Banyak manafaat ekonomi akan di capai dari projek ECRL ini. Jaringan perkhidmatan tren baharu itu bakal merentasi Banjaran Titiwangsa bernilai RM55 bilion membabitkan laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu juga mampu menjadi kemudahan terkini untuk dinikmati di samping memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.
Ia membabitkan laluan beberapa bandar seperti Gombak, Mentakab,Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat.
Projek ini merupakan sebahagian daripada pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi memacu pembangunan yang setara antara Pantai Barat dan Pantai Timur Malaysia.
PM Najib berkata, projek itu merupakan salah satu agenda kerajaan dalam Dasar Transformasi negara untuk membangunkan pengangkutan awam darat yang moden.
Menurutnya, ECRL membuka lembaran baharu kepada negeri di Pantai Timur yang terlibat dalam projek ini.
"Projek ini adalah kemudahan untuk rakyat menikmati infrastruktur canggih yang dijalankan.
"Selain itu, ECRL mampu membantu mengurangkan kos perjalanan dan pengangkutan kargo ke Pantai Timur yang dianggarkan mempunyai populasi seramai 4.4 juta penduduk,"katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah ECRL di KotaSas, hari ini. 9 Ogos 2017
Hadir sama, Kaunselor Republik Rakyat China, Wang Yong, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
ECRL adalah kerjasama Malaysia Rail Link Sdn Bhd dengan China Communications Contruction Company Ltd.
ECRL bakal memberi impak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM50.1 bilion dan merangsang pertumbuhan antara satu hingga 1.5 peratus setiap tahun kepada KDNK Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Pembangunan jaringan pengangkutan awam darat ini juga dijangka menjadi kunci kepada pembangunan sekurang-kurangnya enam bandar seperti Bentong, Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu yang merangkumi pelbagai sektor.
semoga ia memberi manfaat pada semua.
BalasPadam