auto iklan

27 Julai 2017

Syarat baru RUMAH MESRA RAKYAT 2017

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT MALAYSIA

Warganegara Malaysia.
Berumur 18 hingga 65 tahun*.
Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.

Bayaran RM270.00 sebulan untuk 20 tahun

Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.

Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.

Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.

Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.

* Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi Kawasan Pulau

* Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan Kawasan Pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu)

BORANG BOLEH DAPAT DI PEJABAT WAKIL RAKYAT ANDA, BAWA IC BERSAMA

GERAN TANAH IBUBAPA ANDA PUN BOLEH, Dengan syarat dapat kebenaran mereka,

Saya dah mohon tapi belum lulus lagi, antara syarat tambahan yang spnb minta ialah


1. Surat carian geran tanah, saya pergi ke pejabat tanah, bayar rm50 dan cakap nak buat carian geran. Bawa geran tersebut, mereka akan print butir terkini geran tersebut.


2. Syarat lain ada dalam borang permohonan


3. Minta wakil rakyat sahkan dokumen yang di minta


4. Gambar tapak yang di tambun


5. Gambar jalan masuk ke tapak rumah yang di pohon

Jalan masuk dari jalan utama
IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE