auto iklan

Memaparkan catatan dengan label ecrl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ecrl. Papar semua catatan

24 Jun 2018

ECRL BANYAK MANAFAAT UNTUK RAKYAT

ECRL BANYAK MANAFAAT UNTUK RAKYAT, Laluan keretapi pantai timur memberi banyak manafaat pada penduduk dan negeri pantai timur. Untuk jangka panjang, projek ini mengurangkan kos pengangkutan barang , serta mempercepatkan pergerakan penumpang antara pantai barat dan timur.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata projek yang membabitkan kos berjumlah RM55 bilion itu wajar dinilai daya majunya dalam tempoh 30 tahun akan datang memandangkan perancangannya adalah bersifat jangka panjang.

 kawasan pantai timur ketika ini sedang membangun, dan secara tidak langsung akan menyumbang kepada pendapatan MRL kerana penduduknya sudah pasti akan menggunakan perkhidmatan ECRL.

"MRL juga akan menyediakan perkhidmatan kepada pengguna akhir seperti Pelabuhan Kemaman, antaranya. Kami akan menyediakan perkhidmatan (logistik) dari pintu ke pintu bagi mengelakkan pengendalian bertindih.

"Sebagai contoh, kami tidak mahu berdepan situasi apabila kapal berlabuh, mereka terpaksa mengangkut barangan ke tren. Apabila turun di Pelabuhan Klang, bertambah satu lagi kerja. Itulah yang dimaksudkan dengan pengendalian bertindih.

"Jika boleh, mereka hanya perlu menghantar masuk dan memindahkan barangan terus ke kawasan ditetapkan dan kemudiannya terus ke sistem pelepasan kastam. Ia boleh dibuat serentak dan tersusun," katanya.

Beliau berkata, pembinaan infrastruktur seperti ECRL akan menarik minat lebih ramai pelabur ke negara ini dan seterusnya membolehkan lebih banyak kawasan perindustrian dibina di sekelilingnya.

Selain itu, katanya ia juga membabitkan pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang akan membantu MRL meraih pendapatan lebih tinggi pada masa akan datang.

Dengan kaedah itu, beliau yakin MRL akan mendapat semula pulangan dalam tempoh kurang 20 tahun walaupun dalam tempoh itu, kerajaan dijangka membantu dari segi bayaran balik pinjaman bagi 10 tahun pertama.

"Bagi mengurangkan beban kerajaan, kami akan menggunakan semua sumber pendapatan. Justeru menjelang 2032, kami menyasarkan untuk mencatatkan pulangan modal secara operasi.

IKLAN 1

09 Ogos 2017

MANAFAAT PROJEK ECRL Keretapi Pantai Timur

Banyak manafaat ekonomi akan di capai dari projek ECRL ini. Jaringan perkhidmatan tren baharu itu bakal merentasi Banjaran Titiwangsa bernilai RM55 bilion membabitkan laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu juga mampu menjadi kemudahan terkini untuk dinikmati  di samping memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Ia membabitkan laluan beberapa bandar seperti Gombak, Mentakab,Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat.

Projek ini merupakan sebahagian daripada pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi memacu pembangunan yang setara antara Pantai Barat dan Pantai Timur Malaysia.

PM Najib berkata, projek itu merupakan salah satu agenda kerajaan dalam Dasar Transformasi negara untuk membangunkan pengangkutan awam darat yang moden.

Menurutnya, ECRL membuka lembaran baharu kepada negeri di Pantai Timur yang terlibat dalam projek ini.

"Projek ini adalah kemudahan untuk rakyat menikmati infrastruktur canggih yang dijalankan.

"Selain itu, ECRL  mampu membantu  mengurangkan kos perjalanan dan pengangkutan kargo ke Pantai Timur yang dianggarkan mempunyai populasi seramai 4.4 juta penduduk,"katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah ECRL di KotaSas, hari ini. 9 Ogos 2017

Hadir sama, Kaunselor Republik Rakyat China, Wang Yong, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Dr Mohd  Irwan Serigar Abdullah dan Menteri  Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

ECRL adalah kerjasama Malaysia Rail Link Sdn Bhd dengan China Communications Contruction Company Ltd.

ECRL bakal memberi impak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM50.1 bilion dan merangsang pertumbuhan antara satu hingga 1.5 peratus setiap tahun kepada KDNK Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pembangunan jaringan pengangkutan awam darat ini juga dijangka menjadi kunci kepada pembangunan sekurang-kurangnya enam bandar seperti Bentong, Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu yang merangkumi pelbagai sektor.

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE