auto iklan

11 Disember 2013

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa, iris koto, ibs system
Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa. Bernama melaporkan bahawa  Semua Projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu di seluruh negara pada masa depan akan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) teknologi IBS iaitu IRIS KOTO yang lebih menjimatkan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul
Rahman Dahalan berkata teknologi IBS iaitu IRIS KOTO dari Jepun itu bukan sahaja
jimat dari segi masa dan kos, malah lebih berkualiti.

Video Pembinaan IRIS KOTO

 
Beliau berkata, pembinaan seunit rumah PPR melalui teknologi IBS berharga
antara RM100,000 hingga RM120,000 berbanding tanpa IBS iaitu sekitar RM150,000
hingga RM160,000, bergantung pada lokasi. Penjimatan antara 50 ribu hingga 60 ribu bagi satu unit rumah PPR.

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

Teknologi Binaan Menjimatkan Kos dan masa

"Pembinaan rumah PPR kini menjangkau 80,000 unit. Selepas ini, kita akan
mengguna pakai kaedah ini bagi memenuhi sasaran pembinaan 200,000 unit rumah setahun, sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN)," katanya.

IBS, yang juga dikenali sebagai ''pembinaan pemasangan menyeluruh'' berikutan
komponen binaan dibuat di kilang atau di tapak projek, sebelum diangkut dan
dipasang menjadi struktur bangunan yang lebih sistematik.

Abdul Rahman berkata teknologi ini, mendatangkan banyak faedah antara
pengurangan pekerja, kurang pembaziran bahan binaan, alam sekitar dan tapak
binaan lebih bersih serta tapak pembinaan lebih teratur.

"Apabila kos dikurangkan, peruntukan kementerian dapat digunakan untuk
membina lebih banyak unit rumah untuk rakyat," katanya.
IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE