Kontraktor kelas F, perlu berdikari dengan mengambil kerja swasta, awam dan kerja pihak individu. Kontraktor kelas F perlu ada kemahiran dalam suatu bidang untuk bersaing mendapat kerja binaan ketika ini.
Antara syarat atau kriteria yang harus mereka miliki ialah:
1. Kepakaran dalam suatu bidang, misalnya tukang rumah, paip, besi, tile, bumbung dan lain lain bidang kemahiran
2. Mereka perlu Ada tukang sendiri yang dibayar dan tukang mahir dan ada kualiti kerja, mereka perlu dijaga kebajikan seperti payment yang ikut jadual kerja
3. Ada modal pusingan yang cukup untuk , buat kerja. Sekurangnya 30% dari nilai kerja.
4. Pandai urus sendiri, dan ada PR yang baik dengan pelangan dan jaga kualiti kerja.
5. Tahu baca pelan asas dan faham konsep binaan terkini, bahan binaan baru, dan boleh beri nasihat pada pelanggan dgn yakin
Bekerja dan membina dengan jujur dan ikut spec asas binaan. Ingat Allah yang memberi rezeki, jaga kualiti dan pasti ada projek seterusnya bila projek anda siap dengan sempurna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan