auto iklan

19 Jun 2013

Lampu Philip Mampu Jimat Elekrik rumah dan bangunan

Lampu Philip Mampu Jimat Elekrik rumah dan bangunan

Lampu Philip Mampu Jimat Elekrik rumah dan bangunan

Lampu Philip Mampu Jimat Elekrik rumah dan bangunan
 Lampu Philip Mampu Jimat Elekrik rumah dan bangunan, Kajian Philips menunjukkan bahawa jika setiap rumah di Malaysia menggantikan tiga lampu 60 Watt (W) dengan mentol Lampu Fluorescent Kompak 11 W, ia akan membawa kepada penjimatan tenaga hampir kepada 1.5 bilion kW per jam.

Kesan langsung daripada penjimatan seumpamanya juga akan begitu besar kerana pengguna menikmati kos lebih rendah dan pencahayaan yang lebih kualiti, alam sekitar mendapat manfaat daripada penggunaan tenaga lebih rendah dan pengeluaran tenaga lebih rendah, dan ekonomi mendapat manfaat daripada kos operasi lebih rendah, meningkatkan daya saing, dan pengekalan kerja-kerja 'hijau'

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_07.htm#ixzz2WjFp2iMs
© Utusan Melayu (M) Bhd


Jimat kerana kuasanya watt yang  rendah, Ia sekitar 8w 10w, 12w, berbanding lampu jenis lama, 40 w, 60w, 100w, cerah hampir sama
IKLAN 1

Pengalaman Bina Rumah Sendiri Berapa Kosnya

Pengalaman Bina Rumah Sendiri Berapa Kosnya, Alhamdulilah rumah saya siap 2009, pembinaan bermula Ogos 2008 dan siap Julai 2009, Keluasan lantai 30' x 40' atau 1200 k2 dan tinggi lantai ke paras rasuk atas ialah 10', ini rumah banglo sebuah di bina atas tanah sendiri.

Saya urus kerja pembinaan, saya beli barang dan bahan binaan, saya upah tukang dan pekerja. Kos upah mengikut kategori kerja,

  1. Kerja utama - konkrit footing,konkrit beam,lantai asas,tiang,dinding, rasuk atas,rangka bumbung,pasang atap,plaster dinding - 1 kepala kerja , kos RM13.00 kaki persegi
  2. Siling saya guna siling plaster RM3.50 /k2 barang dan upah
  3. Tile saya beli sendiri 1.90 k2 dan saya bayar upah sahaja RM1.50 /k2
  4. Cat saya beli dan upah budak kampung saya RM1600 untuk sebuah umah
  5. Tingkap saya guna tingkap aluminium, kos barang + upah RM26.00 k2
  6. Pintu saya beli dan bayar upah pasang.
  7. Kerja tanah saya urus sendiri
  8. Elektrik LS termasuk TNB - RM4300 barang dan upah
  9. Air, paip termasuk meter , RM3000
  10. Kabinet table top - upah sahaja 1 kaki panjang RM90.00
  11. Kabinet gantung kayu nyatoh RM150 ka panjang
  12. Pintu kabinet table top RM70 ka panjang
Kira kira kos semua RM110,000.00, kos k2 110,000 / 1200 = RM 91.66 /k2
Untung bila bina sendiri, kos kontraktor tiada, kos urusan minima, kita pilih bahan yang murah dan mampu




IKLAN 1

Harga bahan binaan sekitar Pulau Pinang 2013

Harga bahan binaan sekitar Pulau Pinang 2013,

Kerja-kerja konkrit - update 2013

  • Simen (1 bag 50 kg) - RM 17.00/kg -
  • Bata simen - RM0.23 satu
  • Bata merah - RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Pasir kasar - RM 50 satu ela
  • Pasir halus - RM 55 satu ela
  • Batu aggregate 3/4" - RM 55 satu ela
  • Besi Y 10mm (40 kaki) - RM 18 sekaki - RM2500 /ton
  • Besi Y 12mm (40 kaki) - RM 24 sekaki
  • Besi R 6mm (40 kaki) - RM 6.50 sekaki
  • Besi BRC A65 - RM 15.90 satu gulung
  • Tiang konkrit saip bancuh(4"X4"x12') - RM 3.30 sekaki
  • Tiang Roman 9' - RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Dawai bata - RM 6.80 satu gulung
  • Dawai ikat besi - RM 15 satu gulung
  • Bata bunga lubang angin - RM 2 satu
  • U drain (tanah liat) - RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork)
  • Plywood(4'X8'X12") - RM 44- 76 sekeping
  • Kayu 2"X1"X8' - RM 9.90 satu
  • Kayu 2"X1"X10' - RM 11.00 satu
  • Kayu 2"X3"X8' - RM 14.71 satu
  • Kayu 2"X3"X10' - RM 19.06 satu
  • Kayu 2"X3"X12' - RM 26.44 satu
  • Kayu 4"X4" - RM13 sekaki
  • Kayu 2"X5" - RM3.50 sekaki
  • Paku 2 " - RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
  • Main truss besi 3"X1.5"(kekuda) (20 kaki) - RM 23 sebatang
  • Purlin truss besi bumbung (20 kaki) - RM 13.50 sebatang
  • Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
  • Rabung atap (8.5 kaki) - RM 26 sekeping
  • Zink licin (lurah atap laluan air hujan) - RM 3.60 sekaki
  • Skru atap - RM 35 sekotak
  • L bracket - RM 1.50 satu
  • Papan facial board (12 kaki) - RM 22 sekeping
  • Mesin Grinder pemotong besi - RM 190
  • Gentool Cutter pemotong besi - RM 160
  • Disc cutter - RM 2 satu
Lain lain
  • Wheel barrow - RM 70 satu
  • Frame pintu besi 34"- RM 55 satu
  • Frame pintu besi 54" - RM 65 satu
  • Pintu Panel kayu 34"- RM 175 satu
  • Pintu Panel kayu 54"- RM 360 satu
  • Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
  • Tanah merah - RM 25 satu ela
  • Tangki septik - RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH )

Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
  • Beli barang - RM 80081
  • Upah pekerja - RM 44370
  • Ukur tanah - RM 350
  • Bersih tapak rumah -RM 1750
  • Sub kerja wiring - RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
  • Sub kerja siling - RM 6700 ( kira murah juga )
  • Sub kerja pasang tile lantai - RM 2500 ( harga kawan2 juga)
  • Beli mixer konkrit - RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350 - dari Ipoh ke Penang)
  • Lain-lain upah - RM 100
So kiralah berapa? Jumlah nya ialah RM 142,801
Harga kontraktor letak ? RM 190,000 jadi berapa beza jimat ? RM 47,199

Sumber : http://binarumahsendiri.blogspot.com/2011/10/bahan-binaan.html
IKLAN 1

Jadual Kadar Harga JKR 2013

Jadual Kadar Harga JKR 2013, dikeluarkan oleh pihak JKR . Ia sebagai panduan dan anggaran kasar sahaja.

Jadual Kadar Harga Kerja-kerja Kecil dan Memperbaiki dikemaskini setiap dua tahun sekali oleh Bahagian Perolehan dan Khidmat Kos, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan berdasarkan ketetapan Kementerian Kewangan.

Jadual Kadar Harga Bagi Kerja-Kerja Pukal merupakan sebahagian daripada dokumen bagi kontrak yang berasaskan lukisan dan Spesifikasi untuk digunakan sebagai asas dalam penilaian perubahan kerja. 
IKLAN 1

Harga Bahan Binaan 2013

Harga Bahan Binaan 2013, Harga di ambil dari kedai bahan binaan sekitar lembah klang.
SIMEN          RM 16
BESI R6        RM 2500/Tonne
Y10     RM 2500/ Tonne
Y12     RM 2500/Tonne
BRC   A6       RM 80/ Bidang (2.2 X 6m)
A7       RM 94
A8        RM 113
Atap Monia RM 2.30/pcs
Premier RM 1.50/pcs
Lama     RM 1.50/ Pcs
Zink Accondex RM 2.70/ Kaki G32
Tangki Air
100 Gallon    RM 100
150 Gallon     RM 140
200 Gallon    RM 175
250 Gallon    RM 200
300 Gallon   RM 235
400 Gallon    RM 330
500 Gallon   RM 420
600 Gallon   RM 500
Bata Press   RM 0.22 Pcs
Plywood
9mm          RM 37/pcs
12mm        RM 47/pcs
Septik Tank
RST 2 (6PE)   RM 780( sirim)
RST 3 (9PE)   RM 1590(sirim)

Harga mungkin naik pada bulan Jun 2013 ini.
IKLAN 1

Mahal & Murah Antara Bank Islam & Konvensional : Satu Perbandingan Yang Silap

Mahal & Murah Antara Bank Islam &
Konvensional :  Satu Perbandingan Yang Silap
( Bahagian yang dikemaskini berwarna hijau pada 4 Sept 07) 
Zaharuddin Abd Rahman
( Sebahagian dari tulisan ini adalah petikan dari buku Perbankan dan Kewangan Islam saya yang sedang dalam proses percetakan, dijangka akan terbit sekitar bulan Oktober 2007)

 
 Mahal & Murah Antara Bank Islam &  Konvensional :  Satu Perbandingan Yang Silap  

Kerap kali kita mendengar hiruk pikuk orang Islam membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank-bank islam dan kadar riba haram (interest) yang dikenakan oleh perbankan konvensional.
Ikhlas saya katakan ia adalah satu perbandingan yang amat tidak benar dan tidak wajar. Seorang lelaki berkata : 
"Saya rasa kepimpinan George Bush ada persamaan dengan Nabi Muhammad dari sudut penguasaan ahlinya"
Apa perasaan anda bila dibandingkan Nabi Muhammad s.a.w, seorang Rasul dan kekasih Allah  dengan seorang manusia jahat seperti George Bush ?. Bagi yang sensitif perbandingan itu tidak wajar sama sekali dari sudut spiritual dan fizikal. Bagaimanapun, bagi yang sudah hampir mati spiritualnya, perbandingan itu dilihat wajar dan adil.   

Tindakan membandingkan apa yang ditawarkan oleh bank Islam dan bank Konvesnional adalah ternyata silap. Iaitu dari sudut :-
 
1)  Spiritual ; kerana membandingkan perkara yang halal dan yang haram.
2) Fizikal ; kerana cuba membandingkan dua benda yang mempunyai bentuk yang berbeza. Sebagai cuba membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh bank Islam dan kadar interest yang dikenakan oleh konvensional.
 
Selain itu, kadar harga juga berbeza-beza mengikut lokasi rumah yang ingin dibeli, kemampuan pelanggan, peratusan pinjaman / pembiayaan yang dipohon (kadar bagi pinjaman 90 peratus adalah berbeza dari pinjaman 50 peratus dan 70 peratus), tempoh jangka pembiayaan dan banyak lagi. Sebarang perbandingan mestilah mengambil kira semua faktor itu sebelum ia dibuat. Perbandingan yang dibuat secara umum pasti akan menunjukkan kelemahan diri dalam ilmu perbandingan.
 
Berikut adalah beberapa fakta yang menyebabkan dakwaan pinjaman perumahan bank konvensional lebih murah dari dalam perbankan Islam adalah silap dan tidak tepat sama sekali :- 
 
Pertama: Perbandingan Kiraan Yang Silap
 
Orang ramai tidak dapat memahami cara kiraan yang betul menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah. Bayangkan, perbankan Islam hanya mengenakan 7.5 peratus (tahun ketiga sehingga 30 sebagai contoh), ini bermakna kadar ini tidak akan bergerak hinggalah 30 tahun itu. 
 
Manakala apabila dilihat kepada pinjaman perumahan oleh produk konvensional, hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah di tahun pertama, tetapi bagi tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar peratusan BLR (Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas yang tidak tetap serta ditolak dengan 0.25 peratus sebagai contoh.
BLR 1991 - 2006 
Gambar : Kadar Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) 1991 - 2006
 
Bagaimana apabila peratusan BLR melambung tinggi seperti 10 peratus seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar faedah yang perlu dibayar oleh pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam praktis bank Islam kerana di awal kontrak lagi menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam memberikan rebate (ibra') apabila pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal. Perlu dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini daripada 6 peratus sehingga 6.75 peratus. Ia juga boleh melonjak lagi mengikut keadaan ekonomi.
 
Ada pihak yang mendakwa kadar BLR sekiranya naik sekalipun ia tidak akan berpanjangan. Jika anda melihat statistik di atas, kadar BLR melebihi 8 peratus bermula tahun 1995 sehingga 1998. Ini bermakna 36 bulan anda dikehendaki membayar dengan kadar yang amat tinggi. Ia mungkin mampu ditanggung oleh orang yang berada, tetapi tidak bagi orang yang sederhana dan mempunyai gaji yang sekadar cukup makan setiap bulan.
 
Perlu diingat juga, jika dalam tempoh tersebut anda tidak boleh membayar, anda akan dikenakan penalti yang tinggi oleh Bank Konvensional dan jumlah pinjaman pokok akan bertambah menggunung. Tatkala itu kadar BLR yang telah jatuh semula tidak banyak memberikan manfaat, kerana tiga tahun kadar BLR tinggi itu telah menjadikan pembayaran anda selama ini seperti membuang duit di dalam sungai kerana ia akan menaikkan semula jumlah pinjaman pokok anda. Akan didedahkan selepas ini mengapa ia berlaku.
 
Ini bermakna, kenyataan yang menyebut perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi bagi dibayar oleh pelanggan adalah kenyataan yang tidak tepat dan tidak logik untuk diperbandingkan. Cuba lihat bagaimaan perbandingan boleh dibuat terhadap tawaran dua buah bank berikut :-
Pembiayaan Rumah (Bank Islam Malaysia Berhad [1]   ) Pinjaman Rumah ( Konvensional )
Public Bank [2]
Tahun Pertama : 2 % Tahun Pertama : BLR - 2.00% p.a. = ( 4.75 % [3])
Tahun Kedua   : 4 % Tahun Kedua : BLR - 2.00% p.a. 
Tahun Ke-3 ke 10 : 7 % Tahun Ketiga : BLR - 2.00% p.a 


Tahun seterusnya : BLR - 1.60% p.a.




 
Jika anda dapat melihat kedua-dua tawaran di atas, bagaimana mungkin anda boleh mengetahui yang mana satu lebih murah? Memang benar bank Islam menetapkan dari awal harga jualan rumahnya kepada pelanggan kerana ia adalah kewajiban dalam Syariah, kerana itu seseorang menyangka Bank Islam lebih mahal kerana menjual sebuah rumah berharga asal RM130 000 dengan harga RM260 000. Sedangkan, pemberitahuan harga begini memang diperlukan bagi sebuah transaksi Murabahah dan Al-Bai. Sebarang pembelian aset yang tidak diketahui harganya adalah diharamkan di dalam Islam seperti :-
 
"Saya jual sofa ini kepada anda dengan harga bergantung kepada BLR. Minggu pertama BLR - 4 peratus, minggu kedua BLR - 3 peratus dan lain-lain"
 
Transaksi jualan aset sebegini adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama silam dan terkini. Tahap haramnya bertambah tinggi apabila sebuah pinjaman dengan riba yang tidak diketahui pula jumlah bayaran semula yang dikenakan tatkala pinjaman dibuat. Ia adalah riba dan gharar.
 
Yang jelas dalam hal di atas, perbandingan antara harga yang diletakkan oleh Bank Islam dan bank konvensional tidak boleh dibuat lagi kerana jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar kepada bank konvensional tidak akan dapat diketahui sehingga tempoh pinjaman anda tamat.
 
Perbandingan ini menjadi salah kerana Bank konvensional bergantung sepenuhnya kepada kadar BLR yang berubah-ubah. Bagaimana anda boleh membandingkan benda yang tiada dengan yang sudah ada. ? Kecuali jika individu tersebut tidak mempunyai pengetahuan tentang kewangan. Malangnya, kebanyakan umat Islam di Malaysia kelihatan berfikiran jangka pendek, mereka hanya melihat pembayaran di hadapan mata mereka tanpa melihat jauh ke hadapan berbelas tahun lagi. Ini menyebabkan mereka sering terperangkap dalam perbandingan yang silap. [4]
 
Saya tegaskan sekali lagi, jika anda ingin mengatakan kadar interest bagi Public Bank berhad ( berdasarkan contoh di atas) adalah sama untuk tahun kedua dan ketiga iaitu 4.75 peratus, anda telah tersilap kerana ia belum dapat dipastikan lagi sehingga tahun depan barulah ia akan diketahui kadarnya.
 
Kadar tetap di Bank Konvensional ?
 
Sebahagian individu yang tidak memahami konsep kiraan ini juga cuba mendabik dada sambil mendakwa kononnya terdapat bank-bank konvensional yang dapat menawarkan kadar tetap yang jauh lebih rendah dari bank-bank Islam kononnya.
 
Ia juga sebenarnya perbandingan yang tidak sah dan tidak betul. Sebagai contoh dikatakan CIMB Konvensioanl memberikan fixed rate 5.25 peratus untuk pinjaman perumahan. Bagaimanapun jika anda membuka web CIMB Bank berhad [5], ia tercatat seperti berikut :-
 
3 years Fixed Rate
1st - 3rd year : 5.25%
Thereafter : BLR - 1.50%
5 years Fixed Rate
1st - 5th year : 5.50%
Thereafter : BLR - 1.50%
 
Bagaimana mungkin anda membandingkan antara carta kadar Bank Islam Malaysia berhad tadi dengan kadar CIMB ini . Ini kerana kadar fixed yang ditawarkan hanyalah antara 3 dan 5 tahun. Adapun, kadar yang ditawarkan oleh bank Islam mulai tahun ketiga hingga ke atas sehingga ke tahun ke-10 adalah hanya 7.0 peratus.
 
Demikian juga halnya dengan dakwaan CITIBANK menawarkan kadar tetap begitu rendah iaitu 5.70 %, jauh lebih murah dari Bank-bank Islam. Bagaimanapun, anda sekali lagi tertipu jika mengganggap ia adalah kadar tetap bagi 30 tahun. Cuba anda lihat apa yang dicatatkan di web CITIBANK berikut [6] :-
 
* Terms and conditions apply. Loan Approval is subject to credit review. 5.70% fixed rate (no BLR) is for the first 3 years. Promotion is applicable for completed residential properties and for a limited time only. Preferred insurance Partner - ING
 
Jika anda faham, sudah tentu kadar yang ditawarkan oleh bank-bank islam lebih hebat.
 
Pinjaman riba kadar tetap oleh syarikat Insuran 
Tadi individu itu sibuk ingin membandingkan dengan bank, kini mereka cuba pula membandingkan tawaran dua buah syarikat Insuran yang menawarkan pinjaman perumahan dengan kadar tetap serendah 5.99 peratus selama 30 tahun dengan bank Islam ?. Ia juga bukan perbandingan yang betul kerana :-
1) Ia adalah sebuah syarikat insuran. Perbandingan sebuah bank dengan syarikat insuran adalah tidak tepat kerana kedua-dua jenis syarikat (bank dan syarikat insuran) mempunyai perbezaaan yang terlalu banyak dalam hal operasi, kiraan risiko, 'liquidity' dan 'liability'. Ini menyebabkan perbandingan anda tersasar jauh. ia ibarat membandingkan pinjaman bank konvensional dengan pinjaman oleh rakan anda (bukan sebuah bank). Ia adalah dari dua sektor yang berbeza. Sebagaimana juga membandingkan pinjaman PTPTN yang serendah 3 peratus dengan pinjaman pendidikan dan peribadi yang ditawar oleh bank pada kadar 8 peratus.
 
Malahan membandingkan pinjaman perumahan yang ditawar oleh bank konvensional dengan pinjaman perumahan oleh syarikat insuran juga tidak tepat. Ia kelas dan sektor yang berbeza.
 
2)  Syarikat Insuran itu juga mewajibkan untuk mengambil insuran dengannya. Ini menyebabkan terdapat kos tambahan yang tidak termasuk dalam 5.99 peratus, tetapi termasuk dalam kiraan kontrak insuran pula. Majlis Fiqh Dunia telah memutuskan sebanyak 3 kali bahawa insuran konvensional adalah haram. bermakna sesiapa yng mengambil produk pinjaman perumahan dari syarikat insuran ini, terlibat dengan 'double' riba.
 
3) Syarikat itu juga mengamalkan kiraan penalti secara 'compounding' yang masih akan membawa isu yang sama, iaitu pokok pinjaman akan bertambah sekiranya terdapat kegagalan pembayaran pinjaman.
4) Syarikat Insuran dan bank-bank konvensional mengenakan 'commitment fee' iaitu yuran khas jika anda ingin menamatkan pinjaman anda dalam tempoh 5 tahun pertama. Ini menyebabkan tidak boleh menukar ke bank lain dalam tempoh tersebut kecuali membayar denda yang dinamakan 'yuran komitmen'.
 
Di bank-bank Islam, Majlis Syariah dunia tidak membenarkan yuran komitemen ini dilaksanakan. Anda bebas untuk menukar pembiayaan ke bank lain tanpa sebarang denda. Demikian pelaksanaan oleh Hong Leong Islamic bank, RHB Islamic Bank dan Asian Finance Bank, Kuwait Finance house dan beberapa yang lain.
 
Hasilnya, bank Islam masih tetap lebih hebat kerana halal dan terutamanya terdapat bank Islam yang menawarkan konsep fixed rate yang variable. Ia seperti penjelasan di bawah ini.
Kedua : Kadar Tetap Bank Islam Boleh Berubah Menjadi Murah
 
Satu fakta yang sering gagal difahami orang awam adalah terdapatnya beberapa buah bank Islam yang menawarkan kadar tetap pada 10 peratus, tetapi bayaran bulanannya anda bukannya 10 peratus, tetapi dilihat kepada Base Financing Rate (BFR) semasa, jika BFR adalah 6.0 peratus, maka pihak Bank Islam akan memberikan diskaun pada bulan tersebut sebanyak 4 peratus. Lihat gambar di bawah dan fahamkan. Bank konvensional tiada kemudahan seperti ini.
 
Jika kadar BFR meningkat melebihi 10 peratus, bank islam tetap hanya akan mengambil 10 peratus juga, berbanding bank konvensional yang akan menaikkan kadar bayaran selari dengan BLR ke tahap berapa sekalipun. Kaedah ini telah disahkan halal oleh pelbagai Majlis Syariah bank-bank Islam di Malaysia dan Timur Tengah. Ia dinamakan produk Home Financing-i variable, produk sebegini ada ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank, Maybank Islamic Banking dan beberapa bank Islam yang lain.
Fahamkan ini Sebelum Bising 
Gambar : Produk fixed dengan kemudahan variable oleh Bank Islam. EPR : Effective Profit Rate . CPR : Contracted Profit Rate  
Justeru jika kadar tetap setinggi 10 peratus dikenakan oleh bank Islam bagi tempoh 30 tahun, ia sebenarnya masih murah dan hebat berbanding bank konvensional yang menggunakan BLR yang tidak tetap sepanjang masa. Ini kerana walaupun tetap, pembayaran bulanannya sentiasa ditawarkan diskaun oleh pihak bank Islam mengikut kadar BLR semasa. Sedangkan jika BLR melepasi tahap 10 peratus, bayaran bulanan yang perlu dibayar kepada bank islam adalah terikat pada kadar 10 peratus sahaja. Ini tidak berlaku di bank konvensional. 
 
Selain itu, anda juga tidak boleh membandingkannya secara umum kerana setiap bank mempunyai kadar yang lebih pelbagai lagi bergantung kepada jumlah peratusan pinjaman. Jika anda hanya meminjam 70 peratus dari harga rumah, kadarnya berbeza dengan 90 peratus. Demikian juga di bank-bank Islam. Sebarang perbandingan mestilah sama di kedua-dua belah pihak.
 
Isu Rebate
 
Jika terdapat individu yang mendakwa rebate yang ditawarkan oleh bank islam hanya gimik, ia bererti individu itu sememangnya tidak memahami langsung operasi bank islam dan tidak mempunyai ilmu Syariah.
Di dalam Islam tidak dibenarkan menjual sesuatu barangan dengan dua harga yang berbeza, sebagai contoh :-
 
"saya jual rumah ini kepada anda dengan harga RM150 000 atau RM 200 000"
 
Jika bank Islam menjadikan rebate clause ini sebagai obligatory statement atau kewajiban ke atas pelanggan, ia akan menjadi gharar dari sudut Islam dan diharamkan. Disebabkan hal itu, rebate yang ditawarkan oleh Bank Islam tidak boleh memasukkan rebate sebagai bank's obligation (kewajiban bank), ia ditegah oleh Majlis Penasihat Syariah bank-bank seluruh dunia. Ia bukan gimik tetapi adalah bagi menepati hukum Syariah.
 
Ketiga : Caj Penalti Menindas
 
Orang ramai juga kelihatan amat tidak faham perbezaan kesan caj penalti yang dikenakan oleh bank konvensional  dan bank Islam.
 
Bank konvensional mengenakan caj penalti jika lewat membayar secara compounding atau terkumpul. Ertinya, sebagai contoh, pinjaman A kepada bank sebanyak RM10 000 dan dikenakan bunga atau interest riba sebanyak 5  peratus. Bermakna A perlu membayar sebanyak RM10 500 kepada bank itu jika anda membayar tepat pada waktunya. Bagaimanapun A tidak akan mampu pasti anda boleh membayar pada masanya secara yakin, kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
 
Katalah setelah membayar beberapa lama, baki pinjaman kini hanya RM3 000 sahaja. Tiba-tiba, A mengalami kesusahan lalu gagal membayar pada waktunya. Ketika itu bank konvensional akan mengenakan 3 peratus caj penalti iaitu RM 90 sebulan. Ia sangat mahal berbanding Bank islam yang hanya mengenakan  maksimum 1 peratus atau RM 30 sebulan.
 
Lebih dahsyat dari itu di bank konvensional jumlah pokok yang berbaki RM3 000 itu akan bertambah dicampur RM 90 sebulan bagi kelewatan bulan pertama. Tatkala itu, jumlah pokok menjadi RM3 090. Manakala jumlah pembayaran semula pula akan dikira adalah 5 peratus x (RM3 090 ) dan bukan lagi 5 peratus daripada RM3 000. Justeru ini akan menaikkan lagi hutang A, bayangkan jika anda terlewat beberapa bulan.
 
Hal seperti ini TIDAK AKAN berlaku di bank islam kerana tiada kadar compounding boleh dikenakan oleh bank islam, di mana jika terdapat kelewatan pembayaran, hanya caj 1 peratus dikenakan dan ia tidak dimasukkan di dalam jumlah pembiayaan, malah ia juga akan disalurkan terus oleh bank Islam kepada faqir miskin.
 
Ini perlu difahami oleh orang ramai sebelum tergesa-gesa memahami bank konvensional lebih murah. Faktor penalti ini boleh dianggap sebagai antara penyebab kebanyakan peniaga bukan Islam terutamanya dari kaum Tionghua suka memohon pembiayaan dari bank islam. Mereka tahu, adakalanya mereka memang terpaksa tidak membayar bayaran ansuran beberapa ketika disebabkan keperluan tunai untuk memperkembangkan bisnes dan sebab-sebab lain.
 
Malah apabila dilihat kepada kadar perbiayaan yang dikenakan oleh perbankan Islam bagi produk-produk membiayai perniagaan juga membuktikan kadar adalah setara seperti ditawarkan oleh bank konvensional malah lebih murah dalam banyak keadaan. Hal ini sukar didedahkan kerana kadar pembiayaan syarikat berubah-ubah bergantung kepada tiga hal terpenting:
 
a) Kadar mengurus minima (cost of fund) bank Islam itu.
b) Prestasi dan kekuatan organisasi yang memohon pembiayaan.
c) Potensi and risiko perniagaan yang ingin diceburi.
 
Keadaan ini menyebabkan perbandingan tepat 'apple to apple' adalah tersangat sukar.
Ulama Bank Islam Menipu Jual Agama?
 
Sebagai akhirnya, jika anda masih mengatakan bank-bank Islam 'menipu', zalim dan semua ustaz dan ulama yang megesahkan adalah menipu, menjual agamanya dan apa-apa yang lain. Ia terpulang kepada anda jika anda rasa benar-benar berilmu tentang Fiqh Muamalat dan kewangan Islam.
 
Tetapi anda perlu sedar, siapakah individu yang bertanggung jawab mengesahkan tindakan dan operasi perbankan Islam di Malaysia dan seluruh dunia sekarang ini. Mereka adalah Majlis Fiqh Antarabangsa, Majlis Fatwa Eropah, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Majlis Ulama Indonesia, Majlis Fatwa Brunei, Majlis Fatwa Saudi, para ulama timur tengah dan ramai lagi. Semua mereka tahu apa yang saya katakan di atas.
 
Jika benar-benar bank Islam di seluruh dunia tipu, sudah tentu kumpulan ulama ini akan bangkit menentang. Tapi itu tiada berlaku, malah semuanya menyokong penuh dan membantu perkembangan bank-bank Islam. 
Secara spesifik pula antara ulama pakar kewangan Islam yang bertanggung jawab menyelia operasi bank-bank Islam di Malaysia (dahulu dan sekarang) seperti :-
 
Sila buka di sini  untuk senarai ahli Majlis Syariah BNM
1) Prof. Dato' Dr Haron Din ( ex Majlis Syariah BNM & Suruhanjaya Sekuriti),
2) Prof Adjunt Dr Mohd Daud Bakar ( Pengerusi, Majlis Syariah Bank Negara Malaysia)
3) Prof. Madya Dr. Engku Rabiah ( Majlis Syariah BNM )
4) Dr Aznan Hasan ( Majlis Syariah BNM )
5) Dato' Ismail Kamus ( Ex Majlis Syariah EON Islamic banking )
6) Syeikh Nizam Ya'kubi (Ulama Bahrain, juga kelulusan ekonomi dari USA & keluaran pondok Mekah, antara guru Syeikh Yasin Fadani, Majlis Syariah CIMB Islamic Bank Malaysia)
7) Syeikh Dato Hashim Yahya ( Majlis Syariah BNM  & Ex Mufti WP)
8) Dato Harussani Zakaria ( Majlis Syariah Maybank Islamic Banking & Mufti Perak)
9) Prof. Ust Saleh Ahmad ( YDP Persatuan Ulama Malaysia, Majlis Syariah Bank Muamalat Malaysia)
10) Dato' Hasan Ahmad ( Mufti Penang, Majlis Syariah BNM)
11) Prof. Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid ( Majlis Syariah, Public Islamic Banking)
12) Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ( Majlis Syariah Asian Finance Bank Malaysia, ulama besar Syariah di dunia) 
dan ramai lagi, termasuklah Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat yang redha dengan bank Islam di Malaysia. Jika tidak, mengapa beliau mengarahkan kerajaan Kelantan menyimpan di bank Islam.
Jika anda katakan bank Islam yang ada di depan mata anda hari ini adalah menipu atas nama 'Islam', zalim serta menindas. Ini bermakna anda juga mengatakan semua nama-nama dan ulama besar yang terlibat telah membiarkan penindasan, kezaliman dan penipuan dilakukan oleh perbankan Islam kepada orang ramai. Benarkah mereka semua pendokong dan pengesah penipuan oleh bank Islam dan menjual agama mereka. Sebenarnya siapa yang menipu?. dan siapa sebenarnya yang JAHIL?  
 
Jika ada ahli parti PAS ingin mengatakan bank Islam yang ada ini adalah ala UMNO, maka Dr Haron Din (Timb Mursyidul 'Am PAS) adalah salah seorang yang mengesahkannya dan beliau merupakan ahli Syariah RHB Islamic Bank banking begitu lama sekali. Jika anda ingin mengatakan bank-bank Islam yang ada ini ala PAS, ia juga tidak benar kerana terlalu ramai ulama yang mempunyai jawatan rasmi kerajaan bersama-sama meluluskannya.
 
Sebenarnya, bank-bank Islam di dunia dan di Malaysia bukanlah agenda mana-mana politik kepartian, tetapi ia adalah agenda Islam. Malah model perbankan Islam di dunia hari ini adalah sama dalam banyak sudut. 
Mereka adalah individu utama yang bertanggung jawab di Malaysia bagi memastikan operasi bank Islam adalah menurut hukum Syariah.
 
Sebenarnya, individu yang cuba mempertikaikan bank islam ini adalah sebahagian dari gerakan pihak Islam Liberal di Malaysia, mereka sentiasa cuba menjatuhkan kredibiliti ulama di seluruh dunia dengan harapan termasuk Malaysia, perjuangan mereka adalah supaya manusia akan menjadi lebih bebas seperti beruk di hutan tanpa ikatan dari hukum itu dan ini. Malangnya kerana ketidakfahaman umat Islam, penyokong-penyokongnya lahir bukan sekadar dari orang awam, tetapi juga penyokong gerakan islam di Malaysia. Saya cukup simpati dengan mereka, di permainkan dengan begitu mudah oleh puak Islam Liberal. Padahal gerakan Islam inilah yang membantah habis-habisan penubuhan IFC dan Islam Liberal, kali ini kelihatan ahli-ahli mereka pula ghairah menyokong idea Islam Liberal sehingga menyiarkan tulisan pihak Islam Liberal ini di web popular ahli-ahli mereka dengan bangganya. 
 
Adakah anda lebih percaya permainan kata-kata seorang ejen insuran Riba (yang menyebarkan artikel kononnya bank islam menipu, ia juga adalah dari pihak gerakan Islam Liberal) dari senarai ulama di atas?
Terpulang kepada anda siapa yang ingin anda jadikan rujukan untuk urusan akhirat anda.
 
Sekian, wallahul musta'an.
Zaharuddin Abd Rahman
3 Sept 2007
21 Syaaban 1428 H
 
   

[1]  Kadar  pada 2 September 2007 ( rujuk http://www.bankislam.com.my/Baiti_Home_Financing.aspx)
[2]  Kadar pada 2 September 2007 ( rujuk http://www.publicbank.com.my/en/en_content/personal/rates/5hp2.html)
[3]  Mengikut kadar BLR hari ini 2 Sept 2007 iaitu 6.75 %
[4]  Kerana itu juga agaknya terlalu ramai umat Islam yang berifikiran begini berlumba-lumba memasuki skim cepat kaya yang tidak laku disisi bangsa lain. Begitu menyedihkan dan memalukan.
IKLAN 1

18 Jun 2013

Konsep binaan Rumah Mampu Milik SPNB

Apakah konsep binaan Rumah Mampu Milik yang dibangunkan oleh SPNB?
Rumah-rumah yang di bina oleh SPNB adalah rumah kediaman tiga bilik tidur dan dilengkapi kemudahan dua bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa dan dijual pada kadar harga serendah RM35,000 mengikut negeri.
 
2. Apakah definisi untuk rumah Kos Rendah, Sederhana Rendah dan Sederhana mengikut tafsiran SPNB?
 
Definisi untuk rumah Kos Rendah, Sederhana Rendah dan Sederhana mengikut tafsiran SPNB adalah seperti jadual dibawah:
No. Jenis-jenis Rumah Keluasan Lantai* Harga (Semenanjung)**
Harga
(Sabah & S'wak)**
1 Kos rendah 700 kps
Dari RM 35,000 Dari RM 50,000
2 Kos sederhana rendah 750 kps
Dari RM 50,000 Dari RM 70,000
3 Kos sederhana dan ke atas 800 kps
Dari RM 80,000 Dari RM 100,000
IKLAN 1

Bagaimanakah membeli Rumah Mampu Milik SPNB

Bagaimanakah membeli Rumah Mampu Milik SPNB.
  • Rumah-rumah di bawah Skim RMM adalah terbuka kepada semua kecuali bagi Rumah Kos Rendah dan bagi mana-mana pembelian rumah yang tertakluk kepada syarat-syarat Kerajaan Negeri.
  • Untuk memiliki / membeli Rumah Mampu Milik – Kos Rendah, pembeli haruslah berdaftar dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan Kos Rendah) atau datang terus ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.
  • Untuk memiliki / membeli Rumah Mampu Milik - Kos Sederhana Rendah, terdapat beberapa buah negeri yang menentukan syarat-syarat tertentu untuk memilikinya.
  • Manakala, lain-lain jenis rumah, rumah kedai atau kedai boleh dibeli terus melalui SPNB.
4. Apakah syarat-syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Mampu Milik - Kos Rendah dengan SUK?
 
Syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Mampu Milik - Kos Rendah yang dimajukan oleh SPNB adalah tertakluk kepada SUK negeri masing-masing. Sila rujuk ke SUK negeri di mana projek itu dimajukan.
 
SPNB menggunapakai kelayakan yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri dan menggariskan tiga (3) syarat penting yang harus dipenuhi oleh para pembeli Rumah Kos Rendah iaitu:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur 21 hingga 50 tahun.
  • Tidak memiliki rumah atau tidak memiliki sebarang tanah yang boleh didirikan rumah di mana- mana tempat di Malaysia.
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM2000.
IKLAN 1

12 Jun 2013

RUMAH MAMPU MILIK DI LANCARKAN

syarat kelayakan RUMAH MAMPU MILIK DI LANCARKAN. SIME Darby Property Bhd
syarat RUMAH MAMPU MILIK DI LANCARKAN. SIME Darby Property Bhd melancarkan fasa pertama rumah mampu milik di Bandar Bukit Raja di Klang, Selangor bertujuan membantu menangani masalah kekurangan rumah mampu milik di bandar-bandar utama di negara ini.

Fasa pertama itu terdiri daripada 321 unit rumah teres dua tingkat dengan kawasan binaan antara 1,310 kaki persegi dan 1,380 kaki persegi dan dijual pada harga di bawah RM400,000, iaitu lebih rendah dari harga pasaran biasa.

Sime Darby Property bercadang membina sejumlah 2,090 unit rumah mampu milik di Klang menjelang 2016.

Sime Darby Property juga bercadang untuk membina sejumlah 21,120 unit rumah mampu milik di seluruh negara menjelang akhir 2016, dengan separuh daripadanya adalah harta bertanah dan akan dibangunkan di kawasan bandar dan pinggir bandar utama.

kawasan dibangunkan klik sini
IKLAN 1

08 Jun 2013

Selamat ka Jambatan kedua pulau pinang

Selamat ka Jambatan kedua pulau pinang. tu soalan nak tanya pada kontraktor jambatan ke 2 penang ini, samada struktur tak kukuh atau kaedah binaan yang lemah. Kajian kena buat pada struktur yang sudah siap kerana melibatkan keselamatan jambatan untuk jangkamasa panjang.

Khamis lepas 6 jun 2013, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini runtuh kira-kira 6.40 petang
Ini merupakan kejadian terburuk dalam sejarah binaan jambatan negara ini,

Kewibawaan kontraktor di persoalkan !!!!

Berita utusan melapoorkan,

PULAU PINANG 6 Jun - Empat maut selepas tanjak penyambung jalan sepanjang kira-kira 50 meter di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Batu Maung di sini, runtuh dan menghempap sebuah kereta kira-kira pukul 7.15 malam ini.
Menurut jurucakap Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada tanjak atau `ramp' di bawah kerja-kerja pembinaan dalam pakej 3A yang giat dijalankan.

Kejadian itu menyebabkan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut telah ditimpa runtuhan besi dan konkrit binaan jambatan berkenaan dari ketinggian 30 meter.

Sehingga pukul 11 malam ini, belum dapat disahkan jumlah mangsa yang terperangkap dalam kejadian berkenaan. - UTUSAN ONLINE


Selamat ka Jambatan kedua pulau pinangm jambatan ke 2 penang runtuh
Selamat ka Jambatan kedua pulau pinangm jambatan ke 2 penang runtuh

Selamat ka Jambatan kedua pulau pinangm jambatan ke 2 penang runtuh
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE