Perbezaan ciri kayu keras dan lembut ditentukan berdasarkan konvesyen biasa botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya mencapai tahap 15 peratus. Begitu pun, syarat ini tidak membabitkan kayu keras pasu yang lebih mengutamakan cari tahan lama.
Kayu merbau misalnya, dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat
teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800
kg/ meter padu.
Kayu kempas pula, sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling
tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan
kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Lembaga Perindustrian Kayu
Malaysia (MTIB) dalam majalah Malaysian Timbers – For Furniture
menyatakan daripada sejumlah 3000 spesies kayu-kayan tempatan, hanya
sebilangan yang dijadikan perabot.
Berikut adalah kayu pilihan utama industri
pembuatan perabot tempatan:
NYATOH
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Spesis utama Sapotaceae dikenali sebagai Palaquium spp. (spesis ringan)
Populasi : Ditemui di kawasan bertanah rendah, paya air tawar, paya ganbut dan kawasan pergunungan sebelah Pantai Timur.
Keterangan Am :
- kayu gubalnya agak jelas. Warna teras kayu merah jambu pekat atau coklat kemerahan.
- ira kayu lurus manun jarak antara ira kian rapat hingga bercantum di tengah batang. Turut ditemui ira berombak.
- bertekstur rata dan sedikit kasar.
- keratan rentasnya sangat halus hingga dapat dilihat dengan mata kasar.
Ketahanan : Tahan lama
Kegunaan :
Paling elok dibuat perabot. Ia juga sering dijadikan kemasan perhiasan
bermutu tinggi dan kabinet, panel, pengadang, kumai, lantai parket,
geladak/ dek bot dan venier.
SENTANG
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Azadirachta excelsa daripada keluarga Meliaceae.
Populasi : Sering ditemui di hutan tanah dan kawasan bukit.
Keterangan Am :
- kayu gubalnya bercorak lebih jelas berbanding teras kayu. Ia berwarna coklat kemerahan
- ira kayunya berpanca.
- strukturnya yang mirip lingkaran cincin menyebabkan tekstur kayu kasar dan tidak rata.
Ketahanan : Tidak tahan lama
Kegunaan : Dijadikan kayu panyambung untuk membuat rangka, perabot, kemasan, panel, pengadang dan lantai.
KEMBANG SEMANGKOK
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Scaphium spp daripada spesis keluarga sterculiaceae.
Populasi : Ditemui secara berselerak di hutan tanah rendah. Paling banyak terletak di rabung gunung dan kawasan berpaya.
Keterangan Am :
- kayu gubal dalam pelbagai warna cerah, boleh jadi coklat kekuningan, kuning pucat atau coklat merah.
- ira kayu corak lurus dan berpanca rapat. Tekstur kasar dan tidak rata terbentuk daripada lapisan lebar parankima.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Banyak diguna dalam pembuatan papan lapis perabot dan panel.
MELUNAK
Jenis : Kayu keras ringan.
Nama Botani : Pentace spp dari spesies keluarga Tiliaceae.
Populasi : Didapati berselerak di tanah rendah dan hutan bukit.
Keterangan Am :
- corak kayu gubal jelas. Teras kayu berwarna coklat bercampur merah dengan sedikit merah jambu atau coklat kemerahan.
- ira rapat dan berpanca.
- tekstur agak halus dan rata.
Ketahanan : Agak tahan lama.
Kegunaan : Sesuai untuk pembinaan ringan, kemasan, panel, perabot, lantai, pembinaan bot, perhiasan dalaman dan papan lapis.
MERBAU
Jenis : kayu keras berat.
Nama Botani : Intsia palembanica I. Bijuga dari spesies keluarga Leguminosae.
Populasi : Tersebar secara meluas terutama di kawasan bertanah rendah dan sepanjang sungai.
Keterangan Am : Corak
kayu gubal jelas serta berwarna kuning pucat. Teras kayu akan bertukar
daripada kekuningan kepada coklat jingga apabila ia berkeadaan segar,
bertukar warna lagi kepada coklat atau coklat kemerahan gelap disebabkan
perubahan cuaca. Ira berpanca, tekstur kasar dan tidak rata.
Ketahanan : Tahan lasak
Kegunaan : Gelang
pertumbyhan dan warna gelapnya menjadikan ia menarik dibuat kemasan
terutama untuk panel, lantai parket, kabinet, bingkai pintu dan tingkap
serta dijadikan pemegang alat pertukangan dan perabot kegunaan harian.
KAYU LUAR NEGARA
Sungguhpun sukar didapati di pasaran tempatan namun kayu luar
negara turut diminati. Biasanya, ia menjadi pilihan golongan kaya kerana
harganya mahal selain reka bentuknya yang hanya sesuai untuk sesetengah
kediaman.
Kebanyakannya ialah kayu keras daripada pokok berdaun lebar da mudah
luruh. Biarppun agak susah dibentuk berbanding kayu lembut, namun ia
istimewa kerana isipadu kayunya lebih berat serta mampat, lebih mahal
dan tahan lama.
Ada lebih daripada 100 jenis kayu keras namun hanya sebilangan saja yang dibuat perabot. Antara paling diminati ialah:
SENTANG
Dianggap
kayu keras paling ulung kerana berciri stabil dan sangat elok dijadikan
kemasan perabot. Berwarna coklat kemerahan mewah, keistimewaan utama
kayu ini terletak kepada ciri tahan lam namun lembut dan mudah dibentuk.
Mahogani keluaran Amerika dan Afrika Selatan didakwa paling bermutu.
Lazimnya, ia diguna untuk membuat rangka penyambungan, perabot mewah,
panel dan pintu.
JATI
Sifatnya yang tahan lama, menjadikannya ia sebagai bahan asas utama pembikinan kapal, perabot, rangka penyambungan, pane dan venier.
Malangnya, ia dikatakan sukar dibentuk, berminyak dan perlu diperkemas
menggunakan minyak khas. Banyak ditemui di burma dan Asia Tenggara. Ia
hadir dalam dua pilihan warna iaitu coklat gelap dan kemasan.
WALNUT
Bermutu
tinggi, senang dibentuk dan diperakui sebagai bahan kemasan bernilai.
Ia berguna untuk membuat perabot, panel berukir dan venier. Berat
kayunya dari ringan ke sederhana ia menampilkan warna yang pelbagai
iaitu colat kekelabuan dan coklat ungu. Ia tumbuh meluas di Utara,
Tengah dan Selatan Amerika Syarikat, Eropah dan Barat Daya Asia.
OAK
Dahulunya
menjadi asas binaan rumah kediaman dan kapal dagang Britain. Seiring
perkembangan masa, kegunaannya mula dipelbagaikan dan kini ia menjadi
pilihan utama untuk membuat perabot, rangka penyambungan panel, lantai,
pintu dan pagar. Sungguhpun, sangat tahan lasak dan ampuh namun ia berat
dan sukar dibentuk. Oak hidup subur di serata Eropah, Jepun dan Amerika
serta ditemui dalam pelbagai warna daripada kuning pucat hingga ke
kuning kemerahan.
ROSEWOOD
Antara
kayu yang berbau wangi, berwarna gelap dan meniliki ira halus, cantik
dan mewah serta semakin berseri apabila digilap. Begitu pun, ia sukar
dibentuk. Ia menjadi eksport utama Amerika Selatan dan Barat, Tengah
serta Selatan India. Rosewood paling dinimati kerana menawarkan
permukaan kayu mirip jubin. Jenis yang sering digunakan membuat perabot
ialah Mexican rosewood dan tigerwood. Berwatna coklat kekuningan, kayu ini bagaimanapun tidak begitu mendapat perhatian kerana permukaan kasar dan mudah merekah.
ini kayu di semenanjung malaysia sahaja ..kayu di kalimantan sabah dan sarawak tiada...Kayu belian iron wood borneo , kayu Tanjan , mengeris semua ini kayu keras
BalasPadamKayu keras yang bermutu tinggi di sarawak
BalasPadam1. Kayu Belian
2. Serangan Batu
3. Mengeris
4. Tanjan
5. Tapang
dan banyak lagi....
Selangan Batu
PadamTypo error lah tu.
PadamAbd wahid
BalasPadam