auto iklan

Memaparkan catatan dengan label Cara kurang harga rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cara kurang harga rumah. Papar semua catatan

20 Januari 2013

Urus pembinaan rumah anda lebih jimat

Urus pembinaan rumah anda lebih jimat. Saya urus sendiri pembinaan rumah saya, ia akan menjimatkan kos pengurusan dan profit, berbanding kalau kita bina menggunakan kontraktor yang dilantik. Syaratnya mempunyai tanah sendiri.

Pengurusan sendiri bermakna kita urus cari tukang, urus beli barang, urus sewa mesin, jaga kerja dan bayar pekerja atau tukang yang dilantik.

Misalnya saya bahagikan skop pembinaan saya kepada beberapa skop kerja,
  1. Membina struktur utama, dinding, bumbung, plaster dan lantai asas , ini 1 kepala tukang yang jaga dan saya bayar ikut kaki persegi, misalnya rumah saya 1200k2 , maka upah x luas tersebut. 
  2. Tukang siling plaster - 1k2 x 3.30 termasuk barang
  3. Tukang tingkap aluminium, 1k2 x 26.00, maka keseluruhan luas tingkap x kadar berkenaan dan akan dapat kos ting, kos meliputi kos upah dan barang
  4. Memasang tile lantai, saya bayar upah pasang tile sahaja, barang tile, simen pasir saya beli dan upah 1k2 ialah RM1.50
  5. Cat dalam dan luar saya upah sahaja, cat saya beli, upah saya bagi 1 buah rumah RM2000
  6. Kabinet saya panggil tukang kayu, buat, kabinet gantung 1 ka panjang RM150, kayu dan papan nyatoh
  7. Kichen kabinet kos upah RM90 1 ka panjang, tile simen saya beli, saya guna 2; x 2;
Siap dalam 6 bulan, kos 1200 k2 lebih kurang RM90,000 , kalau nak jual RM180,000.00. memang untung kalau urus sendiri., tapi tak jual, dok kampung best

IKLAN 1

19 Oktober 2012

Cara kurang harga rumah

Cara kurang harga rumah
Cara kurang harga rumah adalah antara isu yang hangat tahun 2012 dan tahun akan datang sekiranya Kerajaan tak campur tangan mengatasi harga rumah yang semakin meningkat ketika ini. Faktor utama kos rumah atau harga rumah meningkat ialah aktiviti jual beli  oleh broker hartanah, kedua faktor bahan binaan yang tinggi, kos upah dan kos infrastruktur taman perumahan.

Untuk mengurang kos atau menurun harga rumah, maka kos di atas kena turunkan. Mahukah pemaju perumahan mengurangkan kos mereka ? Bagi pemaju yang bertanggungjawap mereka sedaya upaya mengurang kos binaan.

Cadangan kerajaan mengambilalih kos infrastruktur amat saya alukan. Kos infra seperti jalan perumahan, longkang, paip air, pili bomba, tangki air luar adalah antara kos besar dalam projek perumahan. Kos infra ini akan di serap dalam kos jualan rumah. Siapa yang beli rumah akan menanggung kos ini. Sedangkan ia hanya mahu beli rumah.

Tapi kalau tak ada infra tak jadi kawasan perumahan pula, Saya amat sokong kerajaan bina infrastruktur kawasan perumahan dan selepas tu serah pada PBT untuk urus sampah dan penyelenggaraan. Kalau kerajaan mampu buat, lega rasanya, kerana harga rumah akan turun 40% (lebih kurang)

Jadi stattement Datuk Najib baru baru ini saya sokong
IKLAN 1

IKLAN ADSENSE