Mahal & Murah Antara Bank Islam & 
 Konvensional :  Satu Perbandingan Yang Silap 
 ( Bahagian yang dikemaskini berwarna hijau pada 4 Sept 07)  
 Zaharuddin Abd Rahman
 (
 Sebahagian dari tulisan ini adalah petikan dari buku Perbankan dan 
Kewangan Islam saya yang sedang dalam proses percetakan, dijangka akan 
terbit sekitar bulan Oktober 2007)
Kerap
 kali kita mendengar hiruk pikuk orang Islam membandingkan kadar 
keuntungan yang diambil oleh bank-bank islam dan kadar riba haram (interest) yang dikenakan oleh perbankan konvensional. 
 Ikhlas saya katakan ia adalah satu perbandingan yang amat tidak benar dan tidak wajar. Seorang lelaki berkata : 
 "Saya rasa kepimpinan George Bush ada persamaan dengan Nabi Muhammad dari sudut penguasaan ahlinya"
 Apa
 perasaan anda bila dibandingkan Nabi Muhammad s.a.w, seorang Rasul dan 
kekasih Allah  dengan seorang manusia jahat seperti George Bush ?. Bagi 
yang sensitif perbandingan itu tidak wajar sama sekali dari sudut 
spiritual dan fizikal. Bagaimanapun, bagi yang sudah hampir mati 
spiritualnya, perbandingan itu dilihat wajar dan adil.   
 Tindakan membandingkan apa yang ditawarkan oleh bank Islam dan bank Konvesnional adalah ternyata silap. Iaitu dari sudut :-
1)  Spiritual ; kerana membandingkan perkara yang halal dan yang haram.
 2) Fizikal
 ; kerana cuba membandingkan dua benda yang mempunyai bentuk yang 
berbeza. Sebagai cuba membandingkan kadar keuntungan yang diambil oleh 
bank Islam dan kadar interest yang dikenakan oleh konvensional.
Selain
 itu, kadar harga juga berbeza-beza mengikut lokasi rumah yang ingin 
dibeli, kemampuan pelanggan, peratusan pinjaman / pembiayaan yang 
dipohon (kadar bagi pinjaman 90 peratus adalah berbeza dari pinjaman 50 
peratus dan 70 peratus), tempoh jangka pembiayaan dan banyak lagi. 
Sebarang perbandingan mestilah mengambil kira semua faktor itu sebelum 
ia dibuat. Perbandingan yang dibuat secara umum pasti akan menunjukkan 
kelemahan diri dalam ilmu perbandingan.
Berikut
 adalah beberapa fakta yang menyebabkan dakwaan pinjaman perumahan bank 
konvensional lebih murah dari dalam perbankan Islam adalah silap dan 
tidak tepat sama sekali :- 
 Pertama: Perbandingan Kiraan Yang Silap 
 Orang
 ramai tidak dapat memahami cara kiraan yang betul menyebabkan mereka 
membuat keputusan dan kesimpulan yang salah. Bayangkan, perbankan Islam 
hanya mengenakan 7.5 peratus (tahun ketiga sehingga 30 sebagai contoh), 
ini bermakna kadar ini tidak akan bergerak hinggalah 30 tahun itu.  
 Manakala
 apabila dilihat kepada pinjaman perumahan oleh produk konvensional, 
hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah di tahun 
pertama, tetapi bagi tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui 
oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar peratusan BLR (Base 
Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas yang tidak tetap serta ditolak 
dengan 0.25 peratus sebagai contoh. 
 Gambar : Kadar Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) 1991 - 2006
Bagaimana
 apabila peratusan BLR melambung tinggi seperti 10 peratus seperti yang 
berlaku ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar faedah yang 
perlu dibayar oleh pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku 
dalam praktis bank Islam kerana di awal kontrak lagi menetapkan harga 
jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin 
boleh turun sekiranya bank Islam memberikan rebate (ibra') 
apabila pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal. Perlu 
dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini 
daripada 6 peratus sehingga 6.75 peratus. Ia juga boleh melonjak lagi 
mengikut keadaan ekonomi. 
Ada
 pihak yang mendakwa kadar BLR sekiranya naik sekalipun ia tidak akan 
berpanjangan. Jika anda melihat statistik di atas, kadar BLR melebihi 8 
peratus bermula tahun 1995 sehingga 1998. Ini bermakna 36 bulan anda 
dikehendaki membayar dengan kadar yang amat tinggi. Ia mungkin mampu 
ditanggung oleh orang yang berada, tetapi tidak bagi orang yang 
sederhana dan mempunyai gaji yang sekadar cukup makan setiap bulan. 
Perlu
 diingat juga, jika dalam tempoh tersebut anda tidak boleh membayar, 
anda akan dikenakan penalti yang tinggi oleh Bank Konvensional dan 
jumlah pinjaman pokok akan bertambah menggunung. Tatkala itu kadar BLR 
yang telah jatuh semula tidak banyak memberikan manfaat, kerana tiga 
tahun kadar BLR tinggi itu telah menjadikan pembayaran 
anda selama ini seperti membuang duit di dalam sungai kerana ia akan 
menaikkan semula jumlah pinjaman pokok anda. Akan didedahkan selepas ini
 mengapa ia berlaku.
Ini
 bermakna, kenyataan yang menyebut perbankan Islam mengenakan kadar yang
 lebih tinggi bagi dibayar oleh pelanggan adalah kenyataan yang tidak 
tepat dan tidak logik untuk diperbandingkan. Cuba lihat bagaimaan 
perbandingan boleh dibuat terhadap tawaran dua buah bank berikut :- 
| Pembiayaan Rumah (Bank Islam Malaysia Berhad [1] ) |  Pinjaman Rumah ( Konvensional ) Public Bank [2]  | 
| Tahun Pertama : 2 % | Tahun Pertama : BLR - 2.00% p.a. = ( 4.75 % [3]) | 
| Tahun Kedua : 4 % | Tahun Kedua : BLR - 2.00% p.a. | 
| Tahun Ke-3 ke 10 : 7 % | Tahun Ketiga : BLR - 2.00% p.a | 
|   | Tahun seterusnya : BLR - 1.60% p.a. | 
|   |   | 
 Jika
 anda dapat melihat kedua-dua tawaran di atas, bagaimana mungkin anda 
boleh mengetahui yang mana satu lebih murah? Memang benar bank Islam 
menetapkan dari awal harga jualan rumahnya kepada pelanggan kerana ia 
adalah kewajiban dalam Syariah, kerana itu seseorang menyangka Bank 
Islam lebih mahal kerana menjual sebuah rumah berharga asal RM130 000 
dengan harga RM260 000. Sedangkan, pemberitahuan harga begini memang 
diperlukan bagi sebuah transaksi Murabahah dan Al-Bai. Sebarang pembelian aset yang tidak diketahui harganya adalah diharamkan di dalam Islam seperti :-
 "Saya
 jual sofa ini kepada anda dengan harga bergantung kepada BLR. Minggu 
pertama BLR - 4 peratus, minggu kedua BLR - 3 peratus dan lain-lain"
 Transaksi
 jualan aset sebegini adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama 
silam dan terkini. Tahap haramnya bertambah tinggi apabila sebuah 
pinjaman dengan riba yang tidak diketahui pula jumlah bayaran semula 
yang dikenakan tatkala pinjaman dibuat. Ia adalah riba dan gharar.
 Yang
 jelas dalam hal di atas, perbandingan antara harga yang diletakkan oleh
 Bank Islam dan bank konvensional tidak boleh dibuat lagi kerana jumlah 
keseluruhan yang perlu anda bayar kepada bank konvensional tidak akan 
dapat diketahui sehingga tempoh pinjaman anda tamat. 
 Perbandingan
 ini menjadi salah kerana Bank konvensional bergantung sepenuhnya kepada
 kadar BLR yang berubah-ubah. Bagaimana anda boleh membandingkan benda 
yang tiada dengan yang sudah ada. ? Kecuali jika individu tersebut tidak
 mempunyai pengetahuan tentang kewangan. Malangnya, kebanyakan umat 
Islam di Malaysia kelihatan berfikiran jangka pendek, mereka hanya 
melihat pembayaran di hadapan mata mereka tanpa melihat jauh ke hadapan 
berbelas tahun lagi. Ini menyebabkan mereka sering terperangkap dalam 
perbandingan yang silap. [4]
 Saya tegaskan sekali lagi, jika anda ingin mengatakan kadar interest
 bagi Public Bank berhad ( berdasarkan contoh di atas) adalah sama untuk
 tahun kedua dan ketiga iaitu 4.75 peratus, anda telah tersilap kerana 
ia belum dapat dipastikan lagi sehingga tahun depan barulah ia akan 
diketahui kadarnya. 
 Kadar tetap di Bank Konvensional ?
 Sebahagian
 individu yang tidak memahami konsep kiraan ini juga cuba mendabik dada 
sambil mendakwa kononnya terdapat bank-bank konvensional yang dapat 
menawarkan kadar tetap yang jauh lebih rendah dari bank-bank Islam 
kononnya.
 Ia
 juga sebenarnya perbandingan yang tidak sah dan tidak betul. Sebagai 
contoh dikatakan CIMB Konvensioanl memberikan fixed rate 5.25 peratus 
untuk pinjaman perumahan. Bagaimanapun jika anda membuka web CIMB Bank 
berhad [5], ia tercatat seperti berikut :-
 3 years Fixed Rate
1st - 3rd year : 5.25%
Thereafter : BLR - 1.50%
1st - 3rd year : 5.25%
Thereafter : BLR - 1.50%
 5 years Fixed Rate
1st - 5th year : 5.50%
Thereafter : BLR - 1.50%
1st - 5th year : 5.50%
Thereafter : BLR - 1.50%
 Bagaimana
 mungkin anda membandingkan antara carta kadar Bank Islam Malaysia 
berhad tadi dengan kadar CIMB ini . Ini kerana kadar fixed yang 
ditawarkan hanyalah antara 3 dan 5 tahun. Adapun, kadar yang ditawarkan 
oleh bank Islam mulai tahun ketiga hingga ke atas sehingga ke tahun 
ke-10 adalah hanya 7.0 peratus.
 Demikian
 juga halnya dengan dakwaan CITIBANK menawarkan kadar tetap begitu 
rendah iaitu 5.70 %, jauh lebih murah dari Bank-bank Islam. 
Bagaimanapun, anda sekali lagi tertipu jika mengganggap ia adalah kadar 
tetap bagi 30 tahun. Cuba anda lihat apa yang dicatatkan di web CITIBANK
 berikut [6] :-
 *
 Terms and conditions apply. Loan Approval is subject to credit review. 
5.70% fixed rate (no BLR) is for the first 3 years. Promotion is 
applicable for completed residential properties and for a limited time 
only. Preferred insurance Partner - ING
 Jika anda faham, sudah tentu kadar yang ditawarkan oleh bank-bank islam lebih hebat. 
Pinjaman riba kadar tetap oleh syarikat Insuran  
 Tadi
 individu itu sibuk ingin membandingkan dengan bank, kini mereka cuba 
pula membandingkan tawaran dua buah syarikat Insuran yang menawarkan 
pinjaman perumahan dengan kadar tetap serendah 5.99 peratus selama 30 
tahun dengan bank Islam ?. Ia juga bukan perbandingan yang betul kerana 
:- 
 1)
 Ia adalah sebuah syarikat insuran. Perbandingan sebuah bank dengan 
syarikat insuran adalah tidak tepat kerana kedua-dua jenis syarikat 
(bank dan syarikat insuran) mempunyai perbezaaan yang terlalu banyak 
dalam hal operasi, kiraan risiko, 'liquidity' dan 'liability'.
 Ini menyebabkan perbandingan anda tersasar jauh. ia ibarat 
membandingkan pinjaman bank konvensional dengan pinjaman oleh rakan anda
 (bukan sebuah bank). Ia adalah dari dua sektor yang berbeza. 
Sebagaimana juga membandingkan pinjaman PTPTN yang serendah 3 peratus 
dengan pinjaman pendidikan dan peribadi yang ditawar oleh bank pada 
kadar 8 peratus. 
Malahan
 membandingkan pinjaman perumahan yang ditawar oleh bank konvensional 
dengan pinjaman perumahan oleh syarikat insuran juga tidak tepat. Ia 
kelas dan sektor yang berbeza. 
2) 
 Syarikat Insuran itu juga mewajibkan untuk mengambil insuran dengannya.
 Ini menyebabkan terdapat kos tambahan yang tidak termasuk dalam 5.99 
peratus, tetapi termasuk dalam kiraan kontrak insuran pula. Majlis Fiqh 
Dunia telah memutuskan sebanyak 3 kali bahawa insuran konvensional 
adalah haram. bermakna sesiapa yng mengambil produk pinjaman perumahan 
dari syarikat insuran ini, terlibat dengan 'double' riba. 
3) Syarikat itu juga mengamalkan kiraan penalti secara 'compounding' yang masih akan membawa isu yang sama, iaitu pokok pinjaman akan bertambah sekiranya terdapat kegagalan pembayaran pinjaman. 
 4)
 Syarikat Insuran dan bank-bank konvensional mengenakan 'commitment fee'
 iaitu yuran khas jika anda ingin menamatkan pinjaman anda dalam tempoh 5
 tahun pertama. Ini menyebabkan tidak boleh menukar ke bank lain dalam 
tempoh tersebut kecuali membayar denda yang dinamakan 'yuran komitmen'. 
Di
 bank-bank Islam, Majlis Syariah dunia tidak membenarkan yuran komitemen
 ini dilaksanakan. Anda bebas untuk menukar pembiayaan ke bank lain 
tanpa sebarang denda. Demikian pelaksanaan oleh Hong Leong Islamic bank,
 RHB Islamic Bank dan Asian Finance Bank, Kuwait Finance house dan 
beberapa yang lain. 
Hasilnya, bank Islam masih tetap lebih hebat kerana halal dan terutamanya terdapat bank Islam yang menawarkan konsep fixed rate yang variable. Ia seperti penjelasan di bawah ini.
 Kedua : Kadar Tetap Bank Islam Boleh Berubah Menjadi Murah 
Satu
 fakta yang sering gagal difahami orang awam adalah terdapatnya beberapa
 buah bank Islam yang menawarkan kadar tetap pada 10 peratus, tetapi 
bayaran bulanannya anda bukannya 10 peratus, tetapi dilihat kepada Base Financing Rate
 (BFR) semasa, jika BFR adalah 6.0 peratus, maka pihak Bank Islam akan 
memberikan diskaun pada bulan tersebut sebanyak 4 peratus. Lihat gambar 
di bawah dan fahamkan. Bank konvensional tiada kemudahan seperti ini.
Jika
 kadar BFR meningkat melebihi 10 peratus, bank islam tetap hanya akan 
mengambil 10 peratus juga, berbanding bank konvensional yang akan 
menaikkan kadar bayaran selari dengan BLR ke tahap berapa sekalipun. 
Kaedah ini telah disahkan halal oleh pelbagai Majlis Syariah bank-bank 
Islam di Malaysia dan Timur Tengah. Ia dinamakan produk Home Financing-i variable, produk sebegini ada ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank, Maybank Islamic Banking dan beberapa bank Islam yang lain.
 Gambar : Produk fixed dengan kemudahan variable oleh Bank Islam. EPR : Effective Profit Rate . CPR : Contracted Profit Rate  
 Justeru
 jika kadar tetap setinggi 10 peratus dikenakan oleh bank Islam bagi 
tempoh 30 tahun, ia sebenarnya masih murah dan hebat berbanding bank 
konvensional yang menggunakan BLR yang tidak tetap sepanjang masa. Ini 
kerana walaupun tetap, pembayaran bulanannya sentiasa ditawarkan diskaun
 oleh pihak bank Islam mengikut kadar BLR semasa. Sedangkan jika BLR 
melepasi tahap 10 peratus, bayaran bulanan yang perlu dibayar kepada 
bank islam adalah terikat pada kadar 10 peratus sahaja. Ini tidak 
berlaku di bank konvensional.  
 Selain
 itu, anda juga tidak boleh membandingkannya secara umum kerana setiap 
bank mempunyai kadar yang lebih pelbagai lagi bergantung kepada jumlah 
peratusan pinjaman. Jika anda hanya meminjam 70 peratus dari harga 
rumah, kadarnya berbeza dengan 90 peratus. Demikian juga di bank-bank 
Islam. Sebarang perbandingan mestilah sama di kedua-dua belah pihak.
 Isu Rebate 
 Jika terdapat individu yang mendakwa rebate
 yang ditawarkan oleh bank islam hanya gimik, ia bererti individu itu 
sememangnya tidak memahami langsung operasi bank islam dan tidak 
mempunyai ilmu Syariah. 
 Di dalam Islam tidak dibenarkan menjual sesuatu barangan dengan dua harga yang berbeza, sebagai contoh :-
 "saya jual rumah ini kepada anda dengan harga RM150 000 atau RM 200 000"
 Jika bank Islam menjadikan rebate clause ini sebagai obligatory statement atau kewajiban ke atas pelanggan, ia akan menjadi gharar dari sudut Islam dan diharamkan. Disebabkan hal itu, rebate yang ditawarkan oleh Bank Islam tidak boleh memasukkan rebate sebagai bank's obligation (kewajiban
 bank), ia ditegah oleh Majlis Penasihat Syariah bank-bank seluruh 
dunia. Ia bukan gimik tetapi adalah bagi menepati hukum Syariah.
 Ketiga : Caj Penalti Menindas 
 Orang ramai juga kelihatan amat tidak faham perbezaan kesan caj penalti yang dikenakan oleh bank konvensional  dan bank Islam.
 Bank konvensional mengenakan caj penalti jika lewat membayar secara compounding atau terkumpul. Ertinya, sebagai contoh, pinjaman A kepada bank sebanyak RM10 000 dan dikenakan bunga atau interest
 riba sebanyak 5  peratus. Bermakna A perlu membayar sebanyak RM10 500 
kepada bank itu jika anda membayar tepat pada waktunya. Bagaimanapun A 
tidak akan mampu pasti anda boleh membayar pada masanya secara yakin, 
kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
 Katalah
 setelah membayar beberapa lama, baki pinjaman kini hanya RM3 000 
sahaja. Tiba-tiba, A mengalami kesusahan lalu gagal membayar pada 
waktunya. Ketika itu bank konvensional akan mengenakan 3 peratus caj 
penalti iaitu RM 90 sebulan. Ia sangat mahal berbanding Bank islam yang 
hanya mengenakan  maksimum 1 peratus atau RM 30 sebulan. 
 Lebih
 dahsyat dari itu di bank konvensional jumlah pokok yang berbaki RM3 000
 itu akan bertambah dicampur RM 90 sebulan bagi kelewatan bulan pertama.
 Tatkala itu, jumlah pokok menjadi RM3 090. Manakala jumlah pembayaran 
semula pula akan dikira adalah 5 peratus x (RM3 090 ) dan bukan lagi 5 
peratus daripada RM3 000. Justeru ini akan menaikkan lagi hutang A, 
bayangkan jika anda terlewat beberapa bulan. 
 Hal seperti ini TIDAK AKAN berlaku di bank islam kerana tiada kadar compounding
 boleh dikenakan oleh bank islam, di mana jika terdapat kelewatan 
pembayaran, hanya caj 1 peratus dikenakan dan ia tidak dimasukkan di 
dalam jumlah pembiayaan, malah ia juga akan disalurkan terus oleh bank 
Islam kepada faqir miskin.
 Ini
 perlu difahami oleh orang ramai sebelum tergesa-gesa memahami bank 
konvensional lebih murah. Faktor penalti ini boleh dianggap sebagai 
antara penyebab kebanyakan peniaga bukan Islam terutamanya dari kaum 
Tionghua suka memohon pembiayaan dari bank islam. Mereka tahu, 
adakalanya mereka memang terpaksa tidak membayar bayaran ansuran 
beberapa ketika disebabkan keperluan tunai untuk memperkembangkan bisnes
 dan sebab-sebab lain.
Malah
 apabila dilihat kepada kadar perbiayaan yang dikenakan oleh perbankan 
Islam bagi produk-produk membiayai perniagaan juga membuktikan kadar 
adalah setara seperti ditawarkan oleh bank konvensional malah lebih 
murah dalam banyak keadaan. Hal ini sukar didedahkan kerana kadar 
pembiayaan syarikat berubah-ubah bergantung kepada tiga hal terpenting: 
a) Kadar mengurus minima (cost of fund) bank Islam itu. 
b) Prestasi dan kekuatan organisasi yang memohon pembiayaan. c) Potensi and risiko perniagaan yang ingin diceburi.
Keadaan ini menyebabkan perbandingan tepat 'apple to apple' adalah tersangat sukar.
 Ulama Bank Islam Menipu Jual Agama?
Sebagai
 akhirnya, jika anda masih mengatakan bank-bank Islam 'menipu', zalim 
dan semua ustaz dan ulama yang megesahkan adalah menipu, menjual 
agamanya dan apa-apa yang lain. Ia terpulang kepada anda jika anda rasa 
benar-benar berilmu tentang Fiqh Muamalat dan kewangan Islam. 
Tetapi
 anda perlu sedar, siapakah individu yang bertanggung jawab mengesahkan 
tindakan dan operasi perbankan Islam di Malaysia dan seluruh dunia 
sekarang ini. Mereka adalah Majlis Fiqh Antarabangsa, Majlis Fatwa 
Eropah, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Majlis Ulama Indonesia, Majlis
 Fatwa Brunei, Majlis Fatwa Saudi, para ulama timur tengah dan ramai 
lagi. Semua mereka tahu apa yang saya katakan di atas.
Jika
 benar-benar bank Islam di seluruh dunia tipu, sudah tentu kumpulan 
ulama ini akan bangkit menentang. Tapi itu tiada berlaku, malah semuanya
 menyokong penuh dan membantu perkembangan bank-bank Islam. 
 Secara
 spesifik pula antara ulama pakar kewangan Islam yang bertanggung jawab 
menyelia operasi bank-bank Islam di Malaysia (dahulu dan sekarang) 
seperti :- 
 1) Prof. Dato' Dr Haron Din ( ex Majlis Syariah BNM & Suruhanjaya Sekuriti), 
 2) Prof Adjunt Dr Mohd Daud Bakar ( Pengerusi, Majlis Syariah Bank Negara Malaysia) 
 3) Prof. Madya Dr. Engku Rabiah ( Majlis Syariah BNM )
 4) Dr Aznan Hasan ( Majlis Syariah BNM )
 5) Dato' Ismail Kamus ( Ex Majlis Syariah EON Islamic banking )
 6) Syeikh Nizam Ya'kubi
 (Ulama Bahrain, juga kelulusan ekonomi dari USA & keluaran pondok 
Mekah, antara guru Syeikh Yasin Fadani, Majlis Syariah CIMB Islamic Bank
 Malaysia)
 7) Syeikh Dato Hashim Yahya ( Majlis Syariah BNM  & Ex Mufti WP)
 8) Dato Harussani Zakaria ( Majlis Syariah Maybank Islamic Banking & Mufti Perak)
 9) Prof. Ust Saleh Ahmad ( YDP Persatuan Ulama Malaysia, Majlis Syariah Bank Muamalat Malaysia)
 10) Dato' Hasan Ahmad ( Mufti Penang, Majlis Syariah BNM)
 11) Prof. Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid ( Majlis Syariah, Public Islamic Banking)
 12) Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ( Majlis Syariah Asian Finance Bank Malaysia, ulama besar Syariah di dunia)  
 dan ramai lagi, termasuklah Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat yang redha dengan bank Islam di Malaysia. Jika tidak, mengapa beliau mengarahkan kerajaan Kelantan menyimpan di bank Islam.
 Jika
 anda katakan bank Islam yang ada di depan mata anda hari ini adalah 
menipu atas nama 'Islam', zalim serta menindas. Ini bermakna anda juga 
mengatakan semua nama-nama dan ulama besar yang terlibat telah 
membiarkan penindasan, kezaliman dan penipuan dilakukan oleh perbankan 
Islam kepada orang ramai. Benarkah mereka semua pendokong dan pengesah 
penipuan oleh bank Islam dan menjual agama mereka. Sebenarnya siapa yang
 menipu?. dan siapa sebenarnya yang JAHIL?  
Jika
 ada ahli parti PAS ingin mengatakan bank Islam yang ada ini adalah ala 
UMNO, maka Dr Haron Din (Timb Mursyidul 'Am PAS) adalah salah seorang 
yang mengesahkannya dan beliau merupakan ahli Syariah RHB Islamic Bank 
banking begitu lama sekali. Jika anda ingin mengatakan bank-bank Islam 
yang ada ini ala PAS, ia juga tidak benar kerana terlalu ramai ulama 
yang mempunyai jawatan rasmi kerajaan bersama-sama meluluskannya.
Sebenarnya,
 bank-bank Islam di dunia dan di Malaysia bukanlah agenda mana-mana 
politik kepartian, tetapi ia adalah agenda Islam. Malah model perbankan 
Islam di dunia hari ini adalah sama dalam banyak sudut. 
 Mereka
 adalah individu utama yang bertanggung jawab di Malaysia bagi 
memastikan operasi bank Islam adalah menurut hukum Syariah. 
Sebenarnya,
 individu yang cuba mempertikaikan bank islam ini adalah sebahagian dari
 gerakan pihak Islam Liberal di Malaysia, mereka sentiasa cuba 
menjatuhkan kredibiliti ulama di seluruh dunia dengan harapan termasuk 
Malaysia, perjuangan mereka adalah supaya manusia akan menjadi lebih 
bebas seperti beruk di hutan tanpa ikatan dari hukum itu dan ini. 
Malangnya kerana ketidakfahaman umat Islam, penyokong-penyokongnya lahir
 bukan sekadar dari orang awam, tetapi juga penyokong gerakan islam di 
Malaysia. Saya cukup simpati dengan mereka, di permainkan dengan begitu 
mudah oleh puak Islam Liberal. Padahal gerakan Islam inilah yang 
membantah habis-habisan penubuhan IFC dan Islam Liberal, kali ini 
kelihatan ahli-ahli mereka pula ghairah menyokong idea Islam Liberal 
sehingga menyiarkan tulisan pihak Islam Liberal ini di web popular 
ahli-ahli mereka dengan bangganya. 
Adakah
 anda lebih percaya permainan kata-kata seorang ejen insuran Riba (yang 
menyebarkan artikel kononnya bank islam menipu, ia juga adalah dari 
pihak gerakan Islam Liberal) dari senarai ulama di atas?
 Terpulang kepada anda siapa yang ingin anda jadikan rujukan untuk urusan akhirat anda.
 Sekian, wallahul musta'an.
Zaharuddin Abd Rahman
 3 Sept 2007
 21 Syaaban 1428 H
 [1]  Kadar  pada 2 September 2007 ( rujuk http://www.bankislam.com.my/Baiti_Home_Financing.aspx)
 [2]  Kadar pada 2 September 2007 ( rujuk http://www.publicbank.com.my/en/en_content/personal/rates/5hp2.html)
 [3]  Mengikut kadar BLR hari ini 2 Sept 2007 iaitu 6.75 % 
 [4] 
 Kerana itu juga agaknya terlalu ramai umat Islam yang berifikiran 
begini berlumba-lumba memasuki skim cepat kaya yang tidak laku disisi 
bangsa lain. Begitu menyedihkan dan memalukan.
 [5]   http://www.cimbbank.com.my/index.php?ch=bank_ch_tools&pg=bank_pg_rates_s&ac=351&tpt=cimb_bank, dilawati pada 2 September  2007
 [6] Rujuk https://www.citibank.com.my/APPS/portal/genericLoadPage.do?tabNo=4&htmlPageName=/promo/det/loan_flexihome.htm , dibuka pada 2 Sept 2007 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan