Industri Pembinaan ertinya industri berkenaan dengan kerja-kerja pembinaan;
Kerja-kerja Pembinaan ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan
a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;
b) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan dan talian kabel, terusan atau padang terbang;
c) apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai;
d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau
e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip, pembetung, akueduk, pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan, dan termasuklah apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuklah pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, meletakkan batu asas, pemulihan dan melanskap tapak;
Kontraktor ertinya seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan;
Kontraktor tempatan bermaksud syarikat yang diperbadankan di Malaysia serta mempunyai pegangan ekuiti tempatan sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus (70 %). Ekuiti asing dari kalangan rakyat dari negara-negara ASEAN adalah dibenarkan tetapi tidak melebihi lima puluh satu peratus (51 %) dari jumlah modal berbayar atau modal terkumpul.
Kontraktor Asing bermaksud syarikat yang diperbadankan di Malaysia atau di luar negara serta mempunyai pegangan ekuiti rakyat asing sebanyak tiga puluh satu peratus (31 %) dan ke atas.
Kakitangan yang digajikan adalah pekerja yang diambil bekerja oleh sesebuah syarikat serta dibuktikan dengan salinan Penyata Caruman / Jadual Caruman KWSP (Borang A) /Jadual Caruman SOCSO terkini dengan salinan resit bayaran caruman berkenaan.
Ijazah/diploma yang diiktiraf adalah ijazah/diploma samada dalam atau luar negara serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau Lembaga Akreditasi Negara.
Pegawai pengurusan utama (PPU) samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah atau pengarah.
Personel teknikal boleh terdiri dari mana-mana individu samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah atau kakitangan yang digajikan sepenuh masa dan dibayar caruman KWSP.
Kontraktor Usahasama adalah Syarikat usahasama yang tidak diperbadankan di Malaysia yang telah dianugerahkan sesuatu projek pembinaan. Satu atau kesemua daripada syarikat usahasama tersebut telah berdaftar secara individu dengan CIDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan