LANTAI LAMINA ( LAMINATING FLOOR )
Lantai lamina merupakan pilihan lantai yang amat berkesan jika anda ingin menaikkan seri dalam rumah anda. Selain dari mudah dan cepat dipasang, harganya sangat berpatutan dengan astetik dan jangkahayatnya. Bagi common product 8mm yang dipasang untuk kegunaan kediaman biasanya pengilang memberi jaminan dari 10 – 15 tahun.
Rona kayu yang mencorak lantai lamina menyerlahkan rasa hangat dan mewah kepada ruang yang didominasinya. Ia juga menyediakan latar yang mampu menyokong serta menaikkan seri perabot serta elemen-elemen lain. Samada anda cenderung kepada gaya moden, kontemporari atau tradisional, lantai lamina sentiasa bersedia untuk mengadun dengan baik.
Terdapat banyak jenama lantai lamina di pasaran. Bagaimanapun oleh kerana ia produk hasilan teknologi, pada dasarnya jenama-jenama sebenarnya menampilkan produk-produk dengan kualiti dan spesifikasi yang setara atau standard. Apa yang penting, anda memilih produk yang berada dalam lingkungan bajet dan anda benar-benar menyukai warna, corak atau teksturnya.
Pemasangan biasanya dapat dilakukan dengan cepat dan tidak kotor. Lebih mudah jika ruang pemasangan kosong atau dikosongkan. Jika ruang pemasangan terdapat pelbagai perabot dan sebagainya, pihak kontraktor mungkin mengenakan caj bagi kerja-kerja pengalihan.
Jika lantai sedia ada adalah lantai jubin, jubin lantai tidak perlu dibuang. Pemasangan boleh dilakukan terus di atas lantai berkenaan. Bagaimanapun jika terdapat skirting jubin sedia ada, maka anda perlu membuat keputusan samada mahu mengekalkan skirting itu atau mahu menukarnya kepada skirting baru supaya ia benar-benar padan dengan lantai lamina baru anda.
Sudah tentu menukar skirting baru sesuai dengan lantai lamina yang baru akan menjadikannya lebih cantik tetapi ia akan melibatkan kos tambahan. Pihak kontraktor perlu membuang skirting sedia ada bagi membolehkan skirting baru dipasang. Jika anda mahu mengekalkan skirting lama, bahagian tepi lantai lamina hanya perlu dikemaskan dengan profil sisi yang sesuai.
Pada dasarnya masih ada kos tambahan untuk itu tetapi ia kurang sedikit berbanding menukar keseluruhan skirting. Satu lagi kebaikannya adalah, jika anda mengambil keputusan untuk kembali kepada lantai jubin anda itu, maka anda hanya perlu membuka lantai lamina dan presto, keseluruhan lantai jubin ada termasuk skirtingnya kembali seperti sedia kala.
Dari segi kos, kontraktor akan mengambilkira semua yang terlibat. Di kebanyakan iklan, mereka biasanya menyatakan hanya kos papan lamina dalam unit kaki persegi. Bagaimanapun kos itu biasanya belum termasuk kos-kos lain seperti kos pengangkutan, kos pemasangan, kos komponen-komponen lain seperti profil penyambung, profil penamat, skirting dan sebagainya.
Akhir kata, jika anda boleh menyediakan bajet, lantai lamina sememangnya suatu pilihan yang bernas untuk kediaman anda. Anda boleh mulakan dengan ruang-ruang tertentu dulu, misalnya bilik tidur utama untuk belajar merasai dan menikmatinya.
Komponen-komponen tambahan diperlukan dalam melengkapkan kemasan lantai lamina dan item-item ini mempunyai kos yang tersendiri.
Harga 1k2
Barang RM3.00 k2 hingga rm4.00 k2
Upah antara 1.00 hingga 3.00 k2
Cara pasang laminated floor
Sumber Fb kontraktor malaysia
Belum pernah tengok lagi orang buat kerja ni... masih ramai yang pakai tiles aje
BalasPadamI want to share a testimony on how Le_Meridian funding service helped me with loan of 2,000,000.00 USD to finance my marijuana farm project , I'm very grateful and i promised to share this legit funding company to anyone looking for way to expand his or her business project.the company is UK/USA funding company. Anyone seeking for finance support should contact them on lfdsloans@outlook.com Or lfdsloans@lemeridianfds.com Mr Benjamin is also on whatsapp 1-989-394-3740 to make things easy for any applicant.
BalasPadamI want to share a testimony on how Le_Meridian funding service helped me with loan of 2,000,000.00 USD to finance my marijuana farm project , I'm very grateful and i promised to share this legit funding company to anyone looking for way to expand his or her business project.the company is UK/USA funding company. Anyone seeking for finance support should contact them on lfdsloans@outlook.com Or lfdsloans@lemeridianfds.com Mr Benjamin is also on whatsapp 1-989-394-3740 to make things easy for any applicant.
BalasPadam