auto iklan

15 Ogos 2017

CIRI REKABENTUK TOILET BERKUALITI DAN BERSIH

Kebersihan toilet suatu yang perlu di beri perhatian, selain soal displin, sikap pengguna yang menggunakan toilet, rekabentuk dan bahan binaan yang digunakan perlu diambil kira dalam memastikan kualiti toilet berkenaan.
Masalah yang timbul biasanya berkaitan dengan kebocoran, bau, lokasi dan juga ergonomik.
Kebersihan dan kebersihan toilet ada kaitan dengan standard kehidupan kita, seterusnya berhubung kait dengan kekuatan iman kita.
Rekabentuk Toilet yang baik
1. Ada sistem pengudaraan yang baik, supaya toilet cepat kering dan bau mudah keluar.
2. Pengaliran air yang sempurna dan tidak bertakung
3. Pencahayaan sempurna
4. Sistem pencucian yang cekap
5. Warna ruang yang cerah supaya toilet nampak luas dan selesa
6. Lapisan kalis air atau waterproff  bagi lantai dan tepi dinding perlu di pasang agar tidak bocor dan menyebab berlaku kerosakan pada bahagian lain.
Bahan binaan berkualiti


1. Sinki
Jenis bahan Sinki yang baik ialah sinki yang berciri tahan lama, tahan hentakan, tahan karat dan kalis calar. Pelbagai jenis material sinki boleh didapati dalam pasaran. Sinki daripada bahan granit membuatkannya sentiasa dilihat baru. Sinki daripada keluli pula boleh jadi tahan karat namun mudah calar sekiranya tidak kerap digilap. Sinki marmar akan kelihatan moden dan cantik namun warnanya akan pudar. Tentu saja semakin baik kualiti sinki, harganya semakin mahal.
2. Tiles lantai dan dinding
Jenis yang tahan hentakan, calar, mudah dicuci, tile lantai bukan jenis licin.
3. Pemilihan sistem paip yang berkualiti, tahan lama, serta berfungsi dengan sempurna. Paip jenis ABS sesuai kerana lebih kualiti.
4. Tandas dari jenis berkualiti dan tahan lasak
Ini kerana tandas tempat kotor. Penggunaan peralatan murah dan tidak berkualiti, untuk tandas masjid , tandas awam serta R & R adalah sebab utama peralatan cepat rosak. Jika tandas mendapat kunjungan yang tinggi, peralatan perlulah canggih ‘Heavy duty’, supaya tahan lama.
Pihak pengurusan bilik air serta tandas awam seperti PBT, PASARAYA, MASJID, R & R, STESEN BAS, dan lokasi awam lain perlu meneliti aspek pelan rekabentuk, jenis alatan dalam bilik air, bahan binaan, dalam membina bilik air atau toilet yang selesa, kemas dan bersih.
Perlu di urus secara teratur penyelenggaraan bilik air agar mengekalkan kebersihan yang baik .
IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Komen

IKLAN ADSENSE