auto iklan

Memaparkan catatan dengan label Industri Binaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Industri Binaan. Papar semua catatan

28 Julai 2012

Projek MRT

Projek MRT. Apakah Projek MRT. MRT merupakan sebuah sistem pengangkutan rel baharu untuk Lembah Klang. Projek ini merupakan sebahagian daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk Kuala Lumpur/Lembah Klang dan kawasan sekitarnya, di bawah Program Transformasi Ekonomi Malaysia. Laluan Sungai Buloh –Kajang (SBK) adalah sepanjang 51km, bermula dari Sg Buloh di barat daya Kuala Lumpur hinggalah ke Kajang di tenggara Lembah Klang.

Apabila siap kelak, projek ini mempunyai sebanyak 31 buah stesen yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk 1.2 juta orang penduduk di sepanjang laluan. Projek ini turut diintegrasikan secara strategik dengan rangkaian pengangkutan yang sedia ada di Kuala Lumpur, iaitu sistem pengangkutan LRT, Monorel dan KTM Komuter, selain laluan bas di dalam dan antara bandar. Projek ini akan memberikan tahap perhubungan yang lebih baik untuk KL dan bandar-bandar sekitarnya selain mengurangkan jumlah kereta yang memasuki ibu negara.
IKLAN 1

19 Julai 2012

Isu-isu Industri Binaan Dalam RMK-9.

Isu-isu Industri Binaan Dalam RMK-9. Antara isu yang di ulas oleh CIDB dalam industri binaan semasa pelaksanaan RMK 9 adalah berkaitan, Isu kebergantungan kepada pekerja asing, kualiti serta produktiviti rendah, dan imej 3D (Dirty, Difficult and Dangerous) merupakan isu yang masih menyelubungi sektor ini. Inisiatif memperkasakan kontraktor dan memodenkan sektor ini bagi menangani isu-isu yang disebutkan
telah dilakukan seperti :

i. menggalakkan konsep binaan berindustri (IBS)
ii. menggalakkan pemilikan persijilan ISO
iii. menggalakkan amalan pengurusan projek terbaik
iv. mempertingkatkan kemahiran pekerja
v. mengakreditasi kemahiran pekerja
vi. menerapkan penggunaan teknologi maju
vii. melaksanakan program keselamatan dan kesihatan di tapak kerja

Disamping isu-isu yang dinyatakan, isu kenaikan harga bahan binaan utama dan sistem penggajian turut melanda sektor pembinaan negara. Bagi mengawal kenaikan terhadap harga bahan kawalan seperti simen dan besi keluli bulat, kaedah penetapan harga siling yang lebih fleksibel akan dilaksanakan oleh Kerajaan supaya peningkatan harga dalam keadaan terkawal dan terurus. Amalan penggajian berdasarkan upah harian dan kerja didapati kurang menarik untuk kemajuan kerjaya.

Perkara ini merupakan halangan utama untuk menarik penglibatan tenaga kerja tempatan dan mengekalkan mereka dalam industri ini. Penambahbaikan kepada amalan penggajian dan kerjaya dalam sektor ini perlulah diberi perhatian oleh pihak industri supaya persepsi kerjaya sektor ini setanding dengan sektor lain.

Negara mampu melahirkan ramai tenaga kerja tempatan yang berkemahiran dan terlatih melalui pelbagai institusi latihan kemahiran yang sedia wujud. Sekiranya amalan penggajian sedia ada tidak berubah, dikhuatiri
segala usaha untuk membangunkan tenaga kerja tidak dapat memberi impak dalam sektor pembinaan sebagaimana yang diharapkan

Sumber : CIDB Malaysia

IKLAN 1

18 Mac 2012

Bandar Jepun di Malaysia


Bandar Jepun di Malaysia. Ya memang betul, ia di bangunkan di Johor bagi memberi peluang rakyat jepun menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua. Dibangunkan oleh syarikat Global Asia Assets (M) Sdn Bhd (GAAM).Little Japan, konsep pertama seumpamanya di negara ini, yang membabitkan pelaburan mencecah RM500 juta di Taman Molek, Johor Bahru, Johor.

Syarikat Global Asia Assets (M) Sdn Bhd (GAAM) adalah perunding bangunan dan aset untuk pelabur Jepun yang menjadi peneraju kepada projek berkenaan, berhasrat menarik 2,000 golongan mewah dari negara itu untuk menetap, bekerja atau menjalankan perniagaan di sini dalam tempoh lima tahun.

“Little Japan yang pertama seumpamanya di negara ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan bandar, termasuk premis perniagaan, restoran, spa, kemudahan perubatan dan rumah pesaraan bagi kemudahan warga Jepun yang mahu tinggal dan bekerja di negara ini,
IKLAN 1

13 Januari 2012

Strategi CIDB Dalam Industri Binaan

Strategi CIDB Dalam Industri Binaan Malaysia, telah merangka beberapa strategi. Antaranya ialah:

  1. Menyepadukan Rantaian Nilai Industri Pembinaan
    bagi Meningkatkan Produktiviti dan Kecekapan
  2. Memantapkan Imej Industri Pembinaan
  3. Berusaha Mencapai Standard yang Tinggi dari Segi
    Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Serta
    Amalan Alam Sekitar
  4. Membangunkan Keupayaan dan Kemampuan Sumber
    Manusia Dalam Industri Pembinaan
  5. Inovasi Melalui Penyelidikan dan Pembangunan Serta
    Mengguna Pakai Kaedah Baru Pembinaan
  6. Meningkatkan Keupayaan Teknologi Maklumat dan
    Komunikasi Dalam Industri Pembinaan
  7. Memperoleh Manfaat Daripada Globalisasi Termasuk
    Pengeksportan Produk dan Perkhidmatan Pembinaan

sumber : CIDB

IKLAN 1

Takrif Industri Binaan dan kontraktor

Takrif Industri Binaan dan kontraktor
Industri Pembinaan ertinya industri berkenaan dengan kerja-kerja pembinaan;
Kerja-kerja Pembinaan ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan

a) mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;

b) mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan dan talian kabel, terusan atau padang terbang;

c) apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai;

d) apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau

e) mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip, pembetung, akueduk, pemacu, syaf, terowong atau kerja-kerja penebusgunaan, dan termasuklah apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuklah pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, meletakkan batu asas, pemulihan dan melanskap tapak;
Kontraktor ertinya seseorang yang mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan;
Kontraktor tempatan bermaksud syarikat yang diperbadankan di Malaysia serta mempunyai pegangan ekuiti tempatan sekurang-kurangnya tujuh puluh peratus (70 %). Ekuiti asing dari kalangan rakyat dari negara-negara ASEAN adalah dibenarkan tetapi tidak melebihi lima puluh satu peratus (51 %) dari jumlah modal berbayar atau modal terkumpul.

Kontraktor Asing bermaksud syarikat yang diperbadankan di Malaysia atau di luar negara serta mempunyai pegangan ekuiti rakyat asing sebanyak tiga puluh satu peratus (31 %) dan ke atas.
Kakitangan yang digajikan adalah pekerja yang diambil bekerja oleh sesebuah syarikat serta dibuktikan dengan salinan Penyata Caruman / Jadual Caruman KWSP (Borang A) /Jadual Caruman SOCSO terkini dengan salinan resit bayaran caruman berkenaan.

Ijazah/diploma yang diiktiraf adalah ijazah/diploma samada dalam atau luar negara serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau Lembaga Akreditasi Negara.
Pegawai pengurusan utama (PPU) samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah atau pengarah.
Personel teknikal boleh terdiri dari mana-mana individu samada pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah atau kakitangan yang digajikan sepenuh masa dan dibayar caruman KWSP.

Kontraktor Usahasama adalah Syarikat usahasama yang tidak diperbadankan di Malaysia yang telah dianugerahkan sesuatu projek pembinaan. Satu atau kesemua daripada syarikat usahasama tersebut telah berdaftar secara individu dengan CIDB.
IKLAN 1

03 Januari 2012

MRT bermula Jun 2012

MRT bermula Jun 2012
MRT bermula Jun 2012

MRT Sungai Buloh-Kajang di jangka bermula Jun 2012. Menurut Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM), Kwan Foh Kwai, MRT Sungai Buluh Kajang dijangka akan merancakan Industri binaan negara ini. Ia akan memberi penawaran luas dalam bidang pembekalan tenaga kerja dan bekalan perkhidmatan dan bahan binaan.

Dato Seri Najib telah melancarkan MRT ini pada Julai 2011. Sempena pelancaran itu, satu pameran akan diadakan, yang antara lain, menjejaki sejarah sistem pengangkutan awam di negara ini dan maklumat terkini tentang projek MRT.

MRT ini merentasi laluan sejauh 51km dari Sungai Buloh ke Kajang dengan melalui Bandar Utama, Damansara, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar raya Kuala Lumpur dan Cheras, yang terkenal kerana kepadatan penduduknya, MRT merupakan projek prasarana terbesar Malaysia dan projek terbesar Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Model Baru Ekonomi (MEB).

Apabila siap sepenuhnya pada 2016, MRT akan memberi kemudahan kepada lebih 10 juta penumpang di Lembah Klang dan sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk Lembah Klang dijangka beralih menggunakan pengangkutan awam.

Prasarana dilantik sebagai pemilik MRT, manakala SPAD diberi amanah sebagai penyelianya.

Pelaksanaan projek ini diumumkan Perdana Menteri pada Jun 2010. Ketika mengumumkannya, Najib berkata projek ini perlu dilaksanakan untuk memperkemaskan prasarana pengangkutan di ibu negara dan menjadikan Kuala Lumpur lebih berdaya saing daripada segi ekonomi di peringkat global. – BERNAMA

IKLAN 1

IKLAN ADSENSE