Bata kekunci IBS: Interlocking bricks system atau bata kekunci yang di perbuat dari tanah simen pasir di padat kuat adalah satu sistem untuk binaan
IBS adalah sistem pembinaan bangunan menggunakan komponen yang telah siap dihasilkan di kilang seperti dinding, tiang, lantai dan kekuda besi sebelum dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang.
Sistem ini telah diguna pakai kira-kira satu abad yang lalu di Amerika dan Eropah di kenali dengan panggilan pembinaan pasang siap.
IBS telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan blok IBS lebih jimat masa dan kos berbanding batu-bata biasa.
IBS menjadikn rumah lebih sejuk, kedap udara, tahan haba, kedap bunyi, pembinaan complete 1-2 bulan sahaja & yang paling penting dapat 40% PENJIMATAN.
Kelebihan menggunakan bata Interlocking / Bata IBS
- Meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan
- Menyeragamkan reka bentuk
- Mempercepatkan tempoh pembinaan
- Lebih keras & kuat daripada bata biasa
- Mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
- Pengurangan sehingga 30% daripada kos projek
- Mesra alam
- Lebih sejuk
penjimatan:
- buruh (kerja cepat siap)
- kurang 'wastage'
- kurang penggunaan pasir & simen
- kerja2 pemasangan 'conduit pipe' dijalankan serentak semasa menyusun batu-bata,
kelebihan :
- size bata yg lebih tebal dan panjang (jimat penggunaan bata)
- kadar kekerasan yg lebih tinggi berbanding sand brick (produk mencecah 18N/mm2)
- "classical natural country look"
- penjimatan sehingga 30%
kekurangan :
- bata yang keras (susah stakat nak paku utk gantung2 frame gambar perlu menggunakan drill)
Namun Jangan silap faham, rumah interlok sebenarnya bukan rumah murah kerana harga batanya shj berkali ganda mahal dibandingkan dgn bata biasa.
Sebab tu rumah bata interlok nampak mewah,eklusif dan mahal tapi kerana kaedah pembinaannya yg tidak banyak menggunakan kayu,besi,pasir dan simen maka kos pembinaannya boleh menyaingi kaedah pembinaan rumah konvensional
Tambahan pula tempoh masa pembinaannya yang singkat maka kos upah dapat dijimatkan lagi. Namun masalah utama adalah untuk mendapatkan tenaga kerja yang betul-betul mahir dan teliti.
kredit FB kontraktor malaysia
salam,
BalasPadamboleh saya tahu biasa berapa harga utk 1kaki persegi (include upah+bahan+untung)
terima kasih