auto iklan

24 Jun 2018

ECRL BANYAK MANAFAAT UNTUK RAKYAT

ECRL BANYAK MANAFAAT UNTUK RAKYAT, Laluan keretapi pantai timur memberi banyak manafaat pada penduduk dan negeri pantai timur. Untuk jangka panjang, projek ini mengurangkan kos pengangkutan barang , serta mempercepatkan pergerakan penumpang antara pantai barat dan timur.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata projek yang membabitkan kos berjumlah RM55 bilion itu wajar dinilai daya majunya dalam tempoh 30 tahun akan datang memandangkan perancangannya adalah bersifat jangka panjang.

 kawasan pantai timur ketika ini sedang membangun, dan secara tidak langsung akan menyumbang kepada pendapatan MRL kerana penduduknya sudah pasti akan menggunakan perkhidmatan ECRL.

"MRL juga akan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna akhir seperti Pelabuhan Kemaman, antaranya. Kami akan menyediakan perkhidmatan (logistik) dari pintu ke pintu bagi mengelakkan pengendalian bertindih.

"Sebagai contoh, kami tidak mahu berdepan situasi apabila kapal berlabuh, mereka terpaksa mengangkut barangan ke tren. Apabila turun di Pelabuhan Klang, bertambah satu lagi kerja. Itulah yang dimaksudkan dengan pengendalian bertindih.

"Jika boleh, mereka hanya perlu menghantar masuk dan memindahkan barangan terus ke kawasan ditetapkan dan kemudiannya terus ke sistem pelepasan kastam. Ia boleh dibuat serentak dan tersusun," katanya.

Beliau berkata, pembinaan infrastruktur seperti ECRL akan menarik minat lebih ramai pelabur ke negara ini dan seterusnya membolehkan lebih banyak kawasan perindustrian dibina di sekelilingnya.

Selain itu, katanya ia juga membabitkan pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang akan membantu MRL meraih pendapatan lebih tinggi pada masa akan datang.

Dengan kaedah itu, beliau yakin MRL akan mendapat semula pulangan dalam tempoh kurang 20 tahun walaupun dalam tempoh itu, kerajaan dijangka membantu dari segi bayaran balik pinjaman bagi 10 tahun pertama.

"Bagi mengurangkan beban kerajaan, kami akan menggunakan semua sumber pendapatan. Justeru menjelang 2032, kami menyasarkan untuk mencatatkan pulangan modal secara operasi.

IKLAN 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

IKLAN ADSENSE