auto iklan

02 Disember 2013

Penyelia Tapak Binaan Yang Bagus

Penyelia Tapak projek binaan
Penyelia Tapak Binaan Yang Bagus, Syarikat pembinaan amat suka penyelia tapak yang bagus menjaga projek mereka. Soal pengalaman adalah aset yang baik di tekankan, namun bagaimana yang tidak ada pengalaman atau yang baru habis belajar.

Dulu saya mula kerja site tahun 1992, dah lama dah, sekarang dah pencen. Mula kerja tiada pengalaman, Besi Y dan R pun tak kenal, Akibat gabra mula kerja, bos lepas bulat bulat jaga site.

Dari hari tu saya mula banyak bertanya, banyak buka pelan dan banyak tanya kawan yang sudah bekerja lama.

Lama kelamaan sepak terajang kerja site supervisor dah mula di rasai, mula kerja gaji 700 naik motor honda cup. He penat bontot dari Cangloon ke site UUM, waktu tu UUM adalah projek pertama saya.

Kepada adik adik yang keluar Polimas, jangan takut, belajar semasa praktikal amat penting, nak belajar apa? . Pastikan anda tahu step pembinaan, mana nak buat dulu, apa langkah kerja dan keperluan barang, apa ujjian tapak nak kena buat.

Barang apa nak kena test, borang di tapak, semua kena tahu, Sebagai penyelia kena tahu jenis barang nak order berdasarkan pelan binaan, kena tau juga kuantiti, dan seterusnya, Lihat Tugas penyelia tapak

Kena belajar agar kita mudah manage projek, Kalau ada soalan sila komen di bawah

IKLAN 1

3 ulasan:

  1. sy baru dpt offer utk jd M&E Site Supervisor, n sgt2 fresh utk tugas di site sbb sebelum ni sy kerja di opis je~
    jd sgt takot~

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok, pada mulanya saya pun macam tu juga, apa yang kita perlu tahu dalam kerja ni, kamu mesti tahu baca plan, mesti tahu apa kegunaan barang2 site, dan kena pandai berinteraksi dengan pekerja bawahan.

      Padam
    2. JANGAN TAKUT, KEJA IKUT ARAHAN MEREKA, TAK TAU TANYA

      Padam

IKLAN ADSENSE