi lokasi baru sudah dikenal pasti untuk program Rumah Transit di negara ini, iaitu di PPR Kepayan Ridge di Kota Kinabalu, Sabah dan PPR Sentul di Kuala Lumpur.
Dato’ Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
15 Oktober 2013
JANGAN TERPEDAYA DENGAN PROJEK RUMAH MAMPU MILIK OLEH SEBUAH KOPERASI
PROJEK RUMAH MAMPU MILIK (RM96,000.00 – RM195,000.00 SEBUAH)
OLEH SEBUAH KOPERASI DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Putrajaya, 9 Oktober – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN), mengingatkan orang
awam, bakal pembeli rumah dan para kontraktor agar berhati-hati terhadap program
rumah mampu milik yang ditawarkan oleh sebuah Koperasi di Semenanjung Malaysia.
Ketua Pengarah JPN Dato’ Dr. Mohd Padzil Bin Hashim berkata, “JPN telah
menerima banyak pertanyaan daripada orang awam mengenai kesahihan skim rumah
mampu milik yang ditawarkan oleh sebuah Koperasi yang menggunapakai nama
Putrajaya. Jenis rumah yang ditawarkan adalah banglo dan rumah berkembar dengan
harga di antara Koperasi ini juga dikatakan memberi tawaran kepada para kontraktor
yang berminat mendapat kontrak kerja-kerja binaan skim perumahan tersebut dengan
syarat perlu memberi deposit yang agak tinggi kepada Koperasi tersebut”.
Siasatan JPN mendapati bahawa Koperasi berkenaan tidak mempunyai lesen
pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan seperti dikehendaki di bawah
Seksyen 5, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118)
dan Peraturan-Peraturan.
Ketua Pengarah, JPN menegaskan, “Mana-mana pemaju perumahan yang melanggar
atau gagal mematuhi Seksyen 5 di bawah Akta 118 adalah melakukan suatu
kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada dua ratus
lima puluh ribu ringgit (RM250,000.00) tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit
(RM500,000.00) dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima
tahun atau kedua-duanya,”
Koperasi ini juga telah melantik agen-agen jualan untuk urusan jual beli rumah dan
para pembeli yang berminat perlu membuat permohonan terus kepada agen-agen ini.
Kerja-kerja kontrak binaan juga diuruskan oleh agen-agen tersebut dan mengutip
deposit daripada para kontraktor yang berminat.
Ketua Pengarah JPN menyeru orang ramai agar memberi maklumat dan melaporkan
kepada Jabatan Perumahan Negara sekiranya menemui tawaran skim perumahan
yang meragukan. Bakal pembeli rumah juga boleh menyemak maklumat pemaju
dengan melayari laman web Jabatan Perumahan Negara iaitu
http://ehome.kpkt.gov.my atau menghubungi Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan
Perumahan Negara di talian: 03 – 8000 8000.
JPN menasihati orang awam dan bakal pembeli rumah agar berhati-hati terhadap
skim perumahan yang ditawarkan ole
13 Oktober 2013
KURSUS TENAGA SOLAR
KURSUS TENAGA SOLAR. Kepada Sesiapa yang berminat bolehlah menyertai Kursus ini di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara. Sebarang Pertanyaan Bolehlah berhubung dengan En Mohd Ridzuan Mahmud 013-4672035. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami 04-9242200. "MEMBINA KEMAHIRAN"
PROGRAM PERSONEL BINAAN
Kursus : Pelbagai kursus sektor pembinaan
Tempoh Kursus : 5 hari
Syarat Kelayakan :
1 - Pengalaman dalam industri 6 bulan (min.)
2 - Mempunyai kad hijau (CIDB) yang masih sah
3 - Warganegara Malaysia
4 - Berumur 18 - 55 tahun
5 - Minat dan sihat tubuh badan
** Penempatan asrama disediakan
** Elaun saku
Sebarang pertanyaan atau berminat, sila hubungi 04-9242200 samb. 281 (En. Shahryl)
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
10 Oktober 2013
REKABENTUK MESRA OKU PERLU DILAKSANAKAN BAJET 2014
contoh rekabentuk mesra oku
08 Oktober 2013
Rekabentuk bangunan, jalan di bandar perlu mesra oku
Golongan OKU seperti kami patut dibela bagi meningkat moral kami sebagai OKU, Kemudahan Ramp ke bangunan bank, masjid, pejabat kerajaan, pasaraya masih banyak yang perlu di tambah dan di tingkatkan.
AKTA ORANG KURANG UPAYA
Akta Orang Kurang Upaya diluluskan di Parlimen pada 24 Dis 2007 dan diwartakan pada 24 Jan 2008 sebelum dikuatkuasa pada 7 Julai 2008.
Menurut peguam-peguam, ramai OKU merungut bahawa Akta OKU 2008 hanya sebagai akta bercorak pentadbiran dan bukan penguatkuasaan kerana akta tersebut tidak mempunyai kuasa dan tiada tindakan penalti bagi mereka yang tidak mematuhi dan mendiskriminasi OKU.
Gambar di bawah akan menceritakan apa OKU mahu sebagai akses dalam sebuah negara demokrasi:
01 Oktober 2013
Teknologi Dalam Peyenlenggaraan Jalan Malaysia
Lihat Video
Harga Bahan Binaan Terkini
Harga bagi minyak diesel adalah harga kawalan
kerajaan yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna.
Harga besi keluli, simen dan
fabric reinforcement yang diterbitkan dalam Siaran Khas 1 ini
diperoleh dari pungutan harga yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia.
Harga yang dilaporkan mengikut 3 kawasan di Semenanjung Malaysia seperti berikut :-
Utara = Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
Tengah = Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka,
Negeri Sembilan, Selangor dan Johor
Timur = Pahang, Terengganu dan Kelantan
Tengah = Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka,
Negeri Sembilan, Selangor dan Johor
Timur = Pahang, Terengganu dan Kelantan
Harga
bitumen penembusan 80/100 adalah berdasarkan harga purata ex-Kuala
Lumpur yang dibekalkan kepada kontraktor-kontraktor oleh
pembekal-pembekal utama.
Semua harga yang tersebut
di atas adalah bagi tujuan pengiraan kadar perubahan harga sahaja dan
tidak boleh digunakan untuk mewakili kedudukan harga yang sebenar.
HARGA BAHAN BINAAN OGOS 2013
DOWNLOAD PERCUMA HARGA BAHAN TERKINI
Harga yang dilaporkan mengikut 3 kawasan di Semenanjung Malaysia seperti berikut :-
- Utara = Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
- Tengah = Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka,
- Negeri Sembilan, Selangor dan Johor
- Timur = Pahang, Terengganu dan Kelantan
Harga
bitumen penembusan 80/100 adalah berdasarkan harga purata ex-Kuala
Lumpur yang dibekalkan kepada kontraktor-kontraktor oleh
pembekal-pembekal utama.
Semua harga yang tersebut
di atas adalah bagi tujuan pengiraan kadar perubahan harga sahaja dan
tidak boleh digunakan untuk mewakili kedudukan harga yang sebenar.
Subsidi RM88,000 setiap rumah mampu milik
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) berada pada landasan terbaik mengotakan janji Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 lalu untuk membina hampir sejuta rumah mampu milik berkata, jumlah itu sebenarnya semakin meningkat bagi kawasan-kawasan strategik yang terletak di kawasan bandar dan membangun.
Seperti semua maklum, katanya, isu hartanah merupakan antara isu paling kritikal pada masa ini dengan nilai dan harga tanah serta rumah semakin melambung tinggi hingga menjejaskan golongan sasar memiliki sebuah rumah yang selesa pada harga berpatutan.
"Kerajaan menyedari masalah ini tetapi tidak pernah berpeluk tubuh, sebaliknya merangka pelbagai kaedah dan menanganinya dengan bijaksana bagi menyerap situasi ini," katanya dalam ucapan sempena majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Kepayan Ridge di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catatan (Atom)